KHB : Tingkatan 1
Bab 4 : Kerja Paip
- Rajah menunjukkan sistem bekalan air di rumah. Antara yang berikut, bahagian manakah yang tidak dapat berfungsi sekiranya kunci paip ditutup ?
- E
- G
- H
- I
- Paip manakah yang menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola ?
- Paip cuci
- Paip agihan
- Paip limpah
- Paip perkhidmatan
- Antara berikut, yang mana menunjukkan fungsi paip yang betul ?
Paip | Fungsi | |
I | Paip Perkhidmatan | Menyalurkan air dari meter air ke tangki simpan air |
II | Paip Agihan | Mengagihkan air dari tangki simpanan ke kelengkapan perpaipan |
III | Paip Perhubungan | Menyalurkan air limpahan sekiranya injap bebola rosak |
IV | Paip Cuci | Mneyalurkan air keluar dari tangki simpanan semasa kerja pembersihan |
- I, II dan III
- I, II dan IV
- I, III dan IV
- I, II, III dan IV
- Antara berikut, paip manakah yang tidak menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air ?
- Paip Limpah
- Paip Agihan
- Paip Cuci
- Paip Perkhidmatan
- Antara berikut, manakah yang menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air ?
- Paip Limpah
- Paip Agihan
- Paip Perkhidmatan
- Paip Perhubungan
- Apakah bahan pemasangan yang digunakan untuk menyambungkan paip poli supaya menjadi kukuh ?
- Glu paip PVC
- Glu sentuh
- Sleeve dan gelang getah
- Pita Poly Tetra Fluoroaethylene ( PTFE )
- Pilih susunan langkah yang betul untuk membersihkan perangkap sinki S dan P yang tersumbat.
I. Membuka plag buangan
II. Memasang semula plag buangan
III. Mengalirkan air daripada sinki untuk menolak sisa yang tertinggal
IV. Menjolok dawai kasar melalui lubang buangan
- I, II, III dan IV
- I, III, IV dan II
- I, IV, II dan III
- I, IV, III dan II
- Bahagian yang bertanda S pada perangkap sinki dalam rajah di atas dikenali sebagai ….
- kedap
- endapan
- pelocok
- lubang buangan
- Saiz paip besi galvani ditentukan oleh …
- panjang paip
- berat paip
- diameter dalam paip
- diameter luar paip
- Antara berikut, manakah yang menunjukkan kegunaan alatan tangan di atas ?
- mencengkam dan memutarkan batang paip
- memotong paip besi bergalvani dengan cepat dan tepat
- memegang dan mengapit paip ketika kerja pemasangan
- membuang gerigis dalam lubang paip selepas memotong
- Apakah alatan tangan yang digunakan untuk membuka dan menanggalkan plag buangan dalam aktiviti membersihkan perangkap ?
- Playar cengkam seribu
- Sepana boleh laras
- Perengkuh paip
- Playar gabung
- Apakah kegunaan alatan tangan dalam rajah di atas ?
- Untuk kerja pemasangan paip poli
- Untuk kerja pemotongan paip poli
- Untuk kerja mengulir paip poli
- Untuk kerja mengukur paip poli
- Antara alatan berikut, yang manakah digunakan untuk membuang gerigis pada bahagian dalam batang paip selepas pemotongan paip ?
- kikir rata
- kikir bulat
- pahat
- senggerek
- Bahagian yang bertanda Y pada perengkuh paip dalam rajah di atas ialah ..
- hulu
- nat pelaras
- rahang tetap
- rahang bergerak
- Kerosakan yang berlaku pada pili adalah disebabkan oleh kehausan …
- pelompat
- sesendal
- pemulas
- nat pili
- Antara berikut, manakah yang digunakan untuk mengeluarkan pelompat dari alur keluar pili dalam kerja membaik pulih pili ?
- Pemutar skru
- Playar gabung
- Pemotong sisi
- Playar muncung tirus
- Rajah di atas menunjukkan Ragum Paip Yoke. Bahagian yang bertanda X adalah …..
- bingkai
- pemulas
- rahang tetap
- rahang bergerak
Answers :
1. D 2. C 3. B 4. D 5. D 6. C 7. D 8. A 9. B 10. B
11. B 12. A 13. B 14. B 15. B 16. D 17. D
1. D 2. C 3. B 4. D 5. D 6. C 7. D 8. A 9. B 10. B
11. B 12. A 13. B 14. B 15. B 16. D 17. D
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment