Saturday, March 12, 2011

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN


SIMPAN KIRA

EXTRA INFORMATIONS :

  1. Akaun Nyata ( boleh dipegang, dilihat ) .
 Contoh : Akaun Aset seperti Akaun Perabot, Akaun Kenderaan dsb.

  1. Akaun Perorangan – Akaun orang perseorangan atau syarikat.
Contoh : Kedai Perabot Sinar, Johan, Penghutang, Pemiutang.

  1. Akaun Tunai – Merekodkan semua urus niaga penerimaan tunai ( dicatat di sebelah Debit ) dan pembayaran tunai ( dicatat di sebelah Kredit ).

  1. Akaun Lekapan dan lengkapan – Merangkumi aset seperti kipas, lampu dan alat hawa dingin.

  1. Akaun Alatan Pejabat – Merangkumi komputer, mesin kira, mesin fax, mesin fotostat, mesin taip.

  1. Akaun Perabot – Meja pejabat, almari, meja, kerusi dan rak peragaan.

  1. Akaun Kadar Bayaran – Bil telefon, air dan elektrik.

  1. Akaun Belanja Am – Jamuan, derma dan tips.

  1. Akaun Bank hanya merekodkan urus niaga yang melibatkan akaun semasa sahaja seperti wang tunai yang disimpan dalam Akaun Semasa dan cek yang diterima dan dimasukkan dalam Akaun Semasa.

  1. Cara menutup dan mengimbang akaun pada akhir tempoh perakaunan :
·        Pindah ke Akaun Perdagangan : Akaun jualan dan Akaun Belian .
·        Pindah ke Akaun Untung Rugi : Akaun Hasil dan Belanja yang lain seperti sewa, gaji dll.
·        Baki hb / bb : Akaun Aset, Liabiliti, Modal.
·        Pindah ke Akaun Modal : Akaun Ambilan.

@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...