Sunday, December 26, 2010

Nota KHB Tingkatan Satu: Teras ( Bab 2: Reka Bentuk & Penghasilan Projek )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 2 ( REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEK )


 


1.      MAKSUD REKA BENTUK & TEKNOLOGI

Reka bentuk : Susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak.
Teknologi  : Pengajian & pengetahuan dalam usaha manusia mencipta & menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik & system untuk menguruskan kehidupan.

2.      FAKTOR REKA BENTUK

i.                     Fungsi                                             vi.   Kos
ii.                   Rupa bentuk                                    vii.  Kemasan
iii.                  Kesesuaian bahan                           viii. Keselamatan
iv.                 Kaedah pembinaan                          ix.   Nilai komersial
v.                   Ketahanan

3.      JENIS BAHAN & PENGIKAT

BAHAN :

Bahan
Kelebihan
Kelemahan
Kayu
2 jenis ;
i.   Kayu keras :   Cengal & jati untuk perabot.
ii. Kayu lembut :
    Meranti & Nyatoh untuk perabot & pembinaan am.
·         Mudah digergaji, digerudi, dipaku & diskru
·         Mudah dicantum & disambung
·         Tahan lasak
·         Sesuai dengan beberapa jenis kemasan
·         Lebih teguh
·         Urat & ira kayu cantik & mudah dikerjakan
·         Sesuai untuk kerja pembinaan
·             Mudah mengecut & meleding
·             Bahagian hujung mudah retak & pecah apabila dipaku
·             Mudah reputmudah diserang serangga perosak
·             Tidak sesuai untuk membuat permukaan yang lebar & luas
Papan lapis
Beberapa lapisan kayu nipis/Vernier
2 jenis :
i.   Papan lapis kalis air
ii. Papan lapis tidak kalis air
-   untuk membuat  perabot & pembinaan am
·         Ringan & mudah digunakan
·         Permukaan lebar & rata
·         Tidak mudah mengecut & meleding
·         Bahagian hujung & tepi tidak mudah pecah apabila dipaku @ diskru.
·             Lapisan kayu nipis mudah lekang apabila terkena air
·             Tidak sesuai digunakan di luar    rumah & bangunan
Medium Density Fibre Board (MDF)
- Daripada serat kayu lembut.
- disadur bahan kemasan berwarna @ corak ira kayu
- untuk perabot
·         Tahan haba
·         Kemasan boleh dibuat spt kayu semula jadi
·         Tidak retak apb dipaku hujungnya
·         Tidak mudah bengkok dan tidak meleding
·         Permukaan lebar & rata
·             Tidak kalis air
·             Mudah lerai jika ada kecacatan
Mounting board
-  Kadbod drp kertas.
-   pelbagai saiz, ketebalan & warna.
-   untuk hiasan, model barangan, kraftangan & bingkai gambar
·         Mudah dibentuk & dikerjakan
·         Kelihatan menarik kerana pelbagai warna
·         Ringan
·         Tidak kalis air
·         Warna mudah luntur
·         Daya kekuatan rendah


PENGIKAT ;
I.                   Paku
a.       Paku kepala rata : Daripada keluli lembut
   Untuk kerja am
b.       Paku panel      :  Untuk perabot
   Tukul kuku kambing & tukul warrington untuk mengetuk paku
·         Saiz ditentukan oleh panjang batang
·         Memaku secara menyerong lebih kuat cengkaman
·         Pembenam paku untuk membenam paku panel

II.                Skru
a.       Skru kepala benam
b.      Skru kepala bulat
·         Daripada keluli lembut, kuprum @ loyang
·         Untuk mengikat bahan kayu & logam serta memasang engsel.
·         Dipasang menggunakan pemutar skru rata @ pemutar skru Phillips.
·         Cengkaman lebih kuat berbanding paku
·         Senggerek digunakan untuk menandakan lubang kecil pada kayu sebelum diskru.

III.             Glu
a.       Glu sentuh
Untuk mencantum 2 bahan berlainan jenis spt kayu & logam

b.      Glu PVA ( Polyvinyl acetate )
- Untuk cantuman kayu.Mudah digunakan tetapi tidak kalis air.
- Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih & tidak berminyak.

4.      ALATAN TANGAN & MESIN

ALATAN TANGAN

BIL
ALATAN
KETERANGAN
1
Pita pengukur
  • Untuk mengukur jarak
  • Saiz : 3 meter – 6 meter
  • Unit ukuran : mm, cm dan meter
2
Pembaris keluli
  • Untuk mengukur jarak & memindahkan jarak
  • Saiz : 30 cm, 45 cm, 60 cm & 100 cm
3
Sesiku L
  • Untuk  - menguji ketepatan sudut 90
                  - menguji kerataan permukaan bahan
                  - membuat garisan bersudut tepat
  • Saiz : ditentukan oleh panjang bilah
4
Tolok penanda
  • Untuk - menanda tebal kayu
                        - menanda lebar kayu
5
Tolok serong
  • Untuk - menanda & memindah sudut bukan 90
                 - membina tanggam
6
Gergaji puting
  • Untuk memotong kayu bersaiz kecil & membuat tanggam
  • Jalur logam : menguatkan bilah gergaji
7
Gergaji lengkung halus
  • Untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis
8
Gergaji tangan
  • Untuk mengerat & membelah kayu.
  • Saiz : mengikut panjang bilah & bilangan giginya setiap 25 mm
9
Tukul kuku kambing
  • Untuk menukul & mencabut paku
  • Saiz : mengikut berat kepala
10
Tukul warrington
  • Untuk menukul paku kecil
  • Bongkol tirus : semasa mula memaku
  • Saiz : mengikut berat kepala
11
Kikir parut
  • Untuk membentuk lengkung & meratakan kayu
  • Saiz : mengikut panjang & gred gigi
  • Membersih : guna berus dawai
12
Gandin kayu
  • Untuk mengetuk pahat & pemasangan tanggam
  • Saiz : mengikut saiz kepala
13
Pahat tepi serong
  • Untuk memahat, meraut, meratakan tanggam & membersihkan bucu tanggam
  • Saiz : mengikut lebar mata pemotong
  • Matanya drp keluli karbon tinggi



MESIN

BIL
MESIN
KETERANGAN
1
Gerudi mudah alih




Mata gerudi pintal
  • Untuk menggerudi kayu, logam nipis @ plastic lembut
  • Menggunakan kuasa elektrik ( berwayar ) dan     bateri ( tanpa wayar )

  • Digunakan bersama mesin gerudi mudah alih @ gerudi lantai
  • Dibuat daripada keluli tahan lasak
  • Saiz : diameter batangnya
2
Gerudi lantai
  • Untuk menggerudi kayu, logam nipis @ plastic
  • Benda kerja diapit pada ragum gerudi
  • Mesin gerudi dipasang & dibolt ke lantai
  • Langkah menggerudi :
i.                     Tandakan pusat pada bahan dengan penanda pusat
ii.                   Apit bahan pada ragum
iii.                  Pasang & ketatkan mata gerudi.Tanggalkan kunci bindu
iv.                 Tekan tuas pemasuk untuk menurunkan bindu
v.                   Hidupkan suis. Mula menggerudi.
vi.                 Bendalir penyejuk ; Menyejukkan mata gerudi
vii.                Semasa menggerudi, naikkan bindu perlahan-lahan untuk membuang serpihan bahan
viii.              Matikan suis
ix.                 Keluarkan bahan dari ragum
x.                   Bersihkan meja gerudi dengan berus


5.      PROSES REKA BENTUK
i.                    Lukisan projek
·         3 dimensi @ 2 dimensi ( ortografik )
·         Lukisan Isometrik : Lukisan bergambar 3 paksi, sudut sama
Lukisan Oblik : Lukisan bergambar, sudut 90 , 45
Lukisan Ortografik : 3 pandangan ( pelan, hadapan & sisi )
ii.                  Pembinaan projek
a.       Mengukur, menanda & memotong
b.       Membina & mencantum

Tanggam : cantuman atau sambungan kayu
1.       Tanggam temu
2.       Tanggam parit :  tanggam parit terus
       tanggan parit buntu
3.       Tanggam lekap : tanggam lekap palang
                                     tanggam lekap T

   Bahan pemasangan : mencantum bahan projek
1.Engsel : untuk pintu, tingkap
                 Saiz : panjang buku sendinya
                  Menggunakan skru
2. Breket : dipasang bersudut tepat dengan bahan
                  Dibuat daripada kayu @ logam
                  Menggunakan skru
3. Penyangkut : untuk menyangkut benda ringan
                           Daripada logam, mempunyai ulir pada batangnya.
              
iii.                Kemasan
- Untuk mencantikkan, melindungi permukaan projek agar tahan lama serta mudah dibersihkan.

Alat kemasan :
1.       Berus cat : bersihkan dengan turpentin
2.       Berus syelek : bersihkan dengan spirit metal
3.       Pengikis : untuk menyapu tepung penyumbat & mengikis lebihan tepung penyumbat

Bahan kemasan :
1.       Kertas las : melicinkan permukaan kayu
                         Daripada Aluminium oksida @ silicon
                         Gred : 00 - paling halus
                                    0,1 – halus
                                    1 ½ , 2 : sederhana kasar
                                    2 ½ , 3 : kasar
                        Gunakan bongkah kayu untuk mendapat tekanan yang sama
2.       Tepung penyumbat : serbuk tepung berwarna putih
                                        Menutup lubang paku, liang @ ira kayu
3.       Cat licau : Digunakan selepas cat alas
                        Untuk kayu & logam
                        Pelarut : Turpentin
                        Kelebihan : i. kemasan yang licin, berkilat & cantik
                                           ii. kalis air
iii. mencegah karat ( logam )
                                                        iv. pelbagai warna
                                 Langkah : i. Bersihkan permukaan kayu
                                                    ii. sapu cat alas. Keringkan
                                                    iii. gosok kertas las
                                                    iv. sapu cat licau     
4.       Cat sembur
5.       Syelek : kemasan kayu – mencantikkan & melindungi permukaan
                    Pelarut : spirit metil
6.       Tona kayu : untuk permukaan kayu
7.       Semburan lekar jernih : untuk kayu & logam
8.       Pelekat : daripada kertas atau plastic / kombinasi kertas & plastic
                     Pelbagai saiz, warna, corak & ukuran

6.      REKA BENTUK PROJEK
i.                    Pernyataan masalah
- Masalah @ keperluan
- Mengumpul maklumat dan data
- Menyenarai pelbagai alternative penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas

ii.                  Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
- Jadual kerja
- Senarai bahan dan alatan tangan
- Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
- Meguji dan menilai projek
- Mengubahsuai projek

iii.                Pendokumentasian projek
- Mengira kos projek
- Persembahan projek




©lynjyctrz

17 comments:

  1. thank you for your notes

    ReplyDelete
  2. gooooooooooooooooooooooooooooooooooood

    ReplyDelete
  3. nak lakaran n caranya sekali please?

    ReplyDelete
  4. nk lakaran dn cara mmbuat boleh tk??

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Mudah difahami.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Pls put the ways to use it.... might be useful but anyway tq.

    ReplyDelete
  9. Pls put the ways to use tis... might be useful n easy to understand but anyway tq

    ReplyDelete
  10. nota ni terlalu padat smpai saya x fhm langsung

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. *spirit metil
    Bagus tapi di HP kurang jelas

    ReplyDelete

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...