Tuesday, December 28, 2010

Nota KHB Tingkatan Tiga : Elektif ( Bab 3: Konsumerisme )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN TIGA
ELEKTIF : BAB 3 ( KONSUMERISME )


1.       Maksud pengguna ( Konsumer ):
   Orang yang menggunakan barang ,   perkhidmatan dan sumber alam semulajadi.

2.      Maksud konsumerisme ( Kepenggunaan ) :
   Segala aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak mereka sebagai pengguna.

3.      Hak-hak pengguna :
  • Hak mendapatkan keperluan asas.
  • Hak Mendapat Keselamatan
  • Hak Mendapat Maklumat
  • Hak Untuk Memilih
  • Hak Mendapat Ganti Rugi
  • Hak bersuara
  • Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan
  • Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat
4.      Tanggungjawab pengguna :
  1. Terhadap diri sendiri
  • Membeli secara rasional dan bijak
  • Belanjawan diri
  • Penglibatan dan tindakan
  • Kesedaran mengkritik

  1. Terhadap masyarakat
  • Bersatu-padu dan bekerjasama
  • Tanggungjawab sosial ( menyedari kesan perlakuan terhadap orang lain )
  • Menjaga alam sekitar dan alam semula jadi
5.      Tujuan dan kepentingan menjaga hak sebagai pengguna :
  • Menjadi individu bermaklumat
  • Menjadi pengguna yang tidak mudah tertipu
  • Menjadi ahli masyarakat yang bersatu-padu dan berwibawa
  • Tidak berlaku penyelewengan oleh pengeluar
6.      Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna :
  • Harga berpatutan    
  • Produk berkualiti   
  • Kuantiti tepat
  • Selamat digunakan
  • Maklumat tepat
  • Mesra alam                               
7.      Bentuk penyelewengan oleh pengeluar :
  • Harga barang tidak stabil      
  • Kegiatan menyorok barang
  • Kualiti barang rendah
  • Barang yang membahayakan
  • Timbangan atau sukatan tidak tepat 
  • Maklumat mengelirukan                    
8.      Cara membuat aduan :
  • Terus
  • Bertulis   
9.      Peranan persatuan pengguna :
  • Menerima serta menyiasat aduan 
  • Menjalankan kajian dan penyelidikan
  • Memberi bantuan dan khidmat nasihat
  • Memberikan pendidikan kepenggunaan
  • Menyebarkan maklumat kepenggunaan                  
10.  Peranan kerajaan :
  • Menggubal undang -undang 
  • Menguatkuasakan undang-undang
  • Menyelaras kepentingan pengguna                   
11.  Hak pengguna dalam peruntukan undang-undang
  • Akta Label, 1980
  • Akta Perihal Dagangan, 1972
  • Akta Elektrik, 1973
  • Ordinan Menjual Makanan dan Dadah, 1952
  • Akta Kawalan Bekalan, 1961
  • Akta Kawalan Harga, 1946
  • Akta Timbang dan Sukat, 1972
  • Akta Sewa Beli, 1967
  • Peraturan Makanan, 1985
  • Akta Mutu Alam Sekitar                                       
12.  Bentuk perlindungan pengguna
  • Pendidikan kepenggunaan
  • Undang-undang
  • Persatuan Pengguna                           

Ciri-ciri pengguna yang rasional :
  • Membeli berdasarkan keperluan
  • Membuat pebandingan harga
  • Berfikir sebelum membeli.Kesan penggunaan terhadap diri, org lain & alam sekitar.
  • Memilih barangan berkualiti,harga berpatutan.
  • Membuat senarai barang yang diperlukan.
  • Bijak memilih kedai & agensi yang sah & mampu memberi perkhidmatan terbaik
  • Membeli pada masa sesuai
  • Membeli ikut susunan keutamaan.

Tribunal Tuntutan Pengguna :

Badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Pengguna boleh membuat aduan & tuntutan .
Pejabatnya terdapat di semua negeri.



"The source of genius is imagination alone, the refinement of the senses that sees what others do not see, or sees them differently."

@ lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...