Pages

Saturday, March 19, 2011

MIND TEST............


KHB : TINGKATAN 2
Bab 5 : Tanaman Hiasan

  1. Yang manakah urutan yang betul bagi memasu semula tanaman hiasan ?
I.                Mengeluarkan medium bersama pokok dari pasu lama
II.               Memasukkan medium memasu ke dalam pasu
III.              Menanam semula tanaman ke pasu hiasan baru dan padatkan medium
IV.              Memangkas ranting dan medium lama yang tidak dikehendaki

  1. II, I, IV dan III
  2. II, IV, I dan III
  3. III, II, I dan IV
  4. IV, III, I dan II

  1. Pilih langkah yang betul untuk menyediakan medium pemasuan semula.
I.                Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan
II.               Gaulkan ketiga-tiga bahan
III.              Sukat medium yang ditapis mengikut isipadu
IV.              Masukkan medium sehingga memenuhi 1/3 pasu

  1. II, III, I dan IV
  2. I, III, II dan IV
  3. II, IV, I dan III
  4. III, I, II dan IV

  1. Apakah fungsi pasir sungai dalam medium pemasuan semula ?
  1. Memperbaiki pengudaraan dan saliran medium
  2. Membekalkan nutrien ke medium
  3. Memperbaiki struktur medium
  4. Berupaya menyimpan air

  1. Mengapakah medium lama perlu dipangkas bersama akarnya sebelum menanam semula dalam pasu baru ?
  1. Untuk menggalakkan pertumbuhan akar
  2. Untuk mendapatkan ruang yang lebih dalam pasu bagi medium baru
  3. Untuk membuang akar yang berpenyakit
  4. Untuk mengelakkan pertumbuhan yang terlalu cergas

  1. Antara berikut yang manakah digunakan untuk menyukat medium memasu yang telah ditapis ?
  1. Sudip
  2. Sekateur
  3. Baldi kecil
  4. Serampang

  1. Berapa banyakkah medium memasu yang perlu ditambahkan ke pasu baru sebelum memasukkan tanaman ke dalamnya ?
  1. ½ ruang pasu
  2. 1/3 ruang pasu
  3. 2/3 ruang pasu
  4. 2.5 cm dari permukaan pasu

  1. Apakah tujuan menutup lubang saliran di bahagian dasar pasu dengan serpihan pasu sebelum diisikan dengan medium memasu ?
  1. Mengelakkan air daripada bertakung dalam medium
  2. Mengelakkan medium daripada keluar bersama-sama air siraman yang berlebihan
  3. Mengelakkan organisma dari masuk ke dalam pasu
  4. Mengelakkan pertumbuhan akar keluar daripada pasu

  1.  Antara berikut yang manakah dapat digunakan untuk menutup lubang pada dasar pasu ?
I.                 Pasir sungai
II.               Serpihan pasu
III.              Batu kecil
IV.              Batu-bata

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Apakah fungsi tanah loam dalam medium pemasuan semula ?
  1. Menjadi sumber nutrien
  2. Berupaya menyimpan air
  3. Butir liatnya dapat mengukuhkan pokok
  4. Membaiki sistem saliran dan pengudaraan medium

  1. Pasu yang sesuai untuk tujuan pemasuan semula adalah….
I.                bersaiz lebih besar daripada pasu asal
II.               pasunya berlubang saliran di dasarnya
III.              pasunya yang lebih mudah dibersihkan
IV.              pasunya mesti dibuat daripada plastik

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Sebelum digunakan, pasu tanah liat yang baru perlu …
  1. direndam dalam air semalaman
  2. direndam dalam larutan formalin
  3. disapu lapisan cat hitam pada bahagian dalam pasu
  4. direndam dalam air suam bersabun

  1. Tujuan merendam pasu tanah liat baru di dalam air semalaman adalah …
I.                untuk membasmi kuman
II.               untuk mengelakkan pasu daripada pecah
III.              untuk membolehkan air meresap ke liang roma pasu
IV.              untuk mengekalkan kelembapan medium

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

  1. Yang berikut adalah ciri-ciri pasu plastik kecuali ….
  1. ringan
  2. tidak mudah pecah
  3. mudah alih
  4. dindingnya berongga

  1. Medium memasu semula terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah …
I.                1 : 2 : 1
II.               2 : 1 : 1
III.              3 : 2 : 1
IV.              7 : 3 : 2

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

  1. Medium memasu semula hendaklah ….
I.                membekalkan nutrien yang lengkap
II.               memudahkan pertumbuhan akar
III.              memudahkan pengudaraan akar
IV.              membekalkan kelembapan yang mencukupi

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Pasu terpakai harus direndam dengan larutan formalin sebelum digunakan untuk ..
  1. membolehkan air meresap memenuhi liang roma pasu
  2. menghindarkan penyakit dan perosak
  3. mengelakkan pasu daripada retak
  4. mengelakkan pertumbuhan lumut di sekeliling pasu

  1. Apakah tujuan memasu semula ?
I.                Menggantikan medium yang kurang subur
II.               Menggantikan pasu yang tidak sesuai
III.              Memastikan tumbuhan mendapat nutrien, air dan pengudaraan akar
IV.              Mengelakkan persaingan tumbuhan dengan rumpai

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Apakah baja yang sesuai untuk anak tanaman hiasan jenis berbunga ?
I.                Fosforus
II.               Kalium
III.              Nitrogen
IV.              Zink

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. II dan IV

  1. Menyiram penting pada anak pokok ….
I.                untuk melarutkan nutrien
II.               untuk proses fotosintesis dan transpirasi pokok
III.              untuk mengekalkan kesegaran
IV.              untuk mengurangkan kesan serangan perosak dan penyakit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Penyiraman berlebihan akan menyebabkan ..
I.                akar menjadi reput
II.               menggalakkan pembiakan serangga dan siput
III.              tumbuhan terbantut
IV.              pokok dihinggapi penyakit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV


Answers :

1. A           2. B      3. A     4. B      5. C     6. B      7. B      8. D     9. C     10. A

11. A         12. D   13. D   14. D   15. D   16. B    17. A   18. A   19. A   20. B


@lynjyctrz

1 comment: