Tuesday, April 5, 2022

TEKS JURUACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK (P) RAJA ZARINA KALI KE-45

 

TEKS JURUACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK (P) RAJA ZARINA KALI KE-45


Ketibaan Perasmi

 

 

 

Bandar Kulim nun di Utara,

Tempat kenangan sejarah tersirat;

Salam takzim pembuka bicara,

Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.

 

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Pn. Maimunah binti Mustaffa, Pegawai Pendidikan Daerah Klang,  serta tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021.

 

Majlis pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dengan iringan muzik. Para hadirin diminta bersedia.

 

*Nyanyian Lagu – Lagu Rasmi*

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Diminta ibu bapa dan penjaga mengisi

1.   Borang kehadiran

2.   Borang maklum balas program

yang disediakan di ruangan chat dan description.

Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis

Jajaran mengkudu di selang bidara,

Di celah angsana meredup di hutan;

Awal Bismillah pembuka bicara,

Mesyuarat PIBG kita rasmikan.

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Yang Berusaha, Pn. Maimunah binti Mustaffa,

Pegawai Pendidikan Daerah,

Pejabat Pendidikan Daerah Klang.

 

Yang Berusaha, Puan Hajah Rohimah binti Muhammad,

Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina

 

Yang Dihormati, Encik Mokhtar bin Manaf

Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina

 

Pn. Erma Dirwani binti Mahmud, Naib Yang Dipertua PIBG

 

Puan Hajah Sabariah binti Mohd Husain, Penolong Kanan Pentadbiran

 

Puan Hajah Norazlinda binti Kassim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Puan Norezan binti Daud, Penolong Kanan Kokurikulum

 

Yang Berbahagia Datin Hajah Faizah binti Sanusi, Penolong Kanan Petang

 

Barisan guru kanan mata pelajaran, guru–guru, AJK PIBG, ibu bapa dan anak didik yang dikasihi sekalian.

 

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam permuafakatan.

 

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, pada hari yang berbahagia ini kita dapat sama-sama berkumpul secara alam maya edisi norma baharu bagi menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan  Raja Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021.

 

Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kpd Pn Maimunah binti Mustaffa, Pegawai Pendidikan Daerah Klang atas kesudian meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan majlis kita pada hari ini.

 

 

Gabungan yang mantap,

Permuafakatan yang hebat,

Barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan komuniti bergerak sederap bagi memacu kecemerlangan.

 

Seperti yang kita sedia maklum, Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan saban tahun merupakan platform terbaik untuk  para ibu bapa dan pihak sekolah duduk bersama-sama bagi membincangkan isu-isu yang signifikan berkaitan pendidikan dari segi akademik, kokurikulum, kebajikan murid serta sahsiah diri bagi mencapai kata sepakat demi kemaslahatan semua pihak.

Sesungguhnya Kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh para guru dan ibu bapa amat penting dalam usaha kearah kemenjadian murid.

 

Bacaan Doa

 

 

Warga maya yang dihormati,

 

Sepakat manusia kerana muafakat,

Tiada beza pangkat dan darjat,

Membaca doa tangan diangkat,

Semoga majlis mendapat berkat.

 

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En. Mohd Hishamuddin bin Endut. Dipersilakan.

 

·        Bacaan Doa

 

Aamin, Aamin…..Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hishamuddin bin Endut atas bacaan doa sebentar tadi.

 

 

 

Persembahan Multimedia

 

 

 

Seterusnya, Majlis Perasmian Mesyuarat Agung pada hari ini diteruskan  dengan mempersembahkan tayangan multimedia.  Marilah sama-sama kita saksikan.

 

·        Tayangan Multimedia

 

Demikianlah tadi persembahan multimedia yang memaparkan aktiviti dan transformasi sekolah hasil sumbangan PIBG dan aktiviti Kumpulan Sokongan Ibu Bapa  Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina. Semoga RZ terus cemerlang.

#RZ bangkit hebat.

 

Ucapan Pengetua

 

 

Warga maya yang dikasihi sekalian,

Melilit rotan di dahan ara,

Di celah angsana mekar sekata,

Ucapan aluan pembuka bicara,

Dipersilakan pengetua bermadah kata.

Bagi meneruskan bicara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Rohimah binti Muhammad, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

·        Ucapan Pengetua

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Hajah Rohimah binti Muhammad atas ucapan sebentar tadi.

 

Ucapan YDP PIBG

 

 

Hadirin yang dihormati,

Tampak cahaya jauh di  kuala,

Kerdipan bintang menawan hati;

Yang Dipertua PIBG kita persila,

Ucapan diberi sama hayati.

Untuk itu, Majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Mokhtar bin Manaf, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

·        Ucapan YDP PIBG

 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mokhtar bin Manaf atas ucapan itu tadi.

 

Ucapan Perasmian

PPD

Hadirin warga maya yang dimuliakan,

Senyum terukir penuh harapan,

Meniti Jerami di hujung muara;

Sudilah Puan beri ucapan,

Kata perasmi pelengkap acara.

 

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Pn. Maimunah binti Mustaffa, Pegawai Pendidikan Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 

·        Ucapan Perasmian PPD

 

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Maimunah binti Mustaffa atas kesudian merasmikan majlis  sebentar tadi.

 

Sumbangan Kasih PIBG

2020/2021

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Daun pandan wangi baunya,

Boleh dibuat bunga rampai;

Tolong-menolong sesama warga,

Hubungan erat ukhuwah tercapai.

Sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan, pihak PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina berbesar hati untuk menyampaikan Sumbangan Kasih PIBG 2020/2021.

Untuk makluman semua, Sumbangan Kasih PIBG adalah sumbangan kepada murid-murid yang telah kematian ibu atau bapa sepanjang tahun 2020 dan 2021.

 Berikut dipaparkan senarai nama murid yang kematian ibu atau bapa pada bulan Jun – September 2021. Murid-murid ini telah menerima sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun bank masing-masing.

Murid-murid tersebut ialah..

NUR QISMARINA BT AZHAM TINGKATAN 4 SK3

ELFERA LAUREN JOITOL TINGKATAN 2B

KIRUTHIKA A/P VADEVALI TINGKATAN 2J

TERUSHA A/P BALAKRISHNAN TINGKATAN 2J

POONGKHULALY A/P CHIDAMBARATHAN TINGKATAN 5 SK1

 

EDA SAFWANA BINTI SALIM TINGKATAN 4 SA2

ROSELYN AISYAH BINTI ABDULLAH & JASMINE HAWA TINGKATAN 1E & TINGKATAN 3I

NARMITHA A/P M.KATIRAWAN TINGKATAN 4 SK1

SABINA ESMIN BT MOHAMMAD REZAUL TINGKATAN 3H

IQLIL IMAN BATRISYA TINGKATAN 1J

 

MIMI WAHIDAH BINTI SAHIDUN TINGKATAN 5 SB

NURUL IMAN BINTI ABDUL HALIM TINGKATAN 4 SK6

NURUL DAYANA FARHANI BINTI ABDUL MANAN TINGKATAN 4 SK5

 NURUL NAJWA BINTI RODUAN TINGKATAN 5 SK2 dan

 YUVASRI TINGKATAN 3I

 

 

Seterusnya dipaparkan senarai nama murid yang akan menerima sumbangan. Murid-murid ini telah kematian ibu atau bapa pada tahun 2020 dan pada Januari hingga Mei 2021.

Murid-murid tersebut ialah…

 

DARESHINI A/P POOBALAN & DANYASHINI A/P POOBALAN TINGKATAN 1E

FATIN AMIRAH (KALAISELVI) TINGKATAN 3D

NUR HANANI BINTI SHAMSUL KAHAR TINGKATAN 4D

ONG AI XUAN TINGKATAN 4E

 

PUTRI MYSARA TINGKATAN 1D

NUR NISA SYUHADA BT MOHD HANAPIAH TINGKATAN 5H

NUR HIDAYAH AMANI BT MOHD HANAFIAH TINGKATAN 3C

LIAN CHUI WEN TINGKATAN 4G

RHISHALANIY A/P SUKUMARAN TINGKATAN 3I

 

NURFAEZA BINTI ABU HASSAN TINGKATAN 5F

NURUL ASHIQIN BT ROSLAN TINGKATAN 5F

TAN YIN JI TINGKATAN 2G

GOH KO JIN TINGKATAN 2G  dan

NIVATHA A/P SOORIAH KUMAR TINGKATAN 5 SK5

 

Bambu kecil menjadi anyaman,

Cantik dihias dengan jambangan;

Terima kasih atas keprihatinan,

Semoga ukhwah kekal berpanjangan.

 

Penyampaian cenderamata dan sijil kepada AJK PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit dan Barisan Pentadbir

Budimu seluas lautan,

Jasamu jadi sebutan.

 

Seterusnya, kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada AJK PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit dan barisan Pentadbir sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat dan bakti disepanjang tahun 2020/2021.

Berikut dipaparkan senarai AJK PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit serta Barisan Pentadbir yang akan menerima cenderamata dan sijil.

(Tayangan slaid sahaja )

1)    En. Mokhtar bin Manaf                                (YDP PIBG)

2)    Pn. Erma Dirwani binti Mahmud               (NYDP PIBG)

3)    Pn. Norliza binti Zainol                               (Setiausaha)

4)    Pn. Maslina binti Musa                               (Bendahari)

5)    En. Rafizan bin Rahim                                (AJK Ibu Bapa)

6)    En. Steven Ng Peng Hun                           (AJK Ibu Bapa)

7)    En Kong Fook Siang                                   (AJK Ibu Bapa)

8)    Pn. Junaida binti Amir                                 (AJK Ibu Bapa)

9)    Pn. Huzairah binti Shamsudin                   (AJK Ibu Bapa)

10) Pn. Letchumi Devi a/p Kandasamy          (AJK Ibu Bapa)

11) Pn. Rabiatul Adawiyah binti Ismail           (AJK Guru)

12) Pn. Junaidah binti Ismail                            (AJK Guru)

13) Pn. Reginamary a/p Soosay                      (AJK Guru)

14) Pn. Ou Yong Pei Cheng                             (AJK Guru)

15) Pn. Wan Yusnoraini bt. Wan Yusoff         (AJK KSIB)

16) Tn.Haji Ahmad Soffi bin Kadri                   (Juruaudit – Ibu       

                                                                            Bapa)

17) Pn. Azizah binti Jusoh                                (Juruadit-Guru)

18) Pn. Hajah Sabariah binti Mohd Hussain (PK Pentadbiran) 

19) Datin Hajah Faizah binti Sanusi               (PK Petang)

20) Pn. Norazlinda binti Kassim                       (PK HEM)

21) Pn. Norezan binti Daud                              (PK Kokurikulum)

 

 

Terima kasih. Sesungguhnya, budi baik dan jasa tuan-tuan dan puan-puan dalam menerajui PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina demi kecemerlangan anak-anak, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

Penutup

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hadirin warga maya yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata dan sijil itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina kali ke-45 bagi tahun 2021.

 

Majlis sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn, Maimunah binti Mustaffa atas kesudian bersama-sama kami pada majlis hari ini.

 

 

Pohon Rumbia di hujung taman,

Lebah bersarang di dahan jati;

Terima kasih kami ucapkan.

Budi dan bakti tetap di hati.

 

Andai ada terkasar Bahasa,

tersalah butir bicara,

Maaf  jua dipinta.

Terima kasih.

 

Taklimat KSIB

 

Hadirin yang dihormati,

Sebelum memulakan Mesyuarat Agung PIBG, izinkan saya menyampaikan sedikit maklumat berkaitan  Kumpulan Sokongan Ibu Bapa. Diminta jasa baik para ibu bapa untuk terus bersama-sama sehingga ke akhir acara.

 

 

Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, KSIB adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah.

Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara ibubapa  dan anak masing-masing.

 

Diantara Objektif Kumpulan Sokongan Ibu Bapa adalah  :

 

·        Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak.

·        Mewujudkan sokongan berterusan.

·        Membantu apabila berlaku krisis.

·        Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi masalah.

·        Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah tindakan yang positif.

·        Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber.

·        Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran.

·        Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan, perubatan dan lain-lain.

·        Mendapat sahabat baru.  DAN

·        Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi maklum balas yang membina.

Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi sokongan padu serta melibatkan diri dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa demi kecemerlangan anak-anak kita.

 

Dengan itu, diminta ibu bapa dan penjaga untuk meluangkan masa mengisi borang KSIB yang telah dikongsikan di ruangan chat dan  description.

Sekali lagi diingatkan juga supaya mengisi borang kehadiran dan borang maklum balas yang telah disediakan..

 

Mesyuarat Agung PIBG

 

Hadirin warga maya yang dihormati,

 

Alhamdulillah kita telah sampai ke acara kemuncak pada hari ini.

Dengan ini, saya menyerahkan majlis kepada Yang dihormati En. Mokhtar bin Manaf, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina  untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45.Dipersilakan.

 

 @lynjyctrz

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...