Sunday, February 27, 2011

MIND TEST............


KHB : Tingkatan 1
Bab 5 : Jahitan

  1. Antara jenis mesin jahitan berikut, manakah yang menghasilkan pelbagai jenis mata jahitan, bentuk dan proses yang rumit sekiranya alatan tertentu dipasang ?
  1. Mesin jahit tangan
  2. Mesin jahit kaki
  3. Mesin jahit elektrik
  4. Mesin jahit elektronik

  1. Apakah yang terjadi jika gigi penolak mesin jahit dilaras turun ke bawah ?
  1. Jarum mesin patah
  2. Jahitan mesin melompat-lompat
  3. Fabrik tidak bergerak
  4. Benang jahitan terputus-putus

·        Memandu jahitan lurus
·        Menetapkan kedudukan fabrik apabila menjahit
  1. Pernyataan di atas menerangkan tentang bahagian mesin jahit iaitu …
  1. gigi penolak
  2. tuas angkat
  3. penekan jahitan
  4. ceper penegang benang

  1. Gerakan mesin jahit dikawal oleh …
  1. roda imbang
  2. tuas angkat
  3. skru pemberhenti jahitan
  4. ceper penegang benang

  1. Antara berikut, bahagian manakah yang akan menaikkan dan menurunkan tapak penekan jahitan ?
  1. Gigi penolak
  2. Roda imbang
  3. Tuas angkat
  4. Ceper penegang benang
        

  1. Apakah fungsi bahagian yang bertanda X pada mesin jahit dalam rajah di atas ?
  1. Melaraskan saiz mata jahitan
  2. Mengawal gerakan mesin
  3. Menolak fabrik bila dijahit
  4. Mengawal ketegangan mata jahitan

  1. Bahagian manakah pada mesin jahit yang perlu dilonggarkan apabila mengisi gelendung bagi mengelakkan jarum mesin daripada bergerak ?
  1. Pelaras jahitan
  2. Pemegang jarum
  3. Ceper penegang benang
  4. Skru pemberhenti jahitan

  1. Yang berikut merupakan bahagian mesin jahit dan fungsinya. Padanan manakah yang tidak benar ?

Bahagian mesin
Kegunaan
A
Roda imbang
Mengawal gerakan jarum mesin
B
Penekan jahitan
Menetapkan kedudukan fabrik
C
Pelaras jahitan
Mengawal saiz mata jahitan
D
Ceper penegang benang
Mengawal ketegangan mata jahitan


  1. Nombor pada pelaras jahitan menunjukkan …
  1. nombor benang yang sesuai
  2. nombor jarum yang sesuai
  3. bilangan mata jahitan bagi setiap 2.5 cm
  4. bilangan corak bunga yang dapat dihasilkan

10.     Cara yang betul untuk mula menjahit ialah …
I.                    turunkan tuas angkat
II.                 bawa kedua-dua benang ke belakang
III.               turunkan jarum menembusi fabrik
IV.              letakkan fabrik di bawah penekan jahitan

  1. II, IV, I dan III
  2. II, IV, III dan I
  3. IV, II, I dan III
  4. IV, III, II dan I

11.     Bagaimanakah susunan langkah untuk memusing jahitan di penjuru yang betul ?
I.          Biarkan jarum menembusi fabrik
II.         Turunkan tuas angkat
III.        Naikkan tuas angkat
IV.        Pusingkan fabrik

  1. I, III, IV dan II
  2. II, III, I dan IV
  3. III, II, IV dan I
  4. III, IV, II dan I

12.      Apakah yang menyebabkan mata jahitan mesin melangkau ?
I.                    Jarum tumpul
II.                 Jarum tidak dipasang dengan betul
III.               Fabrik ditarik semasa dijahit
IV.              Tegangan mesin terlalu kuat

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

13.     Bagaimanakah jahitan insang pari dimulakan dan dimatikan jahitannya ?
  1. Dengan jahitan kia
  2. Dengan sembat susup
  3. Dengan jelujur halus
  4. Dengan jahitan simpul

14.     Antara mata jahitan yang berikut, manakah yang boleh digunakan sebagai jahitan perhiasan sulaman
          dan pengemas tepi fabrik yang berbulu ?
  1. jahitan kia
  2. jahitan sembat
  3. jahitan insang pari
  4. jahitan silang pangkah


Answers :

1. D        2. C        3. C        4. A        5. C        6. A        7. D        8. A
9. C       10. B      11. A      12. A      13. C      14. C      

@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...