Pages

Sunday, February 13, 2011

MIND TEST............



KHB : Tingkatan 3
Bab 4 : Tempat kediaman

1. Tempat kediaman dapat memenuhi keperluan fizikal dengan…

I.   memberi ketenangan jiwa
II.  memberi peluang ahli keluarga berinteraksi
III. memberi keselamatan daripada   ancaman musuh.
IV. memberi perlindungan daripada cuaca

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

2. Manakah antara berikut adalah jenis-jenis ruang tempat kediaman ?

I.                Ruang umum
II.               Ruang kerja
III.              Ruang persendirian
IV.              Ruang perkongsian

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

3. Antara berikut yang manakah ruang persendirian ?

  1. Stor
  2. Dapur
  3. Garaj
  4. Tandas
4. Ruang yang digunakan untuk membersih dan mengemas diri adalah ruang ….

A.     umum
B.     kerja
C.     sosial
D.     persendirian

5. Antara berikut , yang manakah merupakan sumber pencahayaan am ?

I.                Lampu pijar
II.               Lampu pendarflour
III.              Lampu hiasan
IV.              Lampu meja tulis

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

6. Pilih pasangan kemasan dan ruang yang betul.

Ruang
Kemasan
I. Bilik mandi
Lantai mozek
II. Ruang tamu
Lantai marmar
III. Dapur
Lantai parket
IV. Ruang istirehat
Lantai terazo


  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV
7. Antara berikut , manakah yang membantu memperbaiki pengudaraan tempat kediaman ?

I.                    Vakum
II.                 Kekisi
III.               Hud dapur
IV.              Penyapu rami

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV
  • Mengelap tingkap
  • Mengemop lantai
  • Membersih tandas
8. Pembersihan di atas dilakukan ……

  1. setiap hari
  2. seminggu sekali
  3. sebulan sekali
  4. setahun sekali

9. Apakah kesan pada ruang jika menggantung cermin dinding bersaiz besar di ruang makan ?

  1. Ruang makan kelihatan kecil
  2. Ruang makan kelihatan besar
  3. Ruang makan kelihatan rendah
  4. Ruang makan kelihatan tinggi

10. Pilih pernyataan yang benar mengenai susun atur alatan dan kelengkapan di ruang dapur.

I.                    Dapur – letak di ruang lalu lintas dapur
II.                 Meja kerja – berhampiran sinki dan dapur
III.               Sinki – berhampiran dengan tingkap
IV.              Peti sejuk – berdekatan dengan dapur

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

11. Antara berikut yang manakah dapat menjadikan ruang kecil kelihatan besar ?

I.                    Lampu hiasan besar
II.                 Cermin dinding besar
III.               Skima warna lembut
IV.              Perabot bersaiz besar

  1. I dan II
  2. I dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV

12. Antara ruang berikut, manakah yang sesuai dihias dengan kusyen tabur ?

  1. Dapur
  2. Tandas
  3. Ruang tamu
  4. Ruang makan

Jawapan :
1. D     2. C    3. D     4. D     5. A     6. B     7. C     8. B     9. B    10. C     11. C    12. C

@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment