Sunday, March 27, 2011

Nota KHB Tingkatan Tiga : Teras ( Bab 3: Elektronik )

KHB : TINGKATAN 3
Bab 3 : Elektronik

3.1 Nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.

Komponen

  1. Litar Bersepadu ( Intergrated Circuit – IC )
Dikenali sebagai Litar Terkamil
  • Terdiri daripada beberapa komponen elektronik seperti transistor, diod, perintang tetap dan pemuat yang membentuk suatu litar lengkap @ separa lengkap yang disebut serpihan.
  • Saiz sangat kecil.
  • Terdiri daripada perumah dan soket
  • Wayar emas : menyambungkan serpihan pada pin-pin litar bersepadu.
  • Pin-pin : menyambungkan IC dengan litar di luar.
  • Bilangan pin bertambah dengan bertambahnya fungsi IC.
  • Berkuasa rendah, tidak menghasilkan haba berlebihan dalam litar
  • Digunakan dalam peralatan ; komputer, kalkulator, jam tangan berdigit dsb.
  • Separa bulatan ( Notch ) : membantu mengenalpasti nombor bagi setiap pin.

            Keselamatan penggunaan IC.

  • Pastikan IC tidak menerima haba terlalu panas semasa memateri.
  • Pateri soket IC dahulu sebelum memasang IC.
  • Semasa memasang IC ke soket, pastikan sambungan pin betul supaya tiada litar pintas.
  • Simpan di dalam bekas plastik antistatik @ benamkan pin pada span untuk mengelakkan pin bengkok.
  • Gunakan nilai voltan dan arus yang sesuai berpandukan lembaran data.
      
            IC Muzik

  • Menyerupai sebuah transistor
  • 3 kaki
  • Nombor yang biasa digunakan : BT 66T-19L atau FT 66T-68L
  • Irama berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.





           Litar Bersepadu – IC



                IC Muzik
  1. Suis Mikro [ Micro Switch ]
  • Dua fungsi dalam satu suis
  • Tiga kaki @ tamatan iaitu kaki ‘COM’, ‘NO’ ( Normally open ) dan ‘ NC ‘ ( Normally close ) yang menentukan samada suis berfungsi sebagai suis tekan buka atau suis tekan tutup.
  • Sewaktu menggunakan suis mikro :
i.          gunakan voltan yang betul semasa memateri
ii.         pateri pada kaki @ tamatan yang betul mengikut fungsi
iii.        disimpan di tempat kering

            Pematerian :

i.                    Suis Tekan Buka.
·        Pematerian pada kaki ‘COM’ dan ‘NC’
·        Dalam keadaan hidup jika lengan tidak ditekan
·        Arus mengalir dalam litar apabila punatnya dilepaskan

ii.                  Suis Tekan Tutup.
·        Pematerian pada kaki ‘COM’ dan ‘NO’.
·        Suis ditekan, arus akan mengalir dalam litar.
·        Arus berhenti mengalir apabila lengan dilepaskan.






  1. Mikrofon

Fungsi :
·        Mikrofon mengesan gelombang bunyi dan menukarkan kepada gelombang elektrik.
·        Gelombang elektrik ditinggikan dengan penguat         ( Amplifier ) dan kemudian dikeluarkan melalui pembesar suara.
·        Pembesar suara menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi.
·        Digunakan dalam sistem siaraya, studio rakaman, studio penyiaran dan sebagainya.
·        Bahagian-bahagian utama mikrofon :
i.          Tranduser ( alat pengesan ) : untuk mengesan gelombang bunyi
ii.         Litar elektronik : mengalirkan arus elektrik yang terdapat gelombang bunyi
iii.         Penghadang angin : membenarkan angin memasuki bahagian tranduser untuk ditukarkan kepada gelombang bunyi.

Jenis mikrofon :

Ditentukan oleh jenis tranduser yang digunakan, iaitu :
i.                   Mikrofon  jenis karbon
ii.                  Mikrofon jenis gegelung bergerak
iii.                  Mikrofon jenis pemuat




  1. Pembesar suara

·        Menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga bunyi.
·        Digunakan pada peralatan seperti radio, televisyen, telefon dan sistem siaraya.
·        Bahagian-bahagian pembesar suara :
i.                  Magnet kekal
ii.                 Gegelung dawai
iii.                Diafragma atau kon
iv.                Kerangka
v.                 Tamatan

·        Gegelung dililit pada kertas berbentuk silinder yang dilekatkan di hujung diafragma.
·        Gegelung ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.
·        Kerangka : memegang diafragma supaya tidak tertanggal.
·        Pembesar suara yang lazim digunakan ialah jenis gegelung bergerak.
·        Lazimnya dilabelkan dengan nilai impedans atau kadar rintangan dalaman, kuasa dan diameter kon.
·        Nilai impedans disukat dengan unit ohm [ Ω ] dan kuasa dalam unit [ watt ]

·        Operasi :
i.           Arus elektrik mengalir masuk ke bahagian gegelung melalui tamatan.
ii.         Gegelung akan menghasilkan medan magnet yang bertindak terhadap medan magnet kekal.
iii.        Tindakbalas ini menyebabkan diafragma bergetar kerana ditolak oleh gegelung berulang kali.
iv.        Getaran diafragma menghasilkan gelombang bunyi.








@lynjyctrz

Sunday, March 20, 2011

SIAPA KITA ?

Seorang Pendendam, Penzalim @
Seorang Yang Berhati Mulia & Terpuji ?

“ Jika kejahatan dibalas kejahatan,
Maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan,
Itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan,
Itu adalah zalim.
Tapi… jika kejahatan dibalas kebaikan,
Itu adalah mulia dan terpuji.


It’s Our Hearts….

“ do we realize that we would look the way we are, and an expression on our face is actually the reflection of what we are from within? We can camouflage the exterior, but what can we do to the interior. Our goodness or badness, generosity or animosity,  love or hatred, all show somewhere here or somewhere there on our bodies. If we are good from within, our face reflects a mesmerizing state of goodness; if we are not, we clearly show it through our expressions.”

@lynjyctrz

Saturday, March 19, 2011

MIND TEST............


KHB : TINGKATAN 2
Bab 5 : Tanaman Hiasan

  1. Yang manakah urutan yang betul bagi memasu semula tanaman hiasan ?
I.                Mengeluarkan medium bersama pokok dari pasu lama
II.               Memasukkan medium memasu ke dalam pasu
III.              Menanam semula tanaman ke pasu hiasan baru dan padatkan medium
IV.              Memangkas ranting dan medium lama yang tidak dikehendaki

  1. II, I, IV dan III
  2. II, IV, I dan III
  3. III, II, I dan IV
  4. IV, III, I dan II

  1. Pilih langkah yang betul untuk menyediakan medium pemasuan semula.
I.                Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan
II.               Gaulkan ketiga-tiga bahan
III.              Sukat medium yang ditapis mengikut isipadu
IV.              Masukkan medium sehingga memenuhi 1/3 pasu

  1. II, III, I dan IV
  2. I, III, II dan IV
  3. II, IV, I dan III
  4. III, I, II dan IV

  1. Apakah fungsi pasir sungai dalam medium pemasuan semula ?
  1. Memperbaiki pengudaraan dan saliran medium
  2. Membekalkan nutrien ke medium
  3. Memperbaiki struktur medium
  4. Berupaya menyimpan air

  1. Mengapakah medium lama perlu dipangkas bersama akarnya sebelum menanam semula dalam pasu baru ?
  1. Untuk menggalakkan pertumbuhan akar
  2. Untuk mendapatkan ruang yang lebih dalam pasu bagi medium baru
  3. Untuk membuang akar yang berpenyakit
  4. Untuk mengelakkan pertumbuhan yang terlalu cergas

  1. Antara berikut yang manakah digunakan untuk menyukat medium memasu yang telah ditapis ?
  1. Sudip
  2. Sekateur
  3. Baldi kecil
  4. Serampang

  1. Berapa banyakkah medium memasu yang perlu ditambahkan ke pasu baru sebelum memasukkan tanaman ke dalamnya ?
  1. ½ ruang pasu
  2. 1/3 ruang pasu
  3. 2/3 ruang pasu
  4. 2.5 cm dari permukaan pasu

  1. Apakah tujuan menutup lubang saliran di bahagian dasar pasu dengan serpihan pasu sebelum diisikan dengan medium memasu ?
  1. Mengelakkan air daripada bertakung dalam medium
  2. Mengelakkan medium daripada keluar bersama-sama air siraman yang berlebihan
  3. Mengelakkan organisma dari masuk ke dalam pasu
  4. Mengelakkan pertumbuhan akar keluar daripada pasu

  1.  Antara berikut yang manakah dapat digunakan untuk menutup lubang pada dasar pasu ?
I.                 Pasir sungai
II.               Serpihan pasu
III.              Batu kecil
IV.              Batu-bata

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Apakah fungsi tanah loam dalam medium pemasuan semula ?
  1. Menjadi sumber nutrien
  2. Berupaya menyimpan air
  3. Butir liatnya dapat mengukuhkan pokok
  4. Membaiki sistem saliran dan pengudaraan medium

  1. Pasu yang sesuai untuk tujuan pemasuan semula adalah….
I.                bersaiz lebih besar daripada pasu asal
II.               pasunya berlubang saliran di dasarnya
III.              pasunya yang lebih mudah dibersihkan
IV.              pasunya mesti dibuat daripada plastik

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Sebelum digunakan, pasu tanah liat yang baru perlu …
  1. direndam dalam air semalaman
  2. direndam dalam larutan formalin
  3. disapu lapisan cat hitam pada bahagian dalam pasu
  4. direndam dalam air suam bersabun

  1. Tujuan merendam pasu tanah liat baru di dalam air semalaman adalah …
I.                untuk membasmi kuman
II.               untuk mengelakkan pasu daripada pecah
III.              untuk membolehkan air meresap ke liang roma pasu
IV.              untuk mengekalkan kelembapan medium

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

  1. Yang berikut adalah ciri-ciri pasu plastik kecuali ….
  1. ringan
  2. tidak mudah pecah
  3. mudah alih
  4. dindingnya berongga

  1. Medium memasu semula terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah …
I.                1 : 2 : 1
II.               2 : 1 : 1
III.              3 : 2 : 1
IV.              7 : 3 : 2

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

  1. Medium memasu semula hendaklah ….
I.                membekalkan nutrien yang lengkap
II.               memudahkan pertumbuhan akar
III.              memudahkan pengudaraan akar
IV.              membekalkan kelembapan yang mencukupi

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Pasu terpakai harus direndam dengan larutan formalin sebelum digunakan untuk ..
  1. membolehkan air meresap memenuhi liang roma pasu
  2. menghindarkan penyakit dan perosak
  3. mengelakkan pasu daripada retak
  4. mengelakkan pertumbuhan lumut di sekeliling pasu

  1. Apakah tujuan memasu semula ?
I.                Menggantikan medium yang kurang subur
II.               Menggantikan pasu yang tidak sesuai
III.              Memastikan tumbuhan mendapat nutrien, air dan pengudaraan akar
IV.              Mengelakkan persaingan tumbuhan dengan rumpai

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Apakah baja yang sesuai untuk anak tanaman hiasan jenis berbunga ?
I.                Fosforus
II.               Kalium
III.              Nitrogen
IV.              Zink

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. II dan IV

  1. Menyiram penting pada anak pokok ….
I.                untuk melarutkan nutrien
II.               untuk proses fotosintesis dan transpirasi pokok
III.              untuk mengekalkan kesegaran
IV.              untuk mengurangkan kesan serangan perosak dan penyakit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Penyiraman berlebihan akan menyebabkan ..
I.                akar menjadi reput
II.               menggalakkan pembiakan serangga dan siput
III.              tumbuhan terbantut
IV.              pokok dihinggapi penyakit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV


Answers :

1. A           2. B      3. A     4. B      5. C     6. B      7. B      8. D     9. C     10. A

11. A         12. D   13. D   14. D   15. D   16. B    17. A   18. A   19. A   20. B


@lynjyctrz

Friday, March 18, 2011

MIND TEST............


KHB : TINGKATAN 2
Bab 4 : Masakan

1.      Antara berikut yang manakah merupakan faktor penting dalam perancangan menu ?

I.                Tujuan dan jenis
II.               Perbelanjaan
III.              Kepelbagaian
IV.              Keperluan dan kegemaran

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

2.      Antara berikut yang manakah bukan tujuan merancang menu ?

  1. Menyediakan sajian yang seimbang
  2. Mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan
  3. Menjimatkan masa dan tenaga
  4. Dapat menyediakan peranggu meja yang istimewa

3.      Satu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian adalah ….

  1. menu
  2. resipi
  3. peranggu meja
  4. susunan rancangan

4.      Hidangan utama dalam sajian harian terdiri daripada ….

I.                sarapan
II.               makan tengah hari
III.              minum petang
IV.              makan malam

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

5.      Yang berikut adalah hidangan sepinggan lengkap cara Timur kecuali …

  1. pizza sosej
  2. laksa penang
  3. roti canai
  4. nasi goreng campur

6.      Hidangan sepinggan lengkap berikut dihidang dalam pinggan bujur kecuali …

  1. lontong
  2. mee goreng
  3. mihun goreng
  4. sandwich sardin

7.      Antara berikut, yang manakah minuman berkhasiat ?

I.                Susu
II.               Kopi-O
III.              Jus kelapa muda
IV.              Jus karot bersusu

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

8.      Minuman berkhasiat adalah minuman yang mengandungi …..

I.                susu
II.               koko
III.              buah-buahan
IV.              sayur-sayuran

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

9.      Antara berikut, yang manakah bukan minuman yang menyegarkan ?

  1. Teh
  2. Cordial buah-buahan
  3. Jus tembikai
  4. Jus tomato

10.  Pilih pernyataan yang benar mengenai minuman yang menyegarkan.

I.                Menyejukkan dan menyegarkan
II.               Dapat menghilangkan dahaga
III.              Dihidang secara sejuk
IV.              Mengandungi susu dan telur

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

11.  Antara berikut, yang manakah dapat digunakan untuk mengambil sekeping kek yang telah dipotong untuk disaji ke pinggan ?



Alat
A


B


C


D



12.  Antara berikut, yang manakah digunakan untuk menutup makanan yang belum atau telah dimasak ?

  1. Kain pencuci
  2. Kain lapik periuk
  3. Kain pengelap
  4. Kain maslin

13.  Antara berikut yang manakah jenis pisau yang digunakan untuk memotong roti ?



Jenis pisau
A


B


C

D





14.  Manakah antara fabrik berikut sesuai digunakan untuk menjahit kain-kain dapur ?

  1. Kain sutera
  2. Kain nilon
  3. Kain poliester
  4. Kain kapas

15.  Manakah antara berikut bukan alatan membuat kek dan pastry ?

  1. Torak
  2. Pencucuk
  3. Bekas mentega
  4. Acuan deriole

16.  Kain dapur yang kotor perlu dicuci dengan ….

  1. air sejuk
  2. air suam
  3. air suam bersabun
  4. air sejuk bercampur garam

17.  Kos overhed terdiri daripada ….

I.                kos gas
II.               kos air
III.              kos elektrik
IV.              kos upah

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

18.  Antara berikut, yang manakah bahan kering dalam penyediaan memasak ?

I.                Minyak masak
II.               Kicap cair
III.              Lobak merah
IV.              Sayur sawi

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

19.  Jadual yang berikut menunjukkan butiran dan kos bagi menyediakan 30 unit hidangan sepinggan lengkap. Kira kos pengeluaran seunit untuk hidangan sepinggan lengkap yang berikut.


Butiran
Jumlah ( RM )
Kos bahan
30.00
Kos upah
6.00
Kos air
0.70
Kos elektrik
1.50
Kos gas
0.80


  1. RM 1.00
  2. RM 1.20
  3. RM 1.30
  4. RM 1.10

20.  Maksud etika makan ialah ….

  1. sikap berjimat cermat semasa merancang sajian.
  2. Adab dan sopan ketika makan
  3. Kawalan mutu kebersihan makanan yang disediakan
  4. Perancangan menu yang seimbang


Answers :

1. D     2. D     3. A     4. B      5. A     6. A     7. B      8. A     9. A     10. A

11. A   12. D   13. C   14. D   15. C   16. C   17. A   18. A   19. C   20. B


@lynjyctrz

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...