Sunday, January 23, 2011

Nota KHB Tingkatan Dua : Teras ( Bab 5: Tanaman Hiasan )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 5 ( TANAMAN HIASAN )




5.1 PEMASUAN SEMULA

1. Tujuan pemasuan semula
  • Menggantikan medium yang kurang subur & pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok

2. Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula

i. Pertumbuhan pokok yang kurang subur & tidak segar
  • Kandungan nutrient dalam medium telah berkurangan.
ii. Medium di dalam pasu berkeadaan padat
  • Menyebabkan pernafasan akar terganggu & akar sukar menembusi medium
iii. Pasu retak
  • Disebabkan pertumbuhan akar yang banyak & padat.
iv. Air siraman bertakung di permukaan medium di dalam pasu
  • Air sukar meresap kerana medium padat.
v. Akar padat & kelihatan keluar dari lubang dasar pasu

 


 Pasu retak                                         Akar terkeluar    

3. Memilih bekas yang sesuai untuk pemasuan semula

  • Faktor-faktor yang perlu diambilkira :
i. Saiz pasu
ii. Pasu yang mempunyai lubang saliran
iii. Mudah dibersihkan
iv. Kemas dan menarik




4. Menyediakan medium memasu

            Tanah loam : bahan organic : pasir sungai
                   7                   3                     2     @
                   3                    2                    1
              
Peralatan :

                                                                           Baldi
                                                                        Penapis
                                                                         Skop

Langkah kerja :
i. Sediakan & tapis ketiga-tiga medium berasingan
ii. Sukat mengikut nisbah
iii. Gaul sehingga sekata

5. Memasu semula tanaman hiasan

i. Sediakan pasu baru
ii. Masukkan medium memasu 1/3 pasu
iii. Keluarkan pokok dari pasu lama, pangkas dahan ranting yang tidak dikehendaki, pangkas 1/3 bahagian medium lama.
iv. Masukkan ke dalam pasu baru. Tambah medium hingga paras 2.5cm dari bibir pasu. Padatkan keliling.
v. Siram medium. Letak tempat teduh.


6. Penjagaan
  • Pada peringkat awal, siram pokok 2 kali sehari untuk mengelakkan renjatan pada akar pokok.
  • Siraman yang mencukupi : air mengalir keluar dari lubang dasar pasu.


No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...