Elektrik
1. Antara berikut alat manakah menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik ?
A. Radio
B. Ketuhar
C. Pengisar
D. Lampu pendarfluor
2. Antara berikut manakah yang berkaitan dengan voltan litar bersiri ?
A. Rintangan dalam litar akan berkurangan
B. Voltan yang dihasilkan akan bertambah
C. Voltan yang dihasilkan adalah sama
D. Arus dalam litar akan berkurangan
3. Berapakah jumlah voltan bagi 3 sel kering yang disambung secara selari ?
A. 1.5 V
B. 4.5 V
C. 6.0 V
D. 8.0 V
4. Bagaimanakah cara untuk membaca meter kWj jenis digital ?
I Membaca terus dari nombor meter
II Tidak perlu membaca nombor di bahagian yang terpisah
III Membaca meter dari kiri ke kanan
IV Perlu membaca nombor di bahagian yang terpisah
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Bacaan bulan lepas = 27345 Bacaan bulan semasa = 27894 Kadar 200 unit pertama = 0.218 seunit Kadar unit seterusnya = 0.258 seunit |
Jadual 1
5. Jadual 1 menunjukkan bacaan meter kWj serta tariff yang ditetapkan. Hitungkan jumlah bayaran yang dikenakan.
A. RM 109.80
B. RM 120.80
C. RM 123.27
D. RM 133.64
6. Antara berikut plag jenis manakah yang digunakan pada cerek elektrik ?
A. Plag 2 pin 2 ampere
B. Plag 3 pin 5 ampere
C. Plag 3 pin 13 ampere
D. Plag 3 pin 15 ampere
7. Pilih pasangan yang betul bagi sambungan wayar pada tamatan plag 3 pin?
Kod warna | Tamatan | |
A | Perang / Biru | Neutral |
B | Biru / Merah | Hidup |
C | Hijau berjalur kuning / Merah | Bumi |
D | Biru / Hitam | Neutral |
8. Antara berikut plag manakah yang paling sesuai digunakan pada alat pemanas air ?
A. 2 pin 2 ampere
B. 3 pin 5 ampere
C. 3 pin 13 ampere
D. 3 pin 15 ampere
Rajah 1
9. Rajah 1 menunjukkan komponen yang terdapat dalam plag 3 pin 13 ampere. Apakah kegunaan komponen tersebut ?
A. Mengalirkan arus ke punca bumi
B. Melaraskan suhu yang dikehendaki
C. Melindungi litar dan perkakas elektrik
D. Menghubungkan tamatan neutral kepada punca bekalan
10. Lampu pendarfluor didapati berkelip-kelip tetapi tidak menyala. Apakah kerosakan yang berlaku ?
I Cok lampu rosak
II Tiub lampu rosak
III Suis penghidup rosak
IV Pemegang tiub rosak
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
11. Mengapakah lampu pendarfluor lebih baik jika dibandingkan dengan lampu pijar ?
A. Tahan lama
B. Menjimatkan tenaga
C. Bentuknya cantik dan menarik
D. Cahayanya terang dan sekata
12. Kabel yang sesuai untuk membuat pendawaian pada kipas angin ialah.
A. wayar teras kembar
B. wayar kuprum berenamel
C. wayar tiga teras berpenebat PVC
D. wayar tiga teras berpenebat PVC beranyaman benang
13. Tiub lampu pendarfluor disaluti dengan
A. lapisan fosfur
B. lapisan sulfur
C. lapisan selenium
D. lapisan ammonium klorida
14. Antara yang berikut manakah bahagian utama motor DC ?
I Berus karbon
II Penukartertib
III Kapasitor
IV Magnet
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
15. Wayar 3 teras digunakan untuk memasang plag 3 pin 13 ampere. Warna manakah menunjukkan sambungan yang betul ?
I Wayar perang ke tamatan hidup
II Wayar biru ke tamatan neutral
III Wayar hijau ke tamatan neutral
IV Wayar perang ke tamatan bumi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
16. Pada bulan Mei bacaan meter kWj adalah 3392 dan pada bulan Jun ialah 3782. Berapakah jumlah unit tenaga yang digunakan ?
A. 290 unit
B. 390 unit
C. 3392 unit
D. 3782 unit
Kadar tarif | |
200 unit pertama | RM 0.218 seunit |
800 unit berikut | RM 0.258 seunit |
Bagi setiap unit tambahan | RM 0.278 seunit |
Jadual 2
17. Berdasarkan jadual 2 kirakan jumlah bayaran jika 378 unit tenaga elektrik digunakan.
A. RM 43.60
B. RM 82.41
C. RM 89.52
D. RM 97.52
18. Antara berikut manakah merupakan sumber elektrik melalui tindakan kimia ?
I Dinamo
II Turbin
III Sel kering
IV Sel basah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Elektrolit dalam sel basah terdiri daripada asid…
A. Nitrik
B. Sulfurik
C. Karbonik
D. Hidroklorik
20. Gas yang terdapat dalam lampu pijar ialah
A. Oksigen
B. Helium
C. Argon
D. Nitrogen
Rajah 2
21. Apakah nama alat yang ditunjukkan dalam rajah 2 ?
A. Pemotong sisi
B. Penjalur wayar
C. Playar gabung
D. Playar muncung tirus
Answers :
1. C 2. B 3. A 4. A 5. D 6. C
7. D 8. D 9. C 10. C 11. D 12. C
13. A 14. B 15. A 16. B 17. C 18. D
19. B 20. C 21. B
@lynjyctrz