KHB : Tingkatan 3
Bab 4 : Tempat Kediaman
1. Antara berikut, yang manakah adalah ruang kerja ?
I. Dapur
II. Bilik makan
III. Bilik mandi
IV. Garaj
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
2. Antara berikut aktiviti yang manakah dilakukan di ruang kerja ?
I. Memasak
II. Mencuci
III. Menggosok
IV. Membaca
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
· Melayan tetamu · Menjamu selera |
3. Aktiviti-aktiviti di atas boleh dilakukan di ruang
A. kerja
B. sosial
C. keluarga
D. persendirian
Ruang ini dikhaskan untuk ahli keluarga melakukan aktiviti peribadi mereka. |
4. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan ruang
A. kerja
B. sosial
C. keluarga
D. persendirian
5. Pilih jenis ruang dengan fungsinya yang betul
Jenis ruang | Fungsi | |
A | Ruang persendirian | Mengemas diri |
B | Ruang kerja | Menonton televisyen |
C | Ruang kerja | Tetamu dilayan di sini |
D | Ruang sosial | Menyimpan bahan makanan |
6. Antara faktor berikut, yang manakah membantu anda dalam pemilihan perabot ?
I. Bilangan ahli keluarga
II. Jenis ruang
III. Ketahanan
IV. Kesihatan penghuni
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
7. Alat kelengkapan yang manakah dapat membantu peredaran udara di tempat kediaman ?
A. Tingkap
B. Pintu
C. Kekisi
D. Penyaman udara
8. Antara jenis pencahayaan berikut, yang manakah jenis pencahayaan am ?
A. Lampu dinding
B. Lampu meja
C. Lampu pendarflour
D. Lampu hiasan dinding
9. Apakah ciri-ciri jenis pencahayaan tidak langsung ?
A. Dihasilkan daripada pembalikan cahaya
B. Dikenali sebagai jenis pencahayaan am
C. Biasanya digunakan di ruang kerja
D. Pencahayaannya memancar ke satu arah tertentu sahaja
10. Kesan-kesan di atas mungkin diwujudkan oleh warna
A. gelap
B. terang
C. lembut
D. sederhana
11. Pilih pencahayaan yang sesuai untuk ruang yang dinyatakan.
Bilik tidur | Meja tulis | |
A | Am | Terus |
B | Terus | Am |
C | Terus | Tidak terus |
D | Tidak langsung | Am |
12. Pilih panduan untuk menyusun atur alatan dan kelengkapan di tempat kediaman yang benar.
A. Letak alatan hiasan yang besar pada dinding
B. Letak bahan hiasan yang mengumpul habuk pada meja makan
C. Letak bahan hiasan yang tinggi di belakang yang rendah
D. Letak bahan hiasan yang besar di tengah-tengah ruang
· Biru muda · Merah jambu · Hijau muda |
13. Apakah kesan yang dihasilkan oleh warna-warna di atas pada sesuatu ruang ?
A. Suasana ceria dan cerah
B. Suasana redup dan muram
C. Siling rendah kelihatan lebih tinggi
D. Ruang besar kelihatan lebih kecil
14. Antara berikut, yang manakah adalah warna lembut ?
I. Kuning
II. Merah jambu
III. Hijau muda
IV. Biru tua
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15. Antara jenis lantai berikut, yang manakah sesuai dipasangkan di bilik mandi ?
A. Lantai terazo
B. Lantai mozek
C. Lantai papan
D. Lantai parket
16. Antara berikut yang manakah agen pencuci yang paling sesuai digunakan untuk membasuh tong sampah ?
A. Sabun
B. Detergen
C. Bahan peluntur
D. Pembasmi kuman
· Mengemas bilik stor · Menukar langsir · Membersih kipas siling |
17. Aktiviti-aktiviti di atas biasanya dilakukan
A. setiap hari
B. pada masa cuti
C. pada hujung minggu
D. dua kali dalam seminggu
18. Pilih susunan langkah yang betul untuk membersih ruang tetamu.
I. Mengemas bahan bacaan
II. Membuka tingkap
III. Mengesat habuk
IV. Menyapu lantai
A. I, II, III, IV
B. I, III, II, IV
C. II, I, IV, III
D. IV, III, II, I
19. Antara berikut yang manakah menggambarkan susun atur dalam dapur yang ideal?
A. Peti sejuk diletakkan di sebelah dapur
B. Sink diletakkan jauh daripada tingkap
C. Dapur diletakkan di tengah-tengah ruang dapur
D. Meja kerja diletakkan berdekatan dengan sink dan dapur
20. Pilih susun atur alatan dan kelengkapan di ruang dapur yang tidak sesuai.
A. Sink diletakkan sebaik-baiknya di tepi tingkap
B. Peti sejuk perlu diletakkan jauh daripada dapur
C. Meja kerja diletakkan berhampiran dengan dapur
D. Dapur diletakkan berhampiran dengan bahan mudah terbakar
Answers :
1. B 2. A 3. B 4. D 5. A 6. A 7. D 8. C 9. A 10. B
11. A 12. C 13. C 14. C 15. B 16. D 17. B 18. C 19. D 20. D
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment