Sunday, December 26, 2010

Nota KHB Tingkatan Satu: Teras ( Bab 3: Elektrik )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 3 ( ELEKTRIK )


3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK
1.      SUMBER ELEKTRIK

a.       Kemagnetan
Prinsip : pergerakan magnet melalui gegelung wayar yang dililit di sekeliling sebatang teras besi.
i.         Dinamo
Bahagian utama : gegelung wayar, magnet kekal & teras besi
Arus meningkat jika ; putaran magnet dilajukan @ bilangan lilitan gegelung wayar ditambah
ii.       Turbin
Boleh diputar oleh air, stim @ angina

 

b.      Tindakan kimia
i.         Sel kering
Voltan : 1.5 volt
Bahagian utama : Batang karbon ( punca positif )
                            Elektrolit ( Mangan dioksida + Ammonium klorida )
                           Bekas zink ( punca negative )
a.       Sel alkali
Contoh : bateri lampu suluh  
b.       Sel merkuri
Saiz kecil, mahal
Contoh : bateri jam tangan
c.       Sel lithium
Membekalkan arus yang tinggi, boleh dicas semula
Contoh : bateri handphone, computer, kalkulator
d.       Sel Nikel Cadmium
Untuk peralatan tanpa wayar ( cordless )
Boleh dicas semula sehingga 1000 kali
Ditulis “ RECHARGEABLE ” pada badannya
ii.       Sel basah
Dalam kenderaan.
Tenaga lebih tinggi berbanding sel kering.
Boleh dicas semula.
Voltan : 2 volt, 6 volt & 12 volt
Bahagian utama : Plumbum peroksida ( plat positif )
                             Plumbum ( plat negative )
                           Penyelang ( gentian kaca @ ebonite )
                            Elektrolit ( Asid sulfuric )
                  
 
                                                                                                                 
Nickel Cadmium                                      Sel basah


c.       Cahaya
Tindakan : cahaya dipancarkan ke atas permukaan selenium, natrium & kalium menghasilkan arus elektrik
Contoh : Kamera dan kalkulator sel solar


2.      KEGUNAAN ELEKTRIK
i. Menghasilkan haba
ii. Menghasilkan tenaga kinetic
iii. Menghasilkan bunyi
iv. Menghasilkan cahaya


3.2 JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN
1.     ALATAN TANGAN
    

Alatan
Kegunaan
Pena ujian
  • Menguji & mengesan kebocoran arus
  • Mengetat & menanggalkan skru kecil
Pemotong sisi
  • Memotong wayar elektrik
  • Memotong lebihan wayar pada punca tamatan
Playar muncung tirus
  • Memegang objek kecil, memotong & membentuk kaki komponen
Playar gabung
  • Kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok & membentuk
Penjalur wayar
  • Penjalur wayar mudah
  • Penjalur wayar spring
  • Menjalur & memotong wayar

        
2.      WAYAR


Wayar
Keterangan
Wayar kuprum berenamel
  • Untuk membuat gegelung pada motor & transformer.
  • Disalut lapisan enamel
Wayar lembar tunggal
  • Untuk pendawaian dalam litar mudah seperti radio & komponen elektronik
Wayar teras tunggal
Dua bentuk :
  • Lembar wayar halus : boleh dilentur, untuk pendawaian litar elektrik spt radio & pembesar suara
  • Lembar wayar kasar : untuk pendawaian litar elektrik domestik
Wayar teras kembar
  • 2 wayar teras tunggal dicantum sekali
  • Untuk membuat pendawaian lampu meja, radio, televisyen, soket & penyuai
Wayar tiga teras
      Dua jenis :
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC : untuk perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba spt kipas angin, computer & mesin basuh
  • Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang : untuk perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas spt seterika, ketuhar, cerek elektrik & pembakar roti


3.      JENIS PLAG


Plag
Keterangan
Plag 2 pin 2 ampere
  • Menggunakan wayar teras kembar.
  • 2 tamatan : teras hidup & teras neutral
  • Alatan berkuasa rendah : radio, pencukur elektrik, jam elektrik
Plag 3 pin 13 ampere
  • 3 tamatan. Dipasang fius kartrij untuk keselamatan.
  • Untuk kebanyakan perkakas elektrik di rumah.
Plag 3 pin 15 ampere
  • Bentuk pin bulat. Tiada fius.
  • Untuk kelengkapan berkuasa tinggi spt pendingin udara & pemanas air.



 

4. FIUS

  • Melindungi litar & perkakas elektrik
  • Mencegah kemalangan akibat litar pintas
  • Apabila arus mengalir terlalu tinggi, fius akan melebur & pengaliran arus terputus
  • Dipasang secara siri pada wayar hidup.
  • Kadaran : 2A, 5A,10A & 13A


Fius
Keterangan
Fius dawai
  • Dlm bentuk dawai. Kadarannya telah ditetapkan.
  • Pemegang fius dawai dibuat drp bahan tahan haba spt seramik dan bakelit.
Fius kartrij
  • Fius yang terbakar harus diganti dengan fius baru dengan kadaran yang betul.


5.      LAMPU PENDARFLUOR

·         Menghasilkan cahaya lebih terang daripada lampu pijar
·         Pelbagai bentuk : rod, bulat, spiral etc.

Bahagian
Keterangan
Tiub pendarfluor
  • Kaca berisi merkuri & gas argon.
  • Bahagian dalam disalur dengan lapisan fosfor.
  • Terdapat 2 pin elektrod di kedua hujung tiub.
Apabila arus mengalir melalui elektrod, tiub akan menghasilkan sinaran ultra ungu. Cahaya putih terhasil apabila terkena sinaran ultra ungu.
Perumah
  • Mengandungi cok, pemegang tiub, pemegang suis penghidup & suis penghidup
Cok
  • Untuk membeklkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan &
  • Menstabilkan voltan selepas lampu menyala
Pemegang tiub
  • Untuk menyangga tiub pendarfluor
Pemegang suis penghidup
  • Menempatkan suis penghidup
Suis penghidup
  • Menghidupkan lampu. Lampu terus menyala walaupun suis penghidup ditanggalkan.


 




KEROSAKAN LAMPU PEDARFLUOR


Kejadian
Kerosakan
Lampu tidak menyala
  • Cok rosak
  • Tiub rosak
  • Suis penghidup rosak
Lampu berkelip-kelip, tetapi tidak menyala
  • Tiub rosak
  • Suis penghidup rosak
Kedua-dua hujung tiub merah & lampu tidak menyala
  • Tiub rosak
  • Suis penghidup rosak





©lynjyctrz

2 comments:

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...