Pages

Sunday, April 3, 2011

Nota KHB Tingkatan Tiga : Teras ( Bab 3: Elektronik )

KHB : TINGKATAN TIGA
Bab 3 : Elektronik

3.2          Membaca dan menterjemah lukisan skematik

·                    Lukisan Skematik : Lukisan yang menggambarkan susunan dan kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol.
·                    Butiran dalam lukisan skematik :
i.         Komponen
ii.       Cara penyambungan
iii.      Punca bekalan
iv.     Punca tamatan
·                    Lukisan bergambar : menggambarkan susun atur komponen pada bod litar.
·                    Sesuatu projek yang hendak dibuat mesti berpandukan lukisan skematik atau lukisan bergambar.
·                    Melalui lukisan skematik, spesifikasi komponen dapat diketahui.
·                    Lukisan bergambar atau lukisan kerja lebih mudah digunakan untuk pemasangan.


3.3       Penghasilan projek

3.3.2                    Membentuk kaki komponen
·                    Maksud : membengkokkan kaki komponen mengikut jarak dan panjang yang sesuai
·                    Alat yang digunakan : Playar muncung tirus
·                    Pastikan kaki komponen dibengkokkan tidak terlalu dekat dengan badan komponen untuk elakkan kaki komponen patah dan tidak berfungsi.

3.3.2                      Memasang komponen berpandukan lukisan skematik atau lukisan
                  Bergambar
·                    Pastikan pemasangan betul berpandukan lukisan bergambar.
·                    Tandakan lubang tamatan pada bod litar dengan pensil.
·                    Masukkan kaki komponen yang telah dibengkokkan ke dalam lubang tamatan bod litar.
·                    Pastikan komponen berkutub dipasang dengan betul.

3.3.3                    Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan lukisan skematik atau lukisan skematik
·                    Semak komponen yang dipasang dengan lukisan skematik atau lukisan bergambar.

3.3.4                    Memateri semua kaki atau tamatan komponen
·                    Menggunakan alat pemateri elektrik : kadaran kuasa 15 watt – 25 watt, kadaran voltan : 220 volt – 240 volt.
·                    Terbalikkan bod litar dan klip pada pemegang bod litar.

Langkah-langkah memateri.


i.               Panaskan alat pemateri.
ii.             Bersihkan bit dengan span basah dan kain lembut.
iii.            Pastikan alat pemateri cukup panas. Uji dengan menyentuh bit pada timah pemateri.
iv.           Sentuhkan bit pada balapan yang ada kaki komponen yang hendak dipateri.
·              Sentuh timah pemateri pada hujung bit dan pastikan timah melebur.
·              Angkat timah pemateri diikuti alat pemateri.
·              Biarkan pateri sejuk.
·              Bersihkan bit dengan menggosok pada span lembap.
v.             Pateri dengan sempurna. Elakkan pateri melimpah ke balapan lain.
vi.           Pematerian sempurna mengelakkan litar pintas.
vii.          Setelah selesai kerja pematerian, letak alat pemateri pada pemegang alat pateri dan matikan suis.







3.3.5                    Memotong kaki komponen yang berlebihan


·              Potong kaki komponen menggunakan pemotong sisi.
·              Memotong balapan : bagi litar bersepadu ( IC ) dan geganti, balapan pada bod litar perlu dipotong menggunakan pemotong balapan atau mata gerudi pintal.






3.3.6                    Menguji projek yang telah siap dan membuat pembaikan jika perlu.
·                    Uji projek menggunakan bateri 9 V.
·                    Semak pematerian dan komponen jika projek tidak berfungsi.

3.3.7                    Membersih dan menyimpan semua alatan tangan dan bahan
·                    Simpan alat di tempat betul
·                    Pastikan alat pematerian telah sejuk.
·                    Buang segala sisa komponen dan kertas pembalut dalam bekas disediakan.

3.3.8                    Aplikasi projek
·                    Projek elektronik yang digunakan dalam kehidupan seharian : penggera, pemasa, lampu jalan raya, lampu peti sejuk, lampu isyarat jalan raya dsb.



@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment