Wednesday, December 22, 2010

Nota KHB Tingkatan Tiga : Teras ( Bab 2: Elektrik )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 3
ELEKTRIK ( BAB 2 )

Hasil pembelajaran :
i.         Membaca maklumat pada plat perincian motor
ii.       Mengenali jenis motor
iii.      Menyatakan arah pusingan motor DC
iv.      Mengenal pasti mekanisme penghantaran kuasa motor DC.

Pengenalan motor arus terus ( DC ). m/s 28

Motor :
Ø       komponen yang sering digunakan pada alat elektrik.
Ø       Digunakan pada mesin industri, peralatan elektrik & alat permainan.
Ø       Berfungsi menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.
Ø       Motor arus terus ( DC ) : Biasanya dalam peralatan elektrik mudah alih.
Ø       Contoh : alat permainan bermotor, motor penghidup kenderaan, kipas radiator kereta & skuter elektrik, pemutar CD, radio kaset, VCD, kit robot & kereta kawalan jauh.

Plat perincian motor DC. ( Rujuk m/s 29 )
Ø       Berfungsi sebagai pemberi maklumat dari aspek jenis ( type ), kuasa bekalan ( power ), putaran (RPM), watt, kuasa kuda ( hp )& arus ( I ).

Jenis motor elektrik.
i.                     Motor arus terus ( DC )
ii.                    Motor arus ulang-alik ( AC )


Peralatan
Jenis motor
Gerudi tangan
Motor AC
Gerudi cordless
Motor DC
Mesin las
Motor AC
Gerudi lantai
Motor AC


Bahagian utama motor arus terus ( DC ) : Rajah 2.7, m/s  30.

Bil
Bahagian
Keterangan
1
Rangka utama
( Yoke )
Menyokong @ menempatkan komponen-komponen lain.
2
Magnet kekal
Dipasang pada rangka utama. Terdiri drp teras besi berlaminat dan gegelung medan.
3
Berus karbon
Pada bahagian atas penukar tertib.
4
Gegelung angker
Menjadi electromagnet serta berputar bila arus elektrik mengalir melaluinya. ( Prinsip kemagnetan )
5
Penukar tertib
(Commutator)
Berbentuk silinder

Arah pusingan motor
Prinsip pergerakan motor Arus terus ( DC )
Rujuk  Jadual 2.2 m/s 31

Ø       Kedudukan gegelung angker :
Mendatar ( I & III ) – ada arus mengalir kerana berus karbon bersentuhan dengan penukar tertib.
Menegak ( II & IV ) – arus tidak mengalir dalam gegelung kerana berus karbon tidak bersentuhan dengan penukartertib.
Gegelung masih berputar kerana ada prinsip tarikan dan tolakan antara elektromagnet dengan magnet kekal.
Ø       Putaran gegelung motor akan berhenti setelah arus elektrik dimatikan.


Arah pusingan motor DC. ( Rujuk m/s 32 )

Ø       Arah pusingan motor DC boleh diterbalikkan dengan menyongsangkan sambungan punca bekalannya.


Petua tangan kiri Fleming : ( Rujuk m/s 33 – kolum informasi )
Ø       Untuk meramal arah daya yang dikenakan pada gegelung .
Ibu jari : Daya tolakan
Jari telunjuk : Arah medan magnet
Jari hantu : Arah arus


Mekanisme Penghantaran Kuasa Motor DC.
Rajah 2.10 m/s 33.

Komponen yang terlibat :
i.                    Roda ( Wheels )
ii.                   Gear ( Gears )
iii.                  Takal ( Pulley )
iv.                  Tali sawat ( Belting )


© lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...