Friday, October 31, 2014

Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu SPM 2014


~ everything that is really great and inspiring is created by the individual who can labor in freedom ~
Good Luck SPM 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM 2014
                                                       
31 Oktober 2014

Di tepi kali mengail ikan,
Kail dibawa dari pekan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bersiar-siar di Tanjung Bidara
Singgah makan sepinggan lokan
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim..

1. Yang Berusaha Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin
Pengetua SMK (P) Raja Zarina

2. Yang Dihormati Encik Mokhtar Bin Manaf
YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina

3. Puan Hjh. Noorsiah Binti Othman
Penolong Kanan Pentadbiran

4. Puan Rahimah Binti Haji Jalil
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5. Puan Noraizah Binti Mohd Noor
Penolong Kanan Kokurikulum

6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

7. AJK PIBG, Guru-guru, dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya jua kita dapat berkumpul di Dataran Hasimah pada pagi yang indah ini bagi meraikan Majlis Restu Ilmu SPM SMK (P) Raja Zarina, tahun 2014. Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon SPM 2014 yang akan menduduki peperiksaan .

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi.
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Encik Mohd Hishamudin bin Endut untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hishamuddin atas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormat mempersilakan Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang buat pelajar semua. Dipersilakan.

***Ucapan***

Demikian tadi satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus daripada Puan Pengetua kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Mokhtar Bin Manaf, YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mokhtar atas ucapan itu tadi.

Tegak berdiri di tengah dataran,
Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan salam restu buat pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dimulakan dengan kelas 5 Amanah. Dijemput guru tingkatan Puan Haniza bt Husin untuk menyampaikan cenderamata kepada para pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Haniza.

Seterusnya dipersilakan
Guru Tingkatan 5 Berdikari : Pn. Nursyuhada bt Abidin
Guru Tingkatan 5 Cekal : Pn. Zanaria bt Zaing
Guru Tingkatan 5 Dedikasi : Nor Haida bt Hamzah
Guru Tingkatan 5 Etika : Pn. Asmahan bt Abu Bakar
Guru Tingkatan 5 Falsafah : Pn. Foziah bt Hat
Guru Tingkatan 5 Gigih : Pn. Norlaili bt Ibrahim
Guru Tingkatan 5 Hormat : Puan Mulia bt Amat Khalid
Guru Tingkatan 5 Inovatif : Puan Ainon bt Othman
Guru Tingkatan 5 Jujur : Puan Nik Rafizan bt Nik Azmy

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nik Rafizan.
Majlis kini hampir ke penghujungnya.

Buat anak-anak didik sekalian,

Guru-guru amat berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Semoga apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh para pelajar semua sampai ke dalam bilik peperiksaan kelak tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah kita sama-sama melapangkan dada saling memaafkan dan merelakan antara guru dan para pelajar pada pagi ini semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Sekian sahaja majlis restu ilmu kita pada hari ini. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

Dijemput barisan pentadbir dan tetamu untuk menikmati jamuan yang disediakan.



@lynjyctrz

Sunday, October 12, 2014

Good Luck




To all PT3 Candidates :
Wishing you success in your PT3 Exam!




@lynjyctrz

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...