Saturday, May 17, 2014

Latihan : Bab 6 Tingkatan 1 ( Tanaman Hiasan )




Grow Mentally and Spiritually

“ Be soft. Do not let the world make you hard. Do not let pain make you hate. Do not let the bitterness steal your sweetness ….. “

 

1.    Berdasarkan rajah yang ditunjukkan, namakan tiga jenis keratan batang yang ditandai I, II dan III.

 


2.    Nyatakan nisbah campuran medium semaian yang betul.

Tanah loam : Bahan Organik : Pasir sungai

…………..... : ……………….. : ……………..

 

3.    Nyatakan langkah menyediakan medium semaian mengikut urutan yang betul.

Langkah 1 : Sediakan bahan untuk campuran medium dan tapis berasingan

Langkah 2 : ………………………………………………………………

Langkah 3 : ………………………………………………………………

Langkah 4 : Masukkan medium ke dalam kotak semaian dan ratakan permukaan.

 

4.    Jawab soalan mengenai menyemai keratan batang dalam medium semaian yang berikut :

a.    Dahan tumbuhan yang bagaimanakah perlu dipilih untuk menyediakan keratan batang ?

……………………………………………………………

b.    Apakah yang harus dilakukan pada keratan batang yang telah dipotong ?

……………………………………………………………

c.    Apakah yang harus dilakukan pada keratan batang yang telah dipotong ?

……………………………………………………………

d.    Apakah tujuan membuat lubang pada medium semaian ?

……………………………………………………………

e.    Apakah langkah akhir setelah menanam keratan ?

……………………………………………………………

 

5.    Susun proses menyemai keratan batang yang berikut mengikut urutan yang betul. Tulis nombor.

a.    Lembapkan pangkal keratan batang dan celupkan ke dalam serbuk hormon pengakaran. (       )

b.    Tanam keratan batang secara condong ke dalam medium semaian. (        )

c.    Padatkan sekeliling pangkal keratan setelah menanam. (       )

d.    Potong keratan batang dengan sekateur sepanjang 10cm – 15cm secara serong di bawah paras buku terendah. (      )

e.    Lembapkan medium pengakaran di dalam bekas semaian. (      )

f.     Buat lubang untuk penanaman dengan batang kayu supaya hormon pengakaran tidak tertanggal apabila dicucuk ke dalam medium. (       )

 

6.    Nyatakan aktiviti penjagaan anak pokok seperti ditunjukkan di dalam gambarajah.

i.              …………………………………………
 

ii.            …………………………………………

 
 
iii.           …………………………………………
 
iv.      ........................................................
 

Jawapan :

1.    I  : Keratan kayu keras

II : Keratan kayu sederhana

III: Keratan kayu lembut

2.    2 : 1 : 1

3.    Langkah 2 : Sukat medium semaian mengikut isipadu 2:1:1

Langkah 3 : Gaulkan medium sehingga rata

4.    a. Dahan yang dipilih haruslah sihat dan berdiameter 1 cm – 1.5 cm

b. Dahan yang dipilih untuk proses pengakaran perlu dipotong secara serong di bawah paras buku terendah

c. Keratan batang yang telah dipotong perlu disemai ke dalam medium semaian

d. Tujuan membuat lubang adalah supaya hormon pengakaran tidak tertanggal apabila keratan dicucuk ke dalam medium

e. Setelah menanam keratan, padatkan sekeliling pangkal keratan

5.    a. ( 4 )

b. ( 5 )

c. ( 6 )

d. ( 1 )

e. ( 2 )

 f. ( 3 )

6.    i. Menyiram

ii.Menggembur tanah

iii Membaja
iv Merumput
 
" Train your mind to see the good in every situation "
         
@lynjyctrz

4 comments:

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...