Saturday, November 1, 2014

Teks Pengacara Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2014


♫ ♫ There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb
The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going
And I, I got to be strong
Just keep pushing on … The Climb ♫ ♫

Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.

"Most successful men have not achieved their distinction by having some new talent or opportunity presented to them. They have developed the opportunity that was at hand."


TEKS PENGACARA
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH
SPTS) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 TAHUN 2014

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Yang Dihormati Tuan Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta para tetamu kehormat ke Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 2014.

LAGU NEGARAKU

LAGU 1MURID 1SUKAN

Para hadirin dipersilakan duduk.

TARIAN SELAMAT DATANG
Tarian oleh : SK ( ASLI ) Sg. Bumbun, Selangor


Bismillahirrahmanirrahim

1. Yang Berbahagia Tn. Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
3. Pn. Lucia Quek, Ketua Sektor Pembangunan Sukan, Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia
4. Tuan Haji A.Rahman bin Haji Ngit, Ketua Sektor Pembangunan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
5. Encik Izham bin Md Isa, Ketua Unit Sukan, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
6. Pegawai-pegawai Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia,
7. Ketua-ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor,
8. Ketua-ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri-negeri
9. Pegawai-pegawai Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
10. Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor
11. Pegawai-pegawai Unit Sukan PPD Daerah Negeri Selangor
12. Ketua-ketua Kontinjen Negeri-negeri dari seluruh Malaysia
13. Para pegawai Kejohanan
14. Jawatankuasa Pengelola, seterusnya para jurulatih, guru, ibu bapa dan semua atlet yang diraikan sekalian.

Bandar Kulim nun di utara,
Tempat kenangan sejarah tersirat.
Salam takzim pembuka bicara,
Mengalukan kedatangan hadirin hadirat.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, izinkan kami memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul di Emerald Ballroom, Hotel Goldcourse, pada petang yang indah ini bagi melaksanakan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 untuk tahun 2014.

Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor dan para hadirin, bahawa bermula dari 15 September sehingga 18 September 2014 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah Peringkat Kebangsaan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan bagi permainan badminton, balapan dan padang, memanah, bola sepak, sepak takraw, hoki, gimnastik dan gimrama. Kejohanan ini dilangsungkan bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada semua atlet murid mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing melalui kejohanan sukan bermula dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Selain itu, diharapkan kejohanan ini dapat menyemai semangat kesukanan yang tinggi dalam diri para pelajar, berdaya saing secara sihat dan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan modal insan yang juga merupakan bakal pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang.

Kalau pergi ke tanjung keramat,
Anak manis jangan di angkat.
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat.
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah agar majlis kita pada hari ini diberkati dan dirahmati Allah SWT. Dengan segala hormatnya dipersilakan Ustaz Fadzli bin Mohd Idris untuk memimpin bacaan doa.


DOA

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fadzli bin Mohd Idris atas bacaan doa itu tadi.

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor dan hadirin sekalian,

Sebagai halwa mata dan telinga, marilah kita sama-sama menyaksikan Persembahan Multimedia daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.


PERSEMBAHAN MULTIMEDIA DARIPADA BTPN SELANGOR

Terima kasih diucapkan kepada BTPN Negeri Selangor atas Persembahan Multimedia itu tadi.

Seterusnya marilah kita saksikan pula satu lagi persembahan tarian daripada murid-murid SK Pulau Menanti, Sepang Selangor Darul Ehsan.

PERSEMBAHAN TARIAN

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada murid-murid SK Pulau Meranti yang telah mempersembahkan tarian sebentar tadi.

Majlis kini diteruskan dengan ucapan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 bagi tahun 2014 untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, untuk menyampaikan ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 untuk tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN KPM

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis dilanjutkan lagi dengan acara penyampaian hadiah. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohd Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan diiringi oleh Tuan Haji A.Rahman Bin Haji Ngit, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, untuk menyampaikan cenderamata dan Sijil Penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen MSS Negeri.

Dipersilakan Ketua Kontinjen :
1. Negeri Selangor
2. Negeri Perlis
3. Negeri Negeri Sembilan
4. Negeri Johor
5. Negeri Pahang
6. Negeri Terengganu
7. Negeri Sabah
8. Negeri Sarawak
9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya
11. Negeri Kelantan
12. Negeri Melaka
13. Negeri Pulau Pinang
14. Negeri Perak
15. Negeri Kedah, dan
16. Wilayah Persekutuan Labuan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, kerana sudi menyampaikan cenderamata dan sijil penyertaan kepada Ketua-Ketua Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Negeri. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tuan Haji A.Rahman Bin Haji Ngit, untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi sebagai tanda tulus ikhlas. Majlis mempersilakan.

CENDERAMATA KEPADA VIP

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor untuk menyampaikan sijil dan hadiah. Dipersilakan.

Dimulakan dengan acara Medley Relay :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan Kula Lumpur
Dijemput wakil kontinjen untuk menerima sijil dan hadiah.
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Dipersilakan semua peserta untuk menerima sijil dan hadiah.
dan Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor

Seterusnya bagi acara Balapan dan Padang :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
dan Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah.

Bagi Acara Badminton :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Melaka.

Seterusnya bagi acara Sukan Memanah:
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kedah.


Bagi acara sukan Bola Sepak :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan.

Bagi Acara Sukan Sepak Takraw :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak.

Bagi Sukan Gimnastik :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Pahang
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sabah
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor.

Bagi Sukan Gimrama :
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sarawak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Seterusnya, bagi Sukan Hoki Kategori Perempuan:
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Kelantan
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perak
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor.

Dan Bagi Sukan Hoki Kategori Lelaki:
Tempat Ke-4 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Perlis
Tempat ke-3 dimenangi oleh Kontinjen Negeri Sembilan
Naib Johan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Johor
Dan Johan dengan membawa pulang sijil pencapaian, medal dan piala iringan dimenangi oleh Kontinjen Negeri Melaka.

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah kita pada saat yang ditunggu-tunggu. Dengan bangganya majlis mengumumkan Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 bagi Tahun 2014 diungguli oleh Negeri Johor ( 41 mata ). Tahniah diucapkan!

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Zainuren bin Haji Mohd nor kerana sudi menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi bin Bakri untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tuan Zainuren. Majlis mempersilakan.

CENDERAMATA KEPADA VVIP

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Mahmudi atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Demikianlah tadi berakhirnya majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 Tahun 2014. Tahniah diucapkan kepada kontinjen yang berjaya meraih kemenangan pada kejohanan kali ini, dan kepada yang tewas, cuba lagi pada masa akan datang. Kami mewakili seluruh ahli jawatankuasa pengelola Kejohanan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Peringkat Kebangsaan kali ke-4 Tahun 2014 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan kejohanan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Atas segala kelemahan dan kekurangan sehingga menimbulkan kesulitan, maaf jua kami pohon. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Kami akhiri majlis dengan serangkap pantun

Mancis digores menyala api,
Sinar kilauan menyambar para.
Walau SPTS berakhir di sini,
Semangat kesukanan terus membara.

Sebagai penutup majlis pada petang ini, para hadirin dipersilakan berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu 1 Murid 1 Sukan.

LAGU 1 MURID 1 SUKAN

Sekian sahaja majlis pada pagi ini. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum WBT dan terima kasih.

Dijemput para tetamu kehormat dan jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian terima kasih, majlis bersurai.



@lynjyctrz

Friday, October 31, 2014

Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu SPM 2014


~ everything that is really great and inspiring is created by the individual who can labor in freedom ~
Good Luck SPM 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS RESTU ILMU SPM 2014
                                                       
31 Oktober 2014

Di tepi kali mengail ikan,
Kail dibawa dari pekan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Bersiar-siar di Tanjung Bidara
Singgah makan sepinggan lokan
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim..

1. Yang Berusaha Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin
Pengetua SMK (P) Raja Zarina

2. Yang Dihormati Encik Mokhtar Bin Manaf
YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina

3. Puan Hjh. Noorsiah Binti Othman
Penolong Kanan Pentadbiran

4. Puan Rahimah Binti Haji Jalil
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5. Puan Noraizah Binti Mohd Noor
Penolong Kanan Kokurikulum

6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

7. AJK PIBG, Guru-guru, dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah. Mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya jua kita dapat berkumpul di Dataran Hasimah pada pagi yang indah ini bagi meraikan Majlis Restu Ilmu SPM SMK (P) Raja Zarina, tahun 2014. Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini diadakan khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon SPM 2014 yang akan menduduki peperiksaan .

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi.
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Encik Mohd Hishamudin bin Endut untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Hishamuddin atas bacaan doa itu tadi.

Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormat mempersilakan Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata perangsang buat pelajar semua. Dipersilakan.

***Ucapan***

Demikian tadi satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus daripada Puan Pengetua kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Mokhtar Bin Manaf, YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Ucapan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mokhtar atas ucapan itu tadi.

Tegak berdiri di tengah dataran,
Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan salam restu buat pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dimulakan dengan kelas 5 Amanah. Dijemput guru tingkatan Puan Haniza bt Husin untuk menyampaikan cenderamata kepada para pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Haniza.

Seterusnya dipersilakan
Guru Tingkatan 5 Berdikari : Pn. Nursyuhada bt Abidin
Guru Tingkatan 5 Cekal : Pn. Zanaria bt Zaing
Guru Tingkatan 5 Dedikasi : Nor Haida bt Hamzah
Guru Tingkatan 5 Etika : Pn. Asmahan bt Abu Bakar
Guru Tingkatan 5 Falsafah : Pn. Foziah bt Hat
Guru Tingkatan 5 Gigih : Pn. Norlaili bt Ibrahim
Guru Tingkatan 5 Hormat : Puan Mulia bt Amat Khalid
Guru Tingkatan 5 Inovatif : Puan Ainon bt Othman
Guru Tingkatan 5 Jujur : Puan Nik Rafizan bt Nik Azmy

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nik Rafizan.
Majlis kini hampir ke penghujungnya.

Buat anak-anak didik sekalian,

Guru-guru amat berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak didik yang dikasihi sekalian. Semoga apa yang diajarkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal oleh para pelajar semua sampai ke dalam bilik peperiksaan kelak tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah kita sama-sama melapangkan dada saling memaafkan dan merelakan antara guru dan para pelajar pada pagi ini semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Sekian sahaja majlis restu ilmu kita pada hari ini. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum wbt.

Dijemput barisan pentadbir dan tetamu untuk menikmati jamuan yang disediakan.



@lynjyctrz

Sunday, October 12, 2014

Good Luck




To all PT3 Candidates :
Wishing you success in your PT3 Exam!




@lynjyctrz

Sunday, September 14, 2014

Fantastic Optimism .


See your goal.


" The most successful people started from nothing ......
They didn't wait for the opportunity to knock but created the opportunity on their own..."






@lynjyctrz

Sunday, September 7, 2014

You Are Bright.



The Belief, Work, Efforts You Have Done
To Get The Goal Or Success
Will Definitely Complete.

To All PT3 Candidates :
" Wishing You Success In Your 
PT3 TRIAL EXAM ! "





@lynjyctrz

Saturday, August 30, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.



My Beautiful Malaysia, My Country, My Nation, My Love, you make me proud ......

This country is mine and I dare to say it,
Tanah Tumpahnya Darahku.
With all my heart and all my spirit,
Malaysia, My Dear, I Love U.

" Peace Be Upon To You,
Proud To Be Malaysian.
Happy National Day! "










@lynjyctrz

Monday, August 25, 2014

Teks Pengacaraan Sukan Tahunan SMKPRZ ke-39, 2014


" Beauty attract the Eye
But
Personality captures the Heart "

TEKS PENGACARAAN
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-39 ( 2014 )


Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sheikh Ahmad ( DIMP ), Pengarah Urusan Sheikh Brothers Industries Sdn.Bhd dengan diiringi barisan pentadbir serta tetamu jemputan ke Majlis Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina Kali ke-39 Tahun 2014.

• Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka tirai Majlis Kejohanan Sukan pada pagi ini, sebentar lagi kita akan menyaksikan perbarisan masuk kontinjen Pasukan Pancaragam Sekolah, Pasukan Rumah-rumah sukan dan Pasukan Badan Beruniform Sekolah.
Marilah sama-sama kita saksikan.

1. Acara perbarisan kita pada pagi ini akan didahului oleh PASUKAN PANCARAGAM SMK ( P ) RAJA ZARINA.

Ulasan :
• Pasukan ini dipimpin oleh Band Major Chua Seh Teng dari tingkatan 4 Berdikari dan Drum Major Chuar Boon Cheng ( 4 Falsafah )
• Guru penasihat Pasukan Pancaragam ialah Pn. Chen Ming Neuk , Pn. Yasothai, Cik Ting Mee Yee, Pn. Ea Mee Yuh dan Pn. Paramesvary.
• Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1984 oleh cikgu Zainal Abidin dengan kekuatan lebih kurang 40 alat muzik.
• Pencapaian tertinggi pasukan ini adalah menjadi naib johan Pertandingan Perbarisan Ambang Kemerdekaan 2013.

Seterusnya adalah perbarisan rumah-rumah sukan.

2. Rumah sukan yang akan mendahului lintas hormat ialah RUMAH KUNING.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Syazani binti Jamal.
• Ketua Guru penasihatnya ialah Cik Ting Mee Yee dan Cik Nurul Adian.
• Kuning merupakan warna DiRaja dan lambang kedaulatan Sultan yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bersempena bulan kemerdekaan, tema kepahlawanan menjadi pilihan pasukan rumah kuning. Warna hijau dan kuning menjadi pilihan bagi menunjukkan semangat kemerdekaan.
• Pencapaian terkini rumah kuning adalah :
- tempat keempat bagi acara merentas desa
- dan tempat ke 3 acara pesta permainan

** Terima kasih kepada kontinjen rumah kuning atas persembahan yang begitu ceria.

3. Perbarisan rumah sukan seterusnya ialah RUMAH BIRU.

Ulasan :
• Kontinjen ini terdiri daripada 35 orang ahli yang diketuai oleh Komander Dayana Puteri bt buyong dari tingkatan 5 Inovatif
• Ketua guru Penasihat ialah Cik Nurul Zahiah bt Ya dan Encik Vijiyan.
• Pasukan ini membawa tema “ Disney Frozen “ yang menggambarkan kecekalan, ketabahan, keberanian dan kesetiaan puteri-puteri rumah biru seperti yang ditunjukkan oleh watak “Puteri Elsa” dalam ‘Disney Frozen’
• Rumah Biru telah mendapat naib johan bagi acara merentas desa dan pesta permainan 2014.

** Terima kasih kepada kontinjen rumah biru atas persembahan yang menghiburkan.


4. Perbarisan masuk seterusnya ialah kontinjen RUMAH HIJAU.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Zaimi Sukomi bt Zaini dari tingkatan 4 Dedikasi.
• Ketua guru penasihat rumah hijau ialah Pn. Norliza bt Sudin dan Cik Siti Norshahidah.
• Dengan bertemakan “ Save The Earth ”, motto kontinjen rumah hijau ialah “ Go green, Save the planet, Think green ”
• Pasukan rumah hijau telah mendapat tempat ke-4 dalam pesta permainan dan menjadi johan keseluruhan acara merentas desa 2014

** Terima kasih kepada kontinjen rumah hijau atas persembahan yang begitu bertenaga.



5. Perbarisan rumah sukan yang akan melakukan lintas hormat seterusnya ialah kontinjen RUMAH UNGU.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Nur Izzah Arisa bt Jefri dari tingkatan 5 gigih dan komander Nurhazwani Husna bt Musallim ( 2 Amanah )
• Ketua guru penasihatnya ialah Pn. Normazura bt Abu Bakar dan Cik Nik Nurul Faten Atikah
• Tema pasukan ini adalah “ Barney in the garden ”
• Rumah ungu telah mendapat tempat ke-3 dalam acara merentas desa dan johan pesta permainan tahun 2014

** Terima kasih kepada kontinjen rumah ungu atas persembahan yang begitu menarik.


6. Perbarisan rumah sukan terakhir yang akan melakukan lintas hormat ialah kontinjen RUMAH MERAH.

Ulasan :
• Kontinjen Rumah Merah diketuai oleh Komander Periyangah a/p Gunasekaran dari tingkatan 5 Inovatif
• Ketua Guru Penasihat Rumah Merah ialah Pn. Hafizah bt Mohamed dan Pn. Haliza Idrus
• Selaras dengan warna rumah sukan, kontinjen ini membawa tema “ Strawberry “ yang menggambarkan kemanisan di sebalik kekuatan rumah merah

** Terima kasih kepada kontinjen rumah merah atas persembahan yang begitu menarik.
Perbarisan seterusnya ialah perbarisan oleh PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH.

7. Kontinjen pertama yang akan melakukan lintas hormat ialah KONTINJEN PANDU PUTERI

Ulasan :
• Kontinjen ini dipimpin oleh Komander Ooi Yee Kee dari tingkatan 3 Berdikari
• Guru-guru penasihat pandu puteri ialah Pn. Nursyuhada, Pn. Syarifah, Pn. Nor Azlin, Pn. Wan Nor Hasniah, Pn. Zainura, Pn. Norhayati dan Pn. Norziah .
• Persatuan Pandu Puteri yang bermula tahun 1917 mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu dan kemahiran demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
• Asas program Pandu Puteri terdiri daripada beberapa komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah, intelek, gaya hidup sihat dan khidmat. Untuk mencapai tujuan ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui program pandu puteri yang mengutamakan sistem kumpulan ( patrol system ) yang menjadi ciri utama pergerakan pandu puteri seluruh dunia.

8. Seterusnya ialah lintas hormat oleh PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Siti Sarah bt Che Ri dari tingkatan 4 Amanah
• Di bawah pimpinan ketua guru penasihat Pn. Normazura bt Abu Bakar.
• Pasukan Kadet Remaja Sekolah dianggotai oleh 168 orang kadet sesi pagi dan 160 kadet sesi petang dengan 2 orang staff sarjan, 5 orang sarjan dan seorang koperal.
• Pasukan KRS telah menyertai perkhemahan dan kenaikan pangkat peringkat daerah dan seorang kadet telah dianugerahkan pangkat Staf Sarjan dan 3 kadet dianugerahkan pangkat Sarjan.
9. Kontinjen seterusnya ialah ST JOHN AMBULAN.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Ng Shin Nye dari tingkatan 5 Dedikasi.
• Di bawah pimpinan ketua guru penasihat Pn. Annabel a/p Chandra Thomas Rajaiah.
• St John Ambulance Malaysia Selangor Darul Ehsan ditubuhkan pada tahun 1972. Divisi 10 dan Raja Zarina Kadet merupakan cabang St John Ambulance Malaysia dalam kawasan pantai Selangor di bawah pimpinan Pn. Chwa Siew Ngoh ( bekas pelajar RZ ) sebagai Area Commander Kawasan Pantai Selangor. Disamping itu, Pn. Ong Hui Ming juga bekas pelajar RZ dan telah menjawat jawatan sebagai “ Area Superintendent Nursing ” di kawasan pantai selangor.
• Antara penglibatan St John SMK (P) Raja Zarina ialah terlibat dalam perbarisan negeri di stadium Sultan Sulaiman, menyertai pertandingan pertolongan cemas peringkat negeri dan turut serta dalam aktiviti hari bendera bagi mengutip derma untuk pesakit buah pinggang.


10. Kontinjen seterusnya yang akan membuat lintas hormat ialah KADET BOMBA DAN PENYELAMAT

Ulasan :
• Kontinjen ini dipimpin oleh Komander Nur Izzatie Hazieqa bt Jaafar dari tingkatan 4 Etika di bawah bimbingan guru Pn. Ruzita Abd Aziz, En. Muhamad Idham, Pn. Norliza Sudin, Cik Hartini, En. Mohd Haziman dan Pn. Rashidah Saad.
• Tujuan pasukan ini ditubuhkan adalah untuk memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan dan mewujudkan suasana sekolah bebas daripada bahaya kebakaran.
• Motto kadet bomba adalah “ MENCEGAH DAN MENYELAMAT ”
• Pasukan Kadet Bomba pernah menjadi juara dalam kategori Cadet Challenge pada peringkat daerah yang diadakan di pantai Acheh, Pulau Indah.

11. Kontinjen seterusnya ialah KADET POLIS

Ulasan :
• Kontinjen ini dipimpin oleh Komander Siti Sariah Norazan di bawah bimbingan ketua guru penasihat En. Vijiyan.
• Penubuhan Pasukan Kadet Polis merupakan salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah menengah sebagaimana yang telah ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan no.2 bertarikh 20 November 1969 yang dilaraskan oleh Polis DiRaja Malaysia
• Pencapaian terbaik tahun ini adalah seorang pelajar telah terpilih ke kem peringkat kebangsaan dan memenangi tempat ke-3 dalam acara jalan lasak

12. Perbarisan seterusnya ialah kontinjen BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Ulasan :
• Kontinjen ini dipimpin oleh Komander Zuraidah bt Zolkaply dari tingkatan 4 Etika
• Guru Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia ialah Pn. Halimah Aman Shah, Pn. Mulia, Pn. Sartina dan Pn. Siti Noryusdina
• Idea palang merah telah dilahirkan pada tahun 1859, apabila Henry Dunant, seorang lelaki muda Switzerland, datang ke tempat kejadian pertempuran berdarah di Solferino, Itali. Sekembalinya, beliau dipanggil untuk mewujudkan masyarakat kelegaan kebangsaan untuk membantu mereka yang cedera dalam peperangan, dan menunjuk jalan ke konvensyen Geneva akan datang. Palang merah telah dilahirkan pada tahun 1863 apabila lima lelaki Geneva, termasuk Dunant, menubuhkan jawatankuasa Antarabangsa bagi Bantuan kepada cedera, kemudiannya menjadi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
• Pencapaian terkini adalah mendapat “ Top 15 ” antara 30 buah sekolah di Klang dalam BSMM Cabang Klang.


13. Kontinjen seterusnya ialah PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Nur Aimi Nazihah bt Hassim dari tingkatan 5 Cekal di bawah bimbingan Ketua guru penasihat Pn. Wan Durriyah
• PPIM diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia. Kegiatan PPIM adalah berkisar kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat. Dilancarkan pada tahun 1981 oleh Permaisuri Agong Pertama di UKM, Bangi. Pada tahun 1988 PPIM dipisahkan daripada LKPIM atas arahan pendaftaran penubuhan kerana perbezaan umur keahlian dan diaktifkan kepada golongan muda.
• Antara pencapaian terkini adalah :
- Tempat ke-3 sempena perkhemahan pertandingan kawad kaki peringkat negeri
- Tempat ke-3 sempena malam kebudayaan perkhemahan perdana peringkat
daerah
- Tempat pertama dalam pertandingan memasak hari puteri
- Tempat pertama dalam pertandingan sepanduk sempena hari maulidulrasul
anjuran Majlis Kampung Raja Uda


14. Kontinjen perbarisan yang terakhir pada hari ini ialah PASUKAN TAEKWONDO.

Ulasan :
• Kontinjen ini diketuai oleh Komander Boo Ying Qi dari tingkatan 5 Berdikari di bawah bimbingan ketua guru penasihat Pn. Nik Rafizan.
• Taekwondo merupakan seni bela diri Korea yang paling masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh jeneral Choi Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000. Dalam bahasa Korea, “Tae” bermakna menumbuk, “ Kwon ” bermakna menendang, dan “ Do ” bermakna cara atau seni. Jadi Taekwondo bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai “ Seni menendang dan menumbuk”
• Pasukan Taekwondo telah meraih 1 pingat emas, 2 perak dan 6 gangsa dalam kejohanan Tae Kwon Do MSSD dan mendapat 1 emas dan 1 gangsa dalam MSSS.

Berikan tepukan gemuruh kepada semua kontinjen perbarisan yang telah menunjukkan komitmen dan kesepaduan yang tinggi dalam menjayakan acara perbarisan pada pagi ini.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk makluman, acara perbarisan yang berlangsung sebentar tadi merupakan salah satu acara yang dipertandingkan pada hari ini. Pertandingan perbarisan pada kali ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori A ( rumah sukan ) dan kategori B ( unit beruniform ).

Ciri-ciri yang diberi penilaian oleh juri hakim bagi kategori rumah sukan ialah :
1. Pakaian ( keseragaman ) : 40%
2. Persembahan ( 2 minit ) : 30%
3. Kekemasan : 20%
4.Komitmen ( Bil.peserta ) : 10%

Manakala ciri-ciri penilaian bagi kategori unit beruniform ialah :
1. Pakaian : 40%
2. Pandang ke kanan : 30%
3. Kekemasan : 20%
4.Komitmen : 10%

Sama-samalah kita menunggu keputusan pengadilan untuk acara perbarisan yang akan diumumkan pada akhir kejohanan ini nanti.



Terbang megah tinggi di awanan,
Mencari ikan di tepi kuala;
Berkibar megah bendera kejohanan,
Temasya sukan tanda bermula.

Bismillahirrahmanirrahim…

Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sheikh Ahmad ( DIMP ), Pengarah Urusan Sheikh Brothers Industries Sdn. Bhd

Yang Berusaha,
Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK ( P) Raja Zarina

Yang dihormati, Encik Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG SMKPaja Zarina, Barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar sekalian.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama hadir di Stadium Kota Raja, Padang Sultan Suleiman ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina kali ke 39 tahun 2014. Untuk pengetahuan para tetamu dan hadirin sekalian, kejohanan sukan diadakan saban tahun adalah untuk mencungkil bakat kesukanan dalam kalangan pelajar dan menggilap bakat atlet agar mampu mengharumkan nama sekolah dan seterusnya daerah, negeri mahupun kebangsaan. Selain itu, diharapkan penganjuran sukan ini menjadi medan untuk memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum, budaya dan kepercayaan serta menyemai semangat kesukanan yang sihat.
Oleh itu, kejohanan sukan ini merupakan peluang yang perlu direbut oleh semua murid untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dan menjadi modal insan yang diharapkan oleh Negara.

Hadirin yang dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi;
Doa dibaca memohon rahmat,
Semoga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Masnawi bin Misron untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

DOA

Amin Amin Ya Rabbil Alamin..
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Masnawi bin Misron atas bacaan doa itu tadi.


Kini, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu rasmi. Untuk itu, para tetamu dan hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah dengan iringan muzik.

LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH


Para hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK ( P ) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan sempena Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina Kali ke 39 tahun 2014. Dipersilakan.

UCAPAN PENGETUA.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin atas ucapan sebentar tadi.


Bunga Melati di luar pagar,
Dibawa gadis ke hujung kota;
Ucapan Pengetua telah didengar,
Dengarkan pula bicara Perasmi kita.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sheikh Ahmad ( DIMP ), Pengarah Urusan Sheikh Brothers Industries Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina kali ke-39 tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sheikh Ahmad atas ucapan perasmian sebentar tadi.


Hadirin sekalian,

Seterusnya, majlis mempersilakan Saudari Periyangah a/p Gunasekaran untuk memimpin lafaz ikrar kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina Kali ke 39 tahun 2014. Dipersilakan.

IKRAR KEJOHANAN.

Terima kasih diucapkan kepada Saudari Periyangah a/p Gunasekaran atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Penyampaian Cendera mata
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK ( P ) Raja Zarina dengan diiringi Pn. Rahimah bt Hj Jalil untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh bin Dato Sheikh Ahmad. Dipersilakan.


PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA VIP.


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Sheikh Rajesh atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Lasiah atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.


Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan;
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi sanjungan.

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina kali ke 39 tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu kehormat dan para pentadbir untuk menikmati jamuan di bilik VIP.Dipersilakan. Sebagai mengakhiri acara perasmian, majlis mempersilakan pasukan pancaragam SMK ( P ) Raja Zarina untuk mengetuai perbarisan keluar padang.



ACARA SUKAN BALAPAN

Acara pertama yang akan berlangsung sebentar lagi adalah acara 1500m terbuka.
Marilah sama-sama kita memberi perhatian dan sokongan kepada peserta rumah masing-masing.


**** Rujuk buku aturcara



PENYAMPAIAN HADIAH

Seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi acara ……………………………
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan ………………………………………. ……………………………………….. Diiringi oleh …………………………………………………………. ……. untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.


PENYAMPAIAN HADIAH.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ………………………………… kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.



ACARA PENUTUP

Begitu nikmat pabila dimakan,
Di dalam puan sirih dan pinang;
Sebelum tamat temasya sukan,
Hadiah disampaikan kepada pemenang.

Kini, tibalah kita ke acara kemuncak yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian hadiah kejohanan olahraga SMK ( P ) Raja Zarina kali ke-39 tahun 2014.
Dengan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan …………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………diiringi oleh ….………………………………………………………………… untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.


PENYAMPAIAN HADIAH

Bagi acara guru, tempat kelima dimenangi oleh Rumah …………
Tempat keempat dimenangi oleh Rumah …………………….
Tempat ketiga dimenangi oleh Rumah …………………………..
Naib Johan dimenangi oleh Rumah ……………………. Dan Johan dimenangi oleh Rumah …………

Seterusnya, bagi acara Menghias khemah Rumah Sukan,
Tempat ke-3 dimenangi oleh Rumah ……..……………………………………………
Naib Johan : Rumah …………………………………………
dan Johan dimenangi oleh Rumah ………………………………………….

Seterusnya, bagi acara Tarik Tali,
Tempat ke-3 dimenangi oleh Rumah ……..……………………………………………
Naib Johan : Rumah …………………………………………………………………
dan Johan bagi acara tali dimenangi oleh Rumah ………………………………………….


Bagi acara Perbarisan Unit Beruniform ,
Tempat ke-3 dimenangi oleh ………………………………………………………….
Naib Johan : …………………………………………………………………………….
dan Johan dimenangi oleh : …………………………………………………………….

Bagi acara Perbarisan Rumah Sukan,
Tempat ke-3 dimenangi oleh Rumah ………………………………………………
Naib Johan : Rumah ……………………………………………….
dan Johan Perbarisan Rumah Sukan dimenangi oleh Rumah …………………….………

Seterusnya, diumumkan :
Olahragawati Kelas 3 :
Dengan mendapat …………………..pingat emas bagi acara …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Dipersilakan……………………………………………………………………

Olahragawati Kelas 2 :
Dengan mendapat …………………….. pingat emas bagi acara
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dipersilakan ……………………………………………………………………………….

Dan. Olahragawati Kelas Pertama :
Dengan mendapat ……………………… pingat emas bagi acara ……………………………………………………………………………………
Dipersilakan …………………………………………………………………………..

Seterusnya, diumumkan Johan Sukantara 2014.
Hadiah akan diberikan kepada Johan sahaja.
Dengan mendapat ………… markah, tempat ke-5 dimenangi oleh, Rumah ……………
Tempat ke-4 : Rumah …………………………… (……………. Markah )
Tempat ke-3 : Rumah …………………………… ( ……………. Markah )
Naib Johan : dengan pungutan …………... markah, dimenangi oleh Rumah ………….
Dan Johan Sukantara 2014 dimenangi oleh Rumah …………………… dengan pungutan …………………….. markah. Dipersilakan Ketua Rumah sukan untuk menerima hadiah.

Seterusnya, diumumkan.
Pengurusan Rumah Sukan Terbaik dimenangi oleh Rumah …………………………

Kini, keputusan yang dinanti-nantikan, Johan Rumah Sukan 2014.
Hadiah diberikan kepada Johan sahaja.
Dengan mendapat ………… markah, tempat ke-5 dimenangi oleh, Rumah ……………
Tempat ke-4 : Rumah …………………………… (……………. Markah )
Tempat ke-3 : Rumah …………………………… ( ……………. Markah )
Naib Johan : dengan pungutan …………... markah, dimenangi oleh Rumah ………….
Dan Johan Rumah Sukan 2014 dimenangi oleh Rumah …………………… dengan pungutan …………………….. markah. Dipersilakan Ketua Rumah sukan untuk menerima hadiah.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ……………………………………………………………………………………. kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati,

Sesungguhnya, setiap pertandingan ada kalah dan ada yang menang. Setiap permulaan pasti ada akhirnya. Begitulah dengan majlis kita yang penuh gemilang ini.
Akhir kata,
Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.

Tahniah diucapkan sekali lagi.Dengan itu berakhirlah sudah Kejohanan Sukan Tahunan SMK ( P ) Raja Zarina Kali ke 39, tahun 2014.Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada hari ini.


Sekian, terima kasih.







@lynjyctrz

Wednesday, August 6, 2014

Standing In The Eyes Of The World :))


Koir Peringkat Kebangsaan 2014 : SMK Convent Bukit Nanas

" The goal of mankind, however, is to keep an eye on the top of pyramid and to climb as steadily as possible. We may stumble at times and we may leap forward at times. No matter how far we fall backward, however, the road back up is easier since we already know the way "
~ Keep Struggling ~





@lynjyctrz

Wednesday, July 23, 2014

TEKS JURUACARA MAJLIS KASIH AIDILFITRI 2014

SKRIP PENGACARAAN
PROGRAM KASIH AIDILFITRI 2014

TARIKH : 23 JULAI 2014 ( RABU )
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN HASIMAH, SMK ( P ) RAJA ZARINA


Bil
Acara
Teks
Catatan

Tetamu Mengambil Tempat
( 7.30 pagi )



Arahan aturcara pentadbiran



Ketibaan Tetamu Kehormat
       ( 7.30 pagi )
Majlis mengalu-alukan kehadiran En. Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG,  dan para hadirin   ke Majlis Kasih Aidilfitri Tahun 2014.
·        Yang Berusaha, Pn. Hjh Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK ( P ) Raja Zarina
·        Yang dihormati, En. Mokhtar bin Manaf, Yang Dipertua PIBG SMK (P) Raja Zarina
·        Pn.Noor Siah bt Othman, Penolong Kanan Kurikulum
·        Pn. Rahimah bt Jalil, Penolong Kanan HEM
·        Pn. Noraizah bt Mohd Noor, Penolong Kanan Kokurikulum,
·        Pn. Siti Anom bt Hoslin, Penolong Kanan Petang
·        AJK PIBG, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar sekalian

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia  Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNya dapatlah kita bersama-sama berkumpul  dalam Majlis Kasih Aidilfitri tahun 2014.
Majlis terlebih dahulu ingin merakamkan sekalung terima kasih atas kesudian YDP PIBG serta semua ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Program Kasih Aidilfitri ini merupakan program anjuran bersama unit Kebajikan Hal Ehwal Murid dan Koperasi SMK (P) Raja Zarina. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, pelajar-pelajar yang terpilih, pekerja swasta dan pengawal keselamatan.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi peluang kepada keluarga yang beragama islam untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih gembira.
Di sini juga, majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru SMK ( P ) Raja Zarina yang sudi menghulurkan sumbangan demi merealisasikan majlis kita pada hari ini. Semoga sifat keprihatinan dan kasih-sayang ini sebati dalam diri pelajar-pelajar dan diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Cari ikan tepian selasih,
Diumpan dengan isi kelapa;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi tuan kami tak lupa.
Pohon mawar subur di paya,
Ambil bunganya untuk disemat;
Sumbangan tuan besar maknanya,
Semoga Allah limpahkan rahmat.
Tetamu mengambil tempat

Bacaan Doa
Hadirin sekalian,
Majlis seterusnya memohon para jemputan serta hadirin yang dikasihi untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran dan bermohon doa agar majlis ini akan diterima sebagai suatu usaha yang murni dan diberkati. Justeru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Masnawi bin Misro untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
*** Doa ***
Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Masnawi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.


Ucapan Perasmian
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah Lasiah binti Yeop Tasin, Pengetua  SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Kasih Aidilfitri  bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** Ucapan Perasmian ***
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada  Pn. Hajah Lasiah atas ucapan perasmian  sebentar tadi.


Majlis Penyampaian Bantuan
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar. Sumbangan pada hari ini terdiri daripada beberapa kategori yang melibatkan pelajar sesi pagi dan petang yang telah dikenalpasti layak.    Dengan ini, Majlis dengan sukacitanya   mempersilakan En Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG dengan diiringi Pn. Rahimah binti Jalil untuk menyampaikan sumbangan kepada para pelajar. Dipersilakan.
Kategori pertama merupakan Fidyah yang disumbangkan oleh Pn. Hajah Lasiah, pengetua SMK (P) Raja Zarina khas untuk pelajar islam. Dipersilakan
  1. …………………………………………
  2. …………………………………………
  3. ………………………………………….
( Rujuk senarai )

Seterusnya adalah sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan sumbangan daripada semua pelajar dan guru SMK (P) Raja Zarina.
Dipersilakan :
  1. ………………………………………..
  2. …………………………………………
( Rujuk senarai )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Mokhtar bin Manaf atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn. Noor Siah bt Othman, Penolong Kanan Kurikulum dengan diiringi Pn. Rahimah bt Jalil untuk  menyampaikan sumbangan berikutnya.

Kategori berikutnya  merupakan sumbangan barangan makanan daripada koperasi sekolah . Dipersilakan :
  1. ……………………………………………
  2. ……………………………………………
( Rujuk senarai )




Seterusnya adalah sumbangan daripada koperasi sekolah berbentuk sepasang  pakaian hari raya. Dipersilakan :
  1. ………………………………………..
  2. ………………………………………..
( Rujuk senarai )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Noor Siah atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina dengan diiringi Pn. Rahimah bt Jalil untuk menyampaikan sumbangan berikutnya. Dipersilakan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan KWAMP. Bantuan ini diberikan oleh Kementerian Pelajaran dalam bentuk wang tunai RM600.00  kepada pelajar tingkatan satu yang telah memohon semasa awal tahun. Pada tahun ini hanya 3 orang pelajar layak menerima bantuan ini. Dipersilakan ;
  1. ……………………………………….
  2. ……………………………………….
  3. ……………………………………….

Seterusnya, pihak sekolah ingin menyampaikan sumbangan cermin mata kepada 4 orang pelajar. Sumbangan ini hasil kutipan daripada pelajar-pelajar sesi pagi dan petang. Insyaallah, usaha murni ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk pelajar-pelajar lain yang memerlukan.

 Dengan ini dipersilakan :
  1. ……………………………………………
  2. ……………………………………………
Dan akhir sekali, tidak dilupakan juga pekerja-pekerja swasta dan pengawal keselamatan yang telah banyak menyumbang tenaga untuk sekolah ini. Sumbangan khairat kematian ini adalah daripada seorang guru sesi petang yang ingin memanjangkan sedekah arwah bapanya. Dengan ini dipersilakan :
  1. ………………………………..
  2. ………………………………..
( rujuk senarai )

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Lasiah kerana sudi menyampaikan sumbangan sebentar tadi.




Ucapan Penutup

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
Dengan itu, majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian tetamu jemputan dan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama kami pada hari ini. 
Tinggi sungguh pohon cemara,
Tegak merimbun di tengah kota;
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.




Bersurai

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.

 @lynjyctrz

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...