Wednesday, May 14, 2014

Latihan : Bab 4 Tingkatan 1 ( Kerja Paip )






“ Tell me and I’ll forget,

Show me and I may remember,

Involve me and I’ll understand ”

~ Chinese Proverb ~


1.    Nyatakan nama paip mengikut fungsi dalam system bekalan air di rumah.


Bil
Nama paip
Fungsi
i
Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air
ii
Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki simpanan air dan ke pili dapur
iii
Paip agihan
Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan lain seperti sink cuci, bilik air, dan tandas
iv
Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola
v
Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa kerja-kerja pembersihan dijalankan


2.    Namakan tiga jenis paip.

i  ………………………………….

ii ………………………………….

iii ………………………………….


·         Daya tahan yang tinggi
·         Mudah lentur
·         Tidak berkarat
·         Sesuai untuk sambungan paip sementara seperti majlis keramaian


3.    Penyataan di atas berkaitan dengan paip ……………………………….


4.    Bahan ini digunakan pada sambungan semua jenis paip yang berulir. Bahan ini berwarna putih dan lembut.

Nama bahan : ……………………………..


5.    ……………………………. dan gelang getah digunakan hanya pada paip poli dan biasanya sudah sedia terdapat di dalam penyambungan paip yang dijual di pasaran.


6.    Namakan alatan tangan mengikut fungsi berikut :


Bil
Nama alatan
Fungsi
i
Digunakan untuk memotong paip besi bergalvani dengan cepat dan tepat
ii
Digunakan untuk memegang atau mengapit paip besi bergalvani ketika kerja-kerja memotong, mengulir, dan memasang paip
iii
Digunakan untuk mencengkam dan memutar batang paip besi bergalvani
iv
Pemotong paip PVC dan paip poli
Digunakan untuk memotong paip PVC dan paip poli dengan mudah, cepat, tepat, dan kemas


7.    Namakan bahagian tangki simbah yang mengawal aliran masuk air ke dalam tangki simbah dengan pergerakan pelampung.

…………………………….


8.    Nyatakan dua jenis pili.

i ……………………………….

ii ………………………………


9.    Berdasarkan rajah di atas, namakan tiga jenis perangkap yang biasa digunakan dalam sistem buangan air di rumah.

X : ……………………….

Y : ……………………….

Z : ……………………….



Jawapan :

1.    i  Paip perhubungan

ii Paip Paip perkhidmatan

iv Paip limpah

v Paip cuci


2.    i   Paip besi bergalvani ( BG )

ii  Paip PVC ( Polyvinyl chloride )

iii Paip poli ( High Density Polyethylene-HDPE )


3.    Poli

4.    Pita PTFE

5.    Sleeve

6.    i    Pemotong paip beroda

ii   Ragum paip yoke

iii  Perengkuh paip

7.    Injap bebola

8.    i   Pili berbibir

ii  Pili bertiang

9.    i   Perangkap botol

ii  Perangkap “P”

iii Perangkap “S”





@lynjyctrz

No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...