Friday, March 11, 2011

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN


SIMPAN KIRA

EXTRA INFORMATIONS:

  1. Modal ialah aset yang digunakan untuk memulakan perniagaan. Ia juga dikenali sebagai Akaun Peniaga.

  1. Ambilan tunai untuk kegunaan sendiri akan menyebabkan wang tunai berkurang.
    Oleh itu : Dt    Akaun Ambilan              Kt    Akaun Tunai

  1. Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri akan menyebabkan jumlah barang yang dibeli berkurang.
   Oleh itu : Dt      Akaun Ambilan             Kt        Akaun Belian

  1. Ambilan Aset ( contoh : perabot ) untuk kegunaan sendiri akan menyebabkan aset di kedai berkurang.
   Oleh itu : Dt      Akaun Ambilan             Kt        Akaun Aset

  1. Rumusan : Hanya ambilan untuk kegunaan sendiri / peribadi sahaja perlu dibuka Akaun Ambilan.

  1. Ambil tunai, barang atau aset untuk kegunaan perniagaan tidak dibuka Akaun Ambilan.
    Contoh : Ambilan tunai untuk bayar upah ( Dt  Akaun Upah     Kt  Akaun Tunai )
                  Ambil barang niaga untuk promosi ( Dt  Akaun Promosi  Kt  Akaun Belian )

  1. Ambilan menyebabkan modal berkurang

  1. Jualan terdiri daripada jualan barang niaga / stok dan jualan aset.
    Jual barang niaga rekod dalam Akaun Jualan.
    Jual aset rekod dalam Akaun Aset.

  1. Belian terdiri daripada belian barang niaga / stok dan belian aset.
    Beli barang niaga rekod dalam Akaun Belian.
    Beli aset rekod dalam Akaun Aset.

  1. Semua belanja / kos melibatkan pembayaran tunai.
    Oleh itu : Dt    Akaun  Belanja               Kt   Akaun Tunai

  1. Semua hasil melibatkan penerimaan tunai.
    Oleh itu : Dt    Akaun Tunai                   Kt   Akaun Hasil


                                                              APLIKASI

Tarikh
Urus niaga
Akaun didebit
Akaun dikredit
Mac 2
Ambilan wang tunai untuk bayar sewa RM300
Sewa
Tunai
        4
Ambil tunai untuk kegunaan sendiri RM90
Ambilan
Tunai

        5
Ambil barang niaga untuk sampel RM120
Promosi

Belian
        6
Ambil barang niaga untuk kegunaan di rumah RM85
Ambilan
Belian
        7
Ambil perabot untuk kegunaan anak RM200
Ambilan

perabot
        8
Ambil tunai untuk beli perabot RM100
Perabot
Tunai

        9
Beli barang niaga secara tunai RM400
Belian
Tunai

       15
Beli komputer secara tunai RM2000

Alatan pejabat
Tunai
       17
Beli barang niaga daripada Aminah secara kredit RM230
Belian
Pemiutang
( Aminah )
       18
Beli kipas daripada Kedai Zaidin secara kredit RM410
Lekapan & Lengkapan
Pemiutang
( Kedai Zaidin )
       19
Jual barang niaga secara tunai RM460

Tunai
Jualan
       21
Jual meja lama secara tunai RM70

Tunai
Perabot
       24
Jual barang niaga kepada Daud secara kredit RM670
Penghutang
( Daud )
Jualan
       25
Bayar gaji dengan cek RM800

Gaji
Bank
       26
Terima sewa dengan cek RM500

Bank
Sewa diterima
       28
Bayar insurans dengan tunai RM210

Insurans
Tunai
       29
Terima faedah simpanan RM309

Bank
Faedah Simpanan




@lynjyctrz

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Teacher, what about 'membeli perabot dengan menggunakan wang peribadi'?

    ReplyDelete
  3. Maaf nak tanya, kalau " ambil barang niaga untuk kegunaan perniagaan " ?

    ReplyDelete

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...