Thursday, December 30, 2010

Nota KHB Tingkatan Satu: Teras ( Bab 4: Kerja paip )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 4 ( KERJA PAIP )


4.1   SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH

  1. Sistem terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan perpaipan di rumah seperti sink cuci, bilik air & tandas.

  1. Sistem tidak terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di rumah.

Fungsi paip.

Paip
Fungsi
Paip perhubungan
  • Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air
Paip perkhidmatan
  • Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air dan ke pili dapur
Paip agihan
  • Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan lain spt sink cuci, bilik air & tandas
Paip limpah
  • Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci
  • Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan






Tangki simpanan air.
·        Diletak di tempat tinggi & bertutup untuk mengelakkan pencemaran
·        Berfungsi menakung air sebelum diagihkan
·        Aras air dikawal secara automatic oleh injap bebola & pelampung
·        Dibuat drp kepingan besi bergalvani, gentian kaca dan poli ( High Density Polyethylene )
·        Muatan tangki  kegunaan rumah : 140 liter – 450 liter



 

4.2   JENIS PAIP, PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN PEMASANGAN PAIP

  1. Jenis paip


Jenis paip
Kebaikan
Keburukan
Paip besi bergalvani (BG)
- Drp bahan keluli disadur zink.
- 3 gred
  A : Nipis, kod perang,   untuk paip limpah
  B : Sederhana, kod biru, paip agihan
  C : Tebal, kod merah, paip perhubungan & perkhidmatan
- ukuran piawai: 6meter
- saiz : diameter dalam batang

  • Tahan lama
  • Tahan panas
  • Sambungan yang kukuh
  • Berat
  • Sukar dikendalikan
  • Boleh berkarat
Paip PVC
- Drp bahan plastic Polyvinyl chloride.
- 2 gred :
  Nipis : saiz 13mm, 20mm,      25mm, 32mm, 38mm, 50mm
 Tebal : 6mm – 25mm
- panjang piawai : 6 meter

  • Ringan
  • Mudah dikendali & dipasang
  • Permukaan dalam licin
  • Tidak berkarat
  • Kos rendah
  • Jangka hayat pendek
  • Mudah pecah
  • Tidak sesuai untuk air panas
Paip Poli
- Drp bahan polimer sintetik kepadatan tinggi ( High Density Polyethylene –HDPE )
- Berwarna hitam, mudah lentur.
- Dalam bentuk gulung : 30 meter panjang.
  • Daya tahan tinggi
  • Jangka hayat panjang
  • Mudah lentur
  • Tidak berkarat
  • Mudah dibawa & dikendali
  • Kos rendah bagi jangka panjang
  • Sesuai untuk sambungan sementara spt majlis keramaian
  • Bahan penyambung yang mahal
  • Mudah bocor jika terkena benda tajam








 


  1. Penyambung paip


Jenis penyambung
Fungsi
Soket sama
  • Menyambung batang paip  & kelengkapan paip sama diameter

Soket pengecil
  • Menyambung batang paip & kelengkapan yang berbeza diameter
Siku 90 sama
  • Mengubah arah sambungan batang paip sama diameter pada sudut 90
Siku 90 pengecil
  • Membuat sambungan batang paip berbeza diameter pada sudut 90
Tee sama
  • Membuat sambungan bercabang & sama diameter pada sudut 90
Tee pengecil
  • Membuat sambungan bercabang & berbeza diameter pada sudut 90
Tee penyuai
  • Membuat sambungan bercabang menggunakan dua jenis penyambung yang sama diameter
Putting heksagon
  • Menyambung dua jenis penyambung @ kelengkapan paip yang berdekatan & sama diameter
Penyuai soket injap
  • Menyambung dua jenis penyambung @ kelengkapan  paip yang berlainan jenis spt paip BG dengan paip PVC yang sama diameter
Penyuai soket PT
  • Menyambung paip PVC kepada alat kelengkapan paip @ paip BG
Soket penjodoh
  • Menyambung paip yang sama diameter tanpa memusingkan paip yang sedia ada
Palam
  • Menutup hujung paip @ sambungan paip bercabang yang tidak digunakan
Nat pengunci
  • Mengetatkan sambungan paip seperti yang terdapat pada sambungan tangki



  1. Bahan pemasangan paip
i.                     Glu paip PVC
·        Untuk kerja penyambungan semua jenis paip PVC
ii.                   Pita Poly Tetra Fluoro Ethylene ( PTFE )
·        Digunakan pada sambungan semua jenis paip berulir.
·        Berwarna putih & lembut
iii.                  Sleeve dan gelang getah
·        Hanya untuk paip poli. Bisanya sudah terdapat dalam penyambungan paip yang dijual di pasaran.



4.3  JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP

  1. Alatan tangan

i.                    Pita pengukur
·        Untuk mengukur. Saiz : 3 m – 6 m
ii.                  Gergaji besi
·        Memotong paip besi bergalvani & paip PVC
·        Perlu dipegang kedua-dua belah
iii.                Pemotong paip beroda
·        Memotong paip besi bergalvani dengan cepat & tepat
iv.                Ragum paip Yoke
·        Memegang @ mengapit paip besi bergalvani ketika kerja memotong, mengulir & memasang paip.
v.                  Perengkuh paip
·        Mencengkam & memutar batang paip besi bergalvani .
vi.                Pemotong paip PVC dan paip poli
·        Memotong paip PVC dan paip poli dengan mudah, cepat, tepat & kemas.
vii.              Kikir bulat
·        Menbuang gerigis pada bahagian dalam batang paip
viii.            Kikir rata
·        Membuang gerigis pada bahagian luar batang paip
ix.                Sepana boleh laras
·        Mengetat & melonggarkan nat pelbagai saiz
x.                  Playar cengkam seribu
·        Pemasangan paip poli.



 

  1. Tangki simbah

    • Daripada bahan PVC @ tembikar
    • 2 jenis : i. Tangki simbah aras tinggi - untuk tandas cangkung, 2 meter dari aras lantai
  ii. Tangki simbah aras rendah – tandas duduk. Tinggi sedikit dari mangkuk  tandas.


Bahagian
Fungsi
Paip alur keluar
  • Saluran untuk menyimbah amngkuk tandas

Paip alur masuk
  • Mengalirkan bekalan air ke tangki simbah sehingga aras tertentu
Paip limpah
  • Melimpahkan air yang melebihi aras tertentu
Injap bebola
  • Mengawal aliran masuk ke dalam tangki simbah dengan bantuan pelampung
Pelampung
  • Bergerak mengikut aras air. Apabila air mencecah aras tertentu, hujung lengan yang bersambung dengan injap bebola akan menolak injap untuk menutup aliran air masuk.
Injap gegendang
  • Memulakan gerakan menolak air keluar dari tiub sifon ke alur keluar untuk menyimbah mangkuk tandas apabila tuil ditarik @ ditekan
Tuil / tangkai pelepas
  • Menarik injap gegendang
Tiub sifon
  • Laluan air yang ditolak oleh injap gegendang ke paip alur keluar






  1. Pili
    • Mengawal pengaliran air keluar
    • Daripada PVC dan loyang ( kuprum + zink )
    • 2 jenis : i. Pili berbibir - alur air masuk mendatar ( di tab mandi, sink dapur )
                   ii. Pili bertiang – alur air masuk menegak ( di tab mandi @ besen cuci)
·        Sesendal : mengawal aliran air keluar. Jika haus, berlaku kebocoran.

4.4  KERJA PENYENGGARAAN
  1. Perangkap
    • Daripada PVC dan besi bergalvani
    • 3 jenis : i. perangkap “ S ”
 ii. perangkap “ P ”
 iii. perangkap botol
·        Kedap : - bahagian perangkap yang sentiasa dipenuhi air
  -  Menghalang bau busuk dan serangga masuk ke dalam rumah
 - Membersih : guna pelocok & keluarkan endapan melalui lubang buangan

© lynjyctrz

4 comments:

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...