Friday, December 24, 2010

Tested Recipes

 

SUGAR PASTE ( Untuk Cover  kek )

3 camca teh serbuk gelatine
1/2 sudu makan liquid glucose
1/3 cawan air
1 1/3 camca teh glycerine
1.25 kg gula icing

Cara :
1. Campur sedikit air dengan serbuk gelatine  ( biarkan kembang )
2. Cairkan serbuk gelatine ( guna double boiler )
3. Tambah baki air, kacau.
4. Tutup api, masukkan liquid glucose dan glycerine. Kacau.
5. Ayak gula icing dalam bekas lain.
6. Masukkan cecair gelatine ke dalam gula icing.
7. Uli hingga licin, rehatkan doh selama 24 jam.



GUM PASTE ( Untuk buat bunga )

25 gram serbuk gelatine
100 ml air
175 gram gula icing
500 gram tepung jagung

Cara :
1. Cairkan serbuk gelatine dengan air
2. Ayak gula icing dan tepung jagung.
3. Masukkan cecair gelatine.
4. Uli hingga licin.





 "Mmmmm....yummy!!!!!"
CHOCOLATE.

Bahan A ( Inti )

Orange              : 30 gm susu cair
                           170 gm white chocolate
                           15 gm glucose gel
                           1/2 camca teh orange paste
                           1/2 camca teh orange flavour / sunquick

Mint                   : 30 gm susu cair
                            170 gm white chocolate
                            15 gm glucose gel
                            1/2 camca teh mint pasle

Strawberry         : 30 gm susu cair
                            170 gm white chocolate
                            15 gm glucose gel
                            1/2 camca teh strawberry paste

** inti boleh diganti dengan walnut, raisins, almond atau hazel nut.

Cara :
1. Panaskan susu cair secara double boiling.
2. Masukkan paste dan flavour hingga sebati.
3. Masukkan white chocolate yang dipotong kecil. Masak hingga cair.
4. Biarkan sejuk.

Bahan B ( Base Chocolate )

200 gm  Chocolate milk compound ( Any Brands )

Cara :
1. Masak Chocolate Milk Compound yang telah dipotong kecil hingga cair.
    ( Guna double boiler )
2. Masukkan separuh chocolate ke dalam acuan.Ketuk-ketukkan untuk buang angin.
3. Masukkan inti di tengah-tengah, pastikan tidak kena tepi acuan.
    ( Inti perasa orange / mint / strawberry / almond / raisins / walnut etc )
4. Masukkan chocolate untuk menutup inti. ( Pastikan tidak melimpah )
5. Ketuk acuan perlahan-lahan supaya  chocolate sama rata.

Warning : Pastikan acuan dan chocolate tidak dimasuki air.





 

 BASIC HOME-MADE SPONGE CAKE

Bahan :
4 biji telur
120 gm gula castor
120 gm tepung gandum ( Jika mahu koko : 100gm tepung + 20 gm serbuk koko )
10 gm ovalette
20 ml air
20 ml minyak jagung
sedikit esen vanilla

Cara :
1. Ayak tepung.
2. Masukkan tepung, gula castor, telur, air dan ovalette ke dalam mixer.
    Pukul sampai kembang.
3. Masukkan minyak ( gaul dengan tangan )
4. Masukkan dalam acuan. Bakar pada suhu 180 c @ No 6 selama 15 - 20 minit.
5. Potong kek 3 lapis.
6. Sapukan air gula campur kopi/oren/strawberry etc.( ikut citarasa )
7. Lapiskan dengan krim.
8. Hias kek dengan krim.( topping )

Topping :
Boleh guna " Ready to whip topping " : pukul hingga kembang.
           @
Panaskan sedikit coklat masakan, masukkan sedikit whip topping dan susu segar.
Pukul hingga kembang.


© lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...