Saturday, February 19, 2011

MIND TEST............


KHB : Tingkatan 1
Bab 3 : Elektrik

  1. Antara berikut, manakah yang menghasilkan tenaga elektrik menggunakan prinsip tindakan kemagnetan ?
  1. Dinamo
  2. Sel kering
  3. Sel foto
  4. Penyala gas dapur

  1. Bagaimanakah arus elektrik yang lebih kuat dapat dihasilkan daripada dinamo basikal ?
I.                    menggunakan magnet yang lebih kuat
II.                 menambah bilangan lilitan gegelung wayar
III.               menambah kelajuan putaran magnet
IV.              mengurangkan rintangan di dalamnya

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Apakah elektrolit dalam sel kering ?
  1. Asid hidroklorik cair
  2. Asid sulfurik cair
  3. Plumbum peroksida
  4. Mangan dioksida dan ammonium klorida

  1. Sel yang membekalkan arus tinggi pada peralatan mudah alih untuk jangka hayat yang lama adalah…
  1. sel kering
  2. sel alkali
  3. sel merkuri
  4. sel lithium

  1. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai sel basah.
I.                    menghasilkan tenaga yang lebih tinggi berbanding sel kering
II.                 dapat dicas semula
III.               elektrolitnya ialah ammonium klorida
IV.              plat positifnya terdiri daripada plumbum peroksida

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Berapakah jumlah voltan yang dapat dihasilkan oleh tiga buah sel kering yang disambungkan secara selari ?
  1. 1.5 volt
  2. 3.0 volt
  3. 4.5 volt
  4. 6.0 volt



  1. Bahagian yang bertanda Y dalam lampu pijar dibuat daripada …
  1. nikel
  2. timah
  3. kromium
  4. tungsten



  1. Apakah kegunaan alatan tangan dalam rajah di atas ?
I.                    mengesan wayar hidup
II.                 mengesan kebocoran arus elektrik
III.               memasang atau membuka skru kecil
IV.              membengkok dan membentuk kaki komponen

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Alatan manakah yang digunakan untuk memotong kaki komponen atau lebihan wayar pada punca tamatan selepas pematerian ?
  1. Playar gabung
  2. Pemotong sisi
  3. Penjalur wayar
  4. Playar muncung tirus

  1. Antara alatan tangan yang berikut, manakah digunakan untuk memegang benda kecil, memotong wayar dan membentuk kaki komponen ?
  1. Playar kacip
  2. Playar gabung
  3. Pemotong sisi
  4. Playar muncung tirus



  1. Apakah kegunaan alatan tangan dalam rajah di atas ?
I.                    memotong wayar
II.                 menjalur wayar
III.               memegang benda kecil
IV.              membentuk benda kecil

  1. I dan II
  2. II dan III
  3. I, II dan III
  4. II, III dan IV


  1. Apakah jenis plag dalam rajah di atas ?
  1. Plag 2 pin 2 ampere
  2. Plag 3 pi 5 ampere
  3. Plag 3 pin 13 ampere
  4. Plag 3 pin 15 ampere

  1. Antara perkakas elektrik berikut , manakah yang menggunakan plag 3 pin 15 ampere ?
I.                    Jam elektrik
II.                 Mesin pembasuh
III.               Pemdingin udara
IV.              Pemanas air

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV



  1. Antara berikut, manakah yang menggunakan wayar seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas ?
  1. radio
  2. seterika
  3. kipas angin
  4. pembakar roti

  1. Liza mengeluarkan suis penghidup daripada lampu pendarfluor yang sedang menyala. Apakah yang akan berlaku ?
  1. Lampu akan padam
  2. Lampu terus menyala
  3. Lampu berkelip-kelip
  4. Lampu akan terbakar

  1. Bahagian-bahagian yang terdapat pada lampu pendarfluor termasuklah …
I.                    cok
II.                 filamen
III.               suis penghidup
IV.              pemegang tiub

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Setelah pendawaian lampu pendarfluor dilakukan, didapati lampu berkelip-kelip tetapi tidak menyala. Kerosakan tersebut mungkin disebabkan oleh …
I.                    suis penghidup
II.                 cok rosak
III.               tiub rosak
IV.              tiada bekalan elektrik

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. I, II dan III
  4. I, II, III dan IV

  1. Apabila arus elektrik mengalir melalui pin elektrod, tiub akan menghasilkan …
  1. sinaran ungu
  2. sinaran ultra ungu
  3. sinaran ultra merah
  4. sinaran berkelip-kelip



Answers :

1. A       2. A       3. D       4. D       5. B       6. A       7. D       8. A      9. B      10. D
11. A       12. C       13. D       14. A       15. B       16. C       17. B       18. B


@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...