Monday, February 14, 2011

MIND TEST ..............


KHB : Tingkatan 1
Bab 1 : Organisasi Bengkel Dan Keselamatan

  1. 4M yang perlu dipatuhi semasa di bengkel Kemahiran Hidup adalah..
I.                    membersih
II.                 menyusun atur
III.               menilai
IV.              mendisiplin

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV


·        Alatan yang telah digunakan disimpan di tempat khas
·        Bahan beracun dan mudah terbakar disimpan dalam almari berkunci

  1. Pernyataan di atas adalah amalan 4M dari aspek ….
  1. menilai
  2. mendisiplin
  3. menyusun atur
  4. membersih

  1. Siapakah ketua kumpulan dalam sebuah bengkel kemahiran hidup ?
  1. Formen
  2. Pengetua
  3. AJK Kemahiran Hidup
  4. Guru Kemahiran Hidup



      Guru



         Y



  1. Bahagian  yang bertanda Y dalam carta organisasi bengkel di atas adalah ..
  1. formen
  2. guru sekolah
  3. pengetua
  4. pembantu bengkel

  1. Antara berikut manakah yang tidak benar mengenai peraturan keselamatan di bengkel ?
  1. Meminta kebenaran guru sebelum menggunakan mesin
  2. Menggunakan alatan yang sesuai untuk membuat kerja
  3. Melaporkan kepada guru alatan yang rosak atau hilang
  4. Bekerja sambil berbual ketika menggunakan peralatan
  1. Yang berikut adalah peraturan keselamatan bengkel, alatan dan diri yang perlu di patuhi oleh murid, kecuali …
  1. murid mengenal pasti tempat khas menyimpan alatan dan bahan
  2. murid menyimpan semula alatan di tempat khas setelah menggunakannya
  3. murid melaporkan kepada guru dengan segera jika berlaku kemalangan
  4. murid dibenarkan untuk makan dan minum di dalam bengkel

  1. Pengurusan organisasi bengkel dapat ….
I.                    memastikan segala tugasan dapat dilaksanakan dengan lancer
II.                 memastikan murid mematuhi peraturan keselamatan di bengkel
III.               memastikan bahan dan alatan disimpan secara sistematik
IV.              memastikan murid beretika ketika bekerja untuk mengelakkan kemalangan

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Murid yang beretika adalah yang bersikap seperti berikut, kecuali ….
  1. bertanggungjawab
  2. menepati waktu
  3. mematuhi peraturan
  4. menyiapkan kerja orang lain


    • menjalankan tugas mengikut jadual
    • menyimpan alatan di tempat asal selepas digunakan
    • menjaga keselamatan bengkel, alatan dan diri

  1. Ciri-ciri di atas menunjukkan etika kerja yang ….
  1. mematuhi peraturan.
  2. menepati waktu.
  3. bertanggungjawab.
  4. amanah dan jujur.

  1. Maksud etika kerja adalah ….
  1. disiplin dan sikap seseorang terhadap kerja.
  2. peradaban yang diamalkan oleh setiap pekerja.
  3. Peraturan untuk menyenggara mesin dan alatan bengkel
  4. Susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan barang



Answers :
1. D    2. C    3. A    4. A    5. D     6. D    7. D    8. D     9. C    10. A

@ lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...