Sunday, March 6, 2011

MIND TEST............


KHB : Tingkatan 1
Bab 7 : Perniagaan dan keusahawanan

  1. Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan asas manusia ?
  1. Makanan
  2. Pendidikan
  3. Pengangkutan
  4. Perhubungan

  1. Aktiviti membeli dan menjual barang serta perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan dinamakan ….
  1. perdagangan
  2. perniagaan
  3. pengeluaran
  4. keusahawanan

  1. Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan dalam sistem barter?
I.                    Barang mudah rosak
II.                 Kesukaran menentukan kadar pertukaran
III.               Masalah kehendak serentak
IV.              Kesukaran membahagikan barang

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Cek adalah kemudahan yang diberikan oleh bank kepada pemegang …
  1. Akaun Semasa
  2. Akaun Simpanan
  3. Akaun Simpanan Tetap
  4. Akaun Pinjaman Bercagaran

  1. Pilih pernyataan yang benar mengenai kad pintar.
I.                    Mengandungi maklumat yang pelbagai tentang pemilik
II.                 Dapat digunakan sebagai kad ATM
III.               Dapat digunakan sebagai bayaran pembelian dengan persetujuan peniaga
IV.              Pemegang kad diberi diskaun belian

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Antara berikut, manakah kebaikan penggunaan cek ?
I.                    Mudah membuat pembayaran
II.                 Menjimatkan masa
III.               Selamat digunakan
IV.              Sebagai bukti pembayaran

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV


Ø      Pembeli membayar dengan cara ansuran
Ø      Barang yang dibeli bukan milik pembeli sehingga bayaran terakhir diselesaikan
Ø      Pembeli dikehendaki membayar pendahuluan

  1. Pernyataan di atas menerangkan ciri-ciri …
  1. Cek
  2. Sewa beli
  3. Kad kredit
  4. Kad pembayar

  1. Barangan manakah yang biasanya diniagakan dengan mesin runcitan automatik ?
I.                    tiket keretapi
II.                 tiket letak kereta
III.               minuman ringan
IV.              barang-barang kemas

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Cara penjualan yang paling digemari oleh peniaga ialah …
  1. sistem barter
  2. jualan kredit
  3. jualan tunai
  4. sewa beli


Ø      Kod bar digunakan untuk menentukan harga barang dan pelarasan stok dapat dibuat serentak.

  1. Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri perniagaan …
  1. yang lebih cepat dan tepat
  2. pembayaran yang lebih mudah
  3. syarat jual beli yang longgar
  4. pilihan pembeli yang pelbagai

  1. Cara pembayaran yang lebih mudah dapat dilakukan dengan menggunakan kad yang berikut.
I.                    my kad
II.                 cek
III.               kad kredit
IV.              kad diskaun

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Perniagaan luar negeri melibatkan kegiatan …
I.                    import
II.                 eksport
III.               entreport
IV.              runcit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Perniagaan yang membeli barangan dari luar Negara diproses di dalam negara dan dieksport semula ke luar Negara dinamakan perniagaan…
  1. import
  2. eksport
  3. serbaneka
  4. entreport


Ø      nama digunakan dalam perniagaan
Ø      tidak terlibat dalam pengurusan perniagaan
Ø      tidak menikmati keuntungan tetapi menanggung liabiliti tidak terhad

  1. Siapakah pekongsi dalam perniagaan perkongsian di atas ?
  1. Pekongsi aktif
  2. Pekongsi cergas
  3. Pekongsi lelap
  4. Pekongsi nominal

  1. Mnakah antara perniagaan berikut membahagikan keuntungan dalam bentuk dividen kepada pemilik syernya ?
  1. Kedai Dobi Teguh
  2. Klinik Doktor Tan dan Rakan-rakannya
  3. Syarikat Bee Hong Sendirian Berhad
  4. Pasar Raya Mini Damai Damansara

  1. Koperasi Penulis Malaysia Berhad perlu berdaftar dengan .…
  1. Majlis Perbandaran
  2. Pendaftar Perniagaan
  3. Pendaftar Syarikat
  4. Pendaftar Koperasi

  1. Setiap ahli tidak boleh memiliki modal koperasi melebihi …
  1. 10%
  2. 20%
  3. 40%
  4. 60%


     Answers :

     1. B       2. B       3. D       4. A       5. A       6. D       7. B       8. A
     9. C      10. A     11. A     12. A     13. D     14. D     15. C     16. D     17. B


     @lynjyctrz           

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...