KHB : Tingkatan 1
Bab 6 : Tanaman Hiasan
- Medium semaian terdiri daripada campuran tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah ..
- 1 : 2 : 1
- 2 : 1 : 1
- 3 : 2 : 1
- 7 : 3 : 2
- Antara berikut, manakah susunan langkah untuk menyediakan medium semaian ?
I. Sukat isipadu ketiga-tiga bahan medium secara berasingan
II. Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan
III. Masukkan medium ke dalam bekas semaian
IV. Gaulkan ketiga-tiga medium sehingga rata
- I, II, III dan IV
- I, II, IV dan III
- II, I, IV dan III
- II, III, I dan IV
- Semua daun perlu dibuang dalam penyediaan …
- keratan kayu keras
- keratan kayu hijau
- keratan kayu lembut
- keratan kayu sederhana keras
- Yang manakah merupakan pokok hiasan yang dibiakkan melalui keratan batang ?
I. helianthus
II. hibiscus
III. bougainvillea
IV. codiaeum
- I, II dan III
- I, III dan IV
- II, III dan IV
- I, II, III dan IV
- Apakah tujuan mencelup keratan batang ke dalam hormon pengakaran sebelum menanam ke dalam medium semaian ?
- Supaya keratan batang tidak cepat layu
- Supaya keratan batang cepat berakar
- Supaya keratan batang cepat berdaun
- Supaya dapat mengekalkan kelembapan medium
- Tujuan menapis medium semaian adalah untuk ….
- mengawal pertumbuhan rumpai
- mengasingkan jenis- jenis medium
- memerangkap seberapa banyak udara ke dalam medium
- menyingkirkan butir yang besar dan sampah-sarap
- Antara berikut, manakah yang penting untuk pertumbuhan anak pokok ?
I. nitrogen
II. fosforus
III. kalium
IV. ferum
- I, II dan III
- I, II dan IV
- I, III dan IV
- I, II, III dan IV
- Medium penanaman terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah …
I. 1 : 2 : 1
II. 2 : 1 : 1
III. 3 : 2 : 1
IV. 7 : 3 : 2
- I dan II
- I dan III
- II dan III
- III dan IV
- Sebelum proses mengubah, anak pokok perlu menjalani proses pengerasan untuk …
- mempercepatkan pertumbuhan akar
- mengekalkan kelembapan medium
- mengurangkan berlakunya renjatan setelah anak pokok diubah
- mengekalkan nutrien dalam medium
- Anak pokok perlu dikeraskan bagi mengurangkan renjatan semasa mengubah. Pengerasan dapat dilakukan dengan cara …
I. mengurangkan siraman secara beransur-ansur
II. mengurangkan cahaya matahari pada anak pokok
III. mendedahkan anak pokok pada cahaya matahari secara beransur-ansur
IV. menyiram medium sehingga air keluar dari lubang pasu
- I dan II
- I dan III
- II dan III
- II, III dan IV
- Aktiviti penjagaan anak pokok dalam rajah di atas bertujuan …
I. untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai
II. untuk memusnahkan tempat tinggal perosak dan agen penyakit
III. untuk membekalkan nutrien pada tumbuhan
IV. untuk memudahkan akar menembusi medium
- I dan II
- I dan III
- II dan III
- II, III dan IV
- Tujuan menggembur anak pokok ialah …
I. untuk membentuk pokok
II. untuk membaiki pengudaraan medium
III. untuk memudahkan akar menembusi medium
IV. untuk memudahkan akar menyerap air dan nutrient
- I, II dan III
- I, II dan IV
- I, III dan IV
- II, III dan IV
- Manakah antara berikut merupakan baja organik ?
I. serbuk tulang
II. kompos
III. baja NPK
IV. baja urea
- I dan II
- I dan III
- II dan III
- II, III dan IV
- Baja yang mempunyai unsur fosforus ( P ) dan Kalium ( K ) akan membantu pokok …
- membentuk lebih daun
- membentuk lebih bunga
- memperbaiki saliran tanah
- memperbaiki pengudaraan medium
- Berapa kerapkah pembajaan dilakukan terhadap anak pokok ?
- setiap hari
- setiap minggu
- dua hingga tiga minggu
- dua hingga tiga bulan
- Penyiraman adalah mencukupi sekiranya …
- medium kelihatan lembap
- air dalam bekas penyiram telah habis
- air bertakung di permukaan medium
- air menitis keluar dari lubang saliran pasu
- Penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan …
- daun layu
- akar menjadi reput
- pertumbuhan rumpai
- medium menjadi keras dan kering
Answers :
1. B 2. C 3. A 4. C 5. B 6. D 7. C 8. D 9. C
10. B 11. A 12. D 13. A 14. B 15. C 16. D 17. B
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment