Tuesday, May 13, 2014

Latihan : Bab 3 Tingkatan 1 ( Elektrik )


 

    
“ Small opportunities are often the beginning of great enterprises ”

~ Demosthenes ~

1.    Nyatakan 4 jenis sel kering.

i.              ……………………………………..

ii.            ……………………………………..

iii.           ……………………………………..

iv.           ……………………………………..

 

2.    Berapakah nilai voltan yang dihasilkan apabila 5 sel kering disusun secara selari di dalam litar.

……………………………….

 

3.    Namakan alatan tangan mengikut fungsi berikut:

 

Bil
Fungsi
Nama alatan
i
Menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup dan juga untuk kerja ringan seperti mengetat dan menanggalkan skru kecil
 
ii
Untuk memotong wayar elektrik dan memotong lebihan wayar pada punca tamatan
 
iii
Digunakan untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit dan untuk memegang objek yang kecil, memotong dan membentuk kaki komponen
 
iv
Alat pelbagai guna untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok, dan membentuk
 
v
Digunakan untuk menjalur dan memotong wayar
 
 

 


4.    Nyatakan 2 jenis penjalur wayar.

i.              ………………………………………

ii.            ………………………………………

 

5.    Nyatakan jenis wayar yang paling sesuai digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika, ketuhar, cerek elektrik dan pembakar roti.

……………………………………………..

 

6.    Namakan tamatan dan kod warna bagi plug tiga pin berikut :

 



X : Tamatan :  ………………………….

      Kod warna : Hijau / Hijau berjalur kuning

Y : Tamatan : Hidup

      Kod warna : ……………………….

Z : Tamatan : ………………………….

      Kod warna : Biru / hitam

W : Fius

 

7.    Nyatakan bahagian lampu pendarfluor yang berfungsi membekalkan voltan yang tinggi pada awal penyalaan dan menstabilkan voltan selepas lampu menyala.

……………………………………

 

Jawapan :

1.    i. Sel alkali

ii. Sel merkuri

          iii  Sel lithium

          iv  Sel nikel cadmium

2.    1.5 volt

 

3.    i. Pena ujian

ii Pemotong sisi

iii Playar muncung tirus

iv Playar gabung

v Penjalur wayar

 

4.    i. Penjalur wayar spring

ii Penjalur wayar mudah

 

5.    Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang

 

6.    X : Tamatan Bumi

Y : Kod warna perang / merah

Z : Tamatan Neutral

 

7.    Cok

 

 

 
 @lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...