KHB : Tingkatan 3
Bab 1 : Reka Cipta
1. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah pertama dalam proses reka cipta ?
A. Pemilihan projek
B. Perancangan projek
C. Pengenalpastian masalah
D. Pendokumentasian reka cipta
2. Antara berikut, yang manakah terlibat dalam langkah pengenalpastian masalah ?
A. Membuat lukisan kerja
B. Menilai dan memilih idea yang sesuai
C. Membuat pengujian dan pengubahsuaian
D. Mengumpul maklumat dan data
3. Antara aktiviti berikut, yang manakah perlu dilakukan setelah sudah mengenal pasti masalah yang hendak diselesaikan ?
A. Menambahkan koleksi
B. Mengumpulkan maklumat dan data
C. Mengumpulkan tenaga pekerja
D. Mengumpulkan kewangan
4. Apakah yang perlu dilakukan setelah selesai melakukan analisis tentang data dan maklumat ?
A. Membuat projek
B. Membuat keputusan
C. Mencari sumber kewangan
D. Menyediakan bahan terbuang
i. Pengenalpastian masalah |
ii. Pencetusan idea mereka cipta |
iii. X |
iv. Perancangan projek |
5. Berdasarkan rajah di atas apakah yang perlu dijalankan di X ?
A. Pembinaan projek
B. Pembaikian projek
C. Pengujian projek
D. Perekaan dan pemilihan projek
6. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri idea mereka cipta yang boleh dipilih ketika melakukan analisis ?
I. Kemahiran yang ada
II. Pembuatan yang sukar
III. Prihatin terhadap alam sekitar
IV. Komponen yang diperlukan adalah sesuai
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
7. Apakah maklumat dan data yang perlu dikumpul dalam proses pengenalpastian masalah ?
A. Sebarang maklumat yang difikirkan berguna
B. Maklumat yang mudah difahami dan baik
C. Maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi
D. Maklumat yang berkaitan dengan masalah yang disenaraikan
8. Antara berikut, manakah faktor yang perlu diambil kira semasa memilih projek ?
I. Keupayaan diri
II. Cara membuat
III. Nama pelajar
IV. Mesra alam
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
i. Idea terbaik |
ii. Lakaran |
iii. Lukisan kerja |
iv. Z |
9. Berdasarkan rajah di atas, apakah yang sesuai di Z ?
A. Pengujian
B. Model awal
C. Pengubahsuaian
D. Lukisan unjuran ortografik
10. Antara berikut, yang manakah butiran tentang idea yang perlu dicari untuk mereka cipta ?
I. Menghasilkan sesuatu produk baru
II. Mengubahsuai prodeuk yang sedia ada
III. Mengambil produk orang lain
IV. Mengumpulkan produk yang sedia ada
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Apakah aspek yang tidak perlu diketahui semasa memilih idea yang paling sesuai ?
A. Mesra alam
B. Harga yang mahal
C. Kemudahan sedia ada
D. Cara pembuatan yang mudah
12. Pilih lukisan yang dapat membantu pembinaan projek reka cipta.
I. Lukisan ortografik
II. Lukisan hamparan
III. Lukisan pelan
IV. Lukisan bahan terurai
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
13. Mengapakah anda digalakkan oleh guru anda membina banyak model semasa membuat produk reka cipta ?
A. Memudahkan pemilihan reka bentuk
B. Memudahkan pembinaan produk
C. Memastikan bahan tidak terbuang
D. Untuk menghasilkan lukisan kerja
14. Mengapakah jadual kerja disediakan dalam melaksanakan sesuatu projek ?
A. Menjimatkan kos penggunaan bahan
B. Mengawal perlaksanaan kerja pembuatan
C. Menjimatkan masa pencetusan idea
D. Projek dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan
15. Mengapakah anda perlu melakukan perancangan pembinaan ketika hendak membuat produk reka cipta ?
I. Mengurangkan masalah ketika membuat produk
II. Tidak membazirkan masa dan bahan
III. Tidak menghampakan penaja
IV. Tidak dapat ditiru oleh orang lain
- I dan II
- I dan IV
- II dan III
- III dan IV
Answers :
1. C 2. D 3. B 4. B 5. D 6. C 7. C 8. B
9. B 10. A 11. B 12. B 13. A 14. D 15. A
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment