TEKS
PENGACARA MAJLIS
MAJLIS RESTU ILMU SPM 2015
Tarikh
: 30 Oktober 2015
Tempat
: Dataran Hasimah, SMKPRZ
Majlis
mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha En. Mokhtar bin Manaf diiringi barisan
pentadbir dan AJK PIBG ke Majlis Restu Ilmu SPM 2015.
Di tepi kali mengail ikan,
Kail dibawa bersama umpan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami
tadahkan.
Duduk bersimpuh si anak dara,
Sambil meraut sebakul rotan;
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.
Bismillahirrahmanirrahim.
1.
Yang Berusaha Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin
Pengetua SMK
(P) Raja Zarina
2.
Yang Berusaha Encik Mokhtar Bin Manaf
YDP PIBG SMK
(P) Raja Zarina
3.
Yang Dihormati Puan Noorsiah Binti Othman
Penolong
Kanan Pentadbiran
4.
Puan Rahimah Binti Haji Jalil
Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
5.
Puan Noraizah Binti Mohd Noor
Penolong
Kanan Kokurikulum
6.
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
7.
AJK PIBG, Guru-guru, dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang direstui sekalian.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam sehati
sejiwa.
Alhamdulillah,
mari kita memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat llahi
kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya jua kita dapat berkumpul di
Dataran Hasimah pada pagi yang
indah ini bagi meraikan Majlis
Restu Ilmu SPM 2015.
Majlis terlebih
dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan
kesudian semua hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini
diadakan khas buat pelajar-pelajar
Tingkatan 5 sebagai tanda kasih sayang dan sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon SPM yang akan
menduduki peperiksaan .
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Hajat ke hutan
menebang buluh,
Singgah di sungai memasang lukah;
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,
majlis mempersilakan Encik Muhamad Idham
bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Muhamad Idham atas bacaan doa itu tadi.
Bunga melati di hujung
dahan,
Penghias seri di sudut
taman;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata perangsang buat
pedoman.
Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala
hormat mempersilakan Yang berusaha Pn Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin, Pengetua SMK
(P) Raja Zarina untuk menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang buat pelajar
semua. Dipersilakan.
***Ucapan***
Ribuan terima kasih atas pengucapan yang telus,
percikan kata yang halus membawa mesej
dan makna yang kudus daripada Puan Pengetua
kita.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha Encik Mokhtar Bin Manaf, YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina untuk
menyampaikan ucapan bagi suntikan semangat. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.
***Ucapan***
Buah longan
beli sekati,
Buat makan
di atas jeti;
Pesanmu Tuan
kami ingati,
Akan
terpahat di dalam hati.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Encik Mokhtar atas ucapan itu tadi.
Tegak
berdiri di tengah dataran,
Bersama
menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.
Majlis diteruskan
lagi dengan penyampaian cenderahati dan salam restu buat pelajar-pelajar
tingkatan 5.
Dimulakan dengan
kelas 5 Amanah. Dijemput guru tingkatan Puan Mulia bt Amat Khalid untuk
menyampaikan cenderamata kepada para pelajar.
Terima kasih
diucapkan kepada Pn. Mulia.
Seterusnya dipersilakan
Guru Tingkatan 5
Berdikari : Pn. Sartina bt Kusaini
*******
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Sartina.
Guru Tingkatan 5
Cekal : Pn. Ruzita bt Abdul Aziz
Guru Tingkatan 5
Dedikasi : Maggie a/p Paul
Guru Tingkatan 5
Etika : Cik Nurul Zahiah bt Ya
Guru Tingkatan 5
Falsafah : Pn. Norhaslina bt Mansor
Guru Tingkatan 5
Gigih : Pn. Norliza bt Zainol
Guru Tingkatan 5
Hormat : Puan Nurul Fasihah bt Alias
Guru Tingkatan 5
Inovatif : Puan Sapiah bt Saliman
Guru Tingkatan 5
Jujur : Puan Nantha Kumari a/p Murugan
Terima kasih
diucapkan kepada Pn. Nantha.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Buah cermai jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para;
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Namun kita di hujung acara.
Dengan itu, majlis
sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian En.
Mokhtar bin Manaf dan AJK PIBG kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kami
pada hari ini.
Buat anak-anak didik yang direstui sekalian,
Guru-guru amat
berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal akan
mengiringi anak didik sekalian ke dalam bilik peperiksaan tanpa ada yang
tercicir.
Dalam kesempatan
ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah kita sama-sama melapangkan dada
saling memaafkan dan merelakan antara
guru dan para pelajar pada pagi ini
semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di
dunia dan di akhirat.
Akhir
kata,
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hinggap cemara di pagar batu,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis restu ilmu,
Dilain masa bersua lagi.
Sekian,
WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Dipersilakan tetamu jemputan dan barisan
pentadbir ke Anjung Selera untuk menikmati jamuan yang disediakan.
@lynjyctrz
Very good
ReplyDeleteMohon untuk guna. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu.....terima kasih
ReplyDeleteMohon di guna pakai... Terima kasih ye cikgu..
ReplyDeletekek tapak kuda dah sampai alhamdulillah
ReplyDelete