Sunday, December 18, 2022

Linh.... The soul of Vietnam

"phải lòng ai"

 Da Lat - Ho Chi Minh, Vietnam

11 - 15 Disember 2022 

#Aaminntourtravel.com ~ The Best





Da Lat Airport, Vietnam




Garden Hydrangeas in Da Lat, Vietnam



Queen Villa 2 Hotel, Da Lat


Breakfast @ Halal Food Restaurant, Da Lat

Datanla Waterfall, Da Lat



Clay Village, Da Lat
Dikenali juga sebagai terowong tanah liat





Crazy House, Da Lat
 


menikmati air kelapa di tepi crazy house 


Lunch steam boat @ Satu Hati Restaurant



Marvelous view @ Lang Biang Mountain, Da Lat




Naik jeep @ White Sand Dunes, Mui Ne




Mekong River



Menikmati air kelapa muda & buah nipah



Morning walk @ Ho Chi Minh City



Ben Thanh Market, Ho Chi Minh



Yang indah-indah saja ....

ALUNA Ben Thanh Hotel, Ho Chi Minh City


Cảm ơn bạn một kỷ niệm ngọt ngào
Till we meet again

@lynjyctrz













































TEKS JURU ACARA KURSUS PANDU PUTERI KLANG 2022

 


Be Prepared ~ Once a Girl Guide, always a Girl Guide

TEKS JURUACARA 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS WARAN PEMIMPIN 

 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAERAH KLANG 2022

TARIKH : 10 NOVEMBER 2022 ( KHAMIS )

MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG

TEMPAT : SK KAMPUNG JAWA, KLANG


Pastikan h/phone ” mode senyap ”

Mohon perhatian kepada semua hadirin, untuk melancarkan majlis kita pada hari ini, semua diminta berdiri ketika tetamu kehormat masuk ke dalam dewan.

Terima kasih’


Mengumumkan ketibaan yang  berusaha Pn Noraini binti Sahari, Guru Besar SK Kampung Jawa, diiringi barisan tetamu kehormat masuk ke dalam dewan.


Majlis membuka tirai dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri selangor.

 para hadirin dipersilakan berdiri.

Lagu negaraku & Lagu negeri selangor

Seterusnya, majlis diteruskan dengan istiadat menaikkan panji-panji dan nyanyian Lagu Dunia. Dipersilakan pasukan panji-panji untuk menyempurnakan istiadat.

** istiadat panji-panji dan nyanyian lagu dunia ** 


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada pasukan panji-panji atas kesudian menyempurnakan istiadat menaikkan panji-panji sebentar tadi. 


Seterusnya, majlis mempersilakan ...................................................

............................................................................................................

Untuk mengetuai lafaz pembaharuan ikrar pandu puteri. Dipersilakan.

** pembaharuan ikrar **


 majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ................................................................................................ atas lafaz pembaharuan ikrar  itu tadi.

Para hadirin dipersilakan mengambil tempat.



Dingin suasana di hujung muara

Pohon rendang bersarang tempua

Salam takzim pembuka bicara,

Mengalukan kedatangan hadirin semua.


Girang hati duduk berdua,

Dendang lagu senada irama;

Hari ini kita bersua,

Penutupan Kursus Waran jayakan bersama.


Bismillahirrahmanirrahim.

Yang berusaha Pn Noraini binti Sahari, Guru Besar SK Kampung Jawa, selaku tuan rumah Kursus Waran Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang 2022.


Yang berusaha Pn. Zulaiha Binti Dakun, Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang


Yang berusaha Pn. Sanisah Binti Abdul Aziz, Penolong Pesuruhjaya Daerah 


Yang dihormati barisan Lembaga Eksekutif Daerah, guru-guru pemimpin  serta ahli-ahli pandu  puteri yang diraikan.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam pandu puteri.


Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurnia-nya jua, dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dalam dewan yang indah ini bagi menjayakan Majlis Penutupan Kursus Waran Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang Tahun 2022.


Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih terutama kepada Yang Berusaha  Pn Noraini binti Sahari, Guru Besar SK Kampung Jawa serta semua hadirin kerana sudi meluangkan masa  untuk sama-sama menjayakan majlis pada hari ini.


Terbang rendah si burung puyuh,

Mencari makan di  pohon nipah;

Tangan menyusun jemari sepuluh,

Majlis berlangsung penuh barakah.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama membacakan Ummul Kitab, Al-Fatihah.


**** Al-FATIHAH ***

Amin amin ya rabbal alamin.



Hadirin yang dihormati,


Melilit rotan di dahan ara,

Di celah angsana mekar sekata,

Ucapan aluan pembuka bicara,

Dipersilakan puan bermadah kata.


Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Zulaiha binti Dakun, Pesuruhjaya Daerah, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan . 

Dipersilakan.


*** ucapan PJD ***


Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada yang berusaha Pn. Zulaiha  Binti Dakun atas ucapan sebentar tadi. 


Kalau puan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada Puan mandat diberi,

Mohon rasmikan majlis hari ini.


Untuk itu, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraini binti Sahari, Guru Besar SK Kampung Jawa untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kursus Waran Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang Tahun 2022.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

** Ucapan perasmian **


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Noraini binti Sahari atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak persatuan Pandu Puteri, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Zulaiha Binti Dakun, Pesuruhjaya Daerah Klang untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn Noraini binti Sahari.

Dipersilakan.

****Penyampaian cenderahati ****

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zulaiha binti Dakun dan Pn Noraini binti Sahari atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.


Sidang hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil. 

 Untuk itu, majlis berbesar hati mempersilakan yang berusaha  Pn. Zulaiha binti Dakun , Pesuruhjaya Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Klang, diiringi oleh Pn. Sanisah binti Abd Aziz untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan


( rujuk senarai )

Dimulakan dengan

1. Penyampaian Sijil kepada AJK :

Dipersilakan  ...................................................... ( senarai )


Seterusnya adalah

2. Penyampaian Sijil kepada para peserta :

Dipersilakan ........................................................... ( senarai )


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Zulaiha Binti Dakun atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.



Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang menjayakan majlis pada hari ini. Semoga Persatuan Pandu Puteri Daerah Klang terus bergiat aktif dan menyumbang kepada kecemerlangan aktiviti kokurikulum Daerah Klang.


Akhir kata,

Cantik sungguh cincin suasa,

Disimpan gadis di dalam peti ;

Andai ada terkasar bahasa,

Maaf dipinta seikhlas hati.


Mancis digores menyala api,

Sinar kilauan menyambar para ;

Walaupun Majlis berakhir di sini,

Semangat pandu puteri terus membara.


Bagi menutup majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu taps siang. 

*** lagu taps siang ***

Sekian, 

Wabillahitaufik wal hidayah.

Wassalamualaikum w.b.t dan salam pandu puteri


sesi fotografi.




@lynjyctrz

Saturday, November 5, 2022

The Nature of Beauty ; Sabah Di Bawah Bayu

Yang tak mampu digapai....

Perjalanan 5 Hari 4 Malam bersama sahabat di Negeri Bawah Bayu

22 - 26 Oktober 2022

Parasailing

Sea walking

DAY 1  :  @ KLIA


Breakfast @ KLIA

@KKIA

Menikmati buah tarap dan durian dalam perjalanan ke Kundasang



@ Pekan Nabalu, otw to Kundasang





DAY 2 :  Morning @Kg.Mesilou



@ Sosodikon Hill


@ Desa Dairy Farm



@ Kinabalu Park

fish spa 


Yang terbaik......bersih & nyaman


Wajah-wajah kecewa..........@ Simpang Mengayau Chalet ,Kudat.
DAY 3 : Setelah 2 jam lebih perjalanan dari Kota Belud, akhirnya sampai ke tempat dituju
The Tip Of Borneo, Kudat
Sayangnya The Tip of Borneo ditutup sementara untuk renovation.
will come again next time ......


DAY 4 : Island Hopping
Aktiviti Parasailing, Sea walking & Snorkeling @ Sapi, Manukan & Mamutik Island




Parasailing
Sea walking
Sea walking bersama kawan baru , Kim from Korea

Menikmati lobster @ Kota Kinabalu
Sunset

Ole-ole from Kota Kinabalu


DAY 5 : Sampai jumpa lagi .... @KKIA




~ Good company on a journey makes the way seem shorter ~

@lynjyctrz












Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...