KHB : Tingkatan 3
Bab 2 : Elektrik
1. Sambungan elektrik di rumah biasanya dibuat secara …
A. bersiri
B. selari
C. siri-selari
D. dua arah
2. Apakah fungsi meter kilowatt jam ?
A. Menyukat voltan elektrik yang digunakan
B. Mengawal penggunaan elektrik
C. Menunjukkan nilai arus elektrik yang digunakan
D. Menyukat dan merekod kuantiti tenaga elektrik yang digunakan
3. Apakah unit elektrik yang digunakan untuk menyukat tenaga elektrik ?
A. Volt
B. Ampere
C. Farad
D. Kilowatt jam
0 | 1 | 1 | 8 | 8 | 1 X |
4. Rajah di atas menunjukkan meter kilowatt jam jenis digital. Mengapakah nombor pada X tidak perlu dibaca.
A. Tidak menunjukkan bacaan sebenar
B. Nilainya kurang daripada satu unit
C. Bacaan meter di ambil dari kiri ke kanan
D. Nilainya akan dibawa ke bacaan bulan depan
5. Antara berikut yang manakah menentukan kadar tariff penggunaan tenaga elektrik untuk pengguna ?
A. Telekom Malaysia
B. Tenaga Nasional Berhad
C. Tenaga Elektrik Malaysia
D. Tenaga Nasional Malaysia
Kadar tariff A : 200 unit pertama : RM 0.218 Unit tenaga yang digunakan : 180 unit |
6. Berdasarkan maklumat di atas, berapakah bayaran yang perlu dijelaskan ?
A. RM 2.50
B. RM 25.00
C. RM 39.24
D. RM 43.60
Bacaan dahulu : 13452
Bacaan sekarang : 13590
Kadar tariff : 200 unit pertama : RM 0.218 800 unit berikutnya : RM 0.258 |
7. Berdasarkan maklumat di atas, berapakah bayaran yang perlu dijelaskan ?
A. RM 30.08
B. RM 36.82
C. RM 50.82
D. RM 53.22
Kadar tariff : 200 unit pertama : RM 0.20 800 unit berikutnya : RM 0.24 |
8. Bayaran bil elektrik yang dikenakan ke atas En. Ali bagi bulan Mac 2011 ialah RM 152.08. Berdasarkan kadar tariff di atas, berapakah unit tenaga elektrik yang telah digunakan oleh En. Ali ?
A. 456 uint
B. 578 unit
C. 667 unit
D. 786 unit
9. Bagaimanakah cara untuk memilih motor yang sesuai digunakan ?
A. Memilih jenama yang baik
B. Membaca maklumat pada plat perincian
C. Memilih daripada jenama yang mahal
D. Meminta bantuan daripada peniaga
10. Apakah yang akan berlaku pada motor semasa berus karbon tidak bersentuhan dengan penukar tertib ?
A. Motor berpusing lebih laju
B. Arah pusingan motor berubah
C. Arus elektrik tidak mengalir
D. Medan magnet sementara terhasil
11. Bahagian manakah dalam motor DC yang berfungsi menukar arah arus ?
A. Penukartertib
B. Magnet kekal
C. Berus karbon
D. Gegelung angker
12. Motor arus terus menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga …
A. haba
B. bunyi
C. kinetik
D. cahaya
13. Komponen yang manakah pada bahagian utama motor DC yang mula-mula menerima arus elektrik ?
A. Penukar tertib
B. Magnet kekal
C. Berus karbon
D. Gegelung angker
14. Bagaimanakah arah pusingan motor boleh diubah ?
A. Menambahkan bekalan arus
B. Menggunakan jenis logam yang lembut
C. Menyongsangkan punca bekalan arus
D. Menggunakan arus daripada bateri
15. Apakah maklumat yang terdapat pada plat perincian motor ?
I. Jenis
II. Kuasa bekalan
III. Arus terus
IV. Putaran per minit
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
16. Apakah fungsi ‘ Yoke ’ pada motor ?
A. Menghasilkan elektromagnet
B. Menyambung bekalan arus dari litar
C. Menghasilkan suatu daya putaran
D. Menyokong bahagian-bahagian lain motor
17. Apakah bahagian pada motor DC yang boleh berputar di antara dua magnet kekal ?
A. Gegelung angker
B. Penukartertib
C. Berus karbon
D. Rangka utama
Answers :
1. B 2. D 3. D 4. B 5. B 6. C 7. A 8. C 9. B 10. C
11. A 12. C 13. C 14. C 15. B 16. D 17. A
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment