Sunday, January 9, 2011

Nota KHB Tingkatan Dua : Teras ( Bab 4: Masakan )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 4 ( MASAKAN )


4.1 PERANCANGAN MENU

1. Faktor penting dalam merancang menu

a. Tujuan sajian : formal @ tidak formal
b. Kegemaran
c. Perbelanjaan : mengikut peruntukan, elakkan pembaziran
d. Sumber makanan semasa : bahan dalam musim lebih segar & murah
e. Kemudahan fizikal : alatan yang lengkap dan sesuai
f. Sumber tenaga dan masa
g. Kepelbagaian : dari segi kaedah memasak, tekstur, rasa, warna & jenis bahan makanan
h. Keperluan : Membekalkan nutrient kepada setiap individu. Pemilihan bergantung kepada umur, jantina, saiz tubuh, aktiviti & kesihatan.
i. Waktu hidangan
j. Kemahiran dan kebolehan
k. Bilangan tetamu : kuantiti mesti mencukupi. Tiada pembaziran.


4.2 PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN

1.      Maksud hidangan sepinggan lengkap

    Hidangan seimbang yang mempunyai kandungan nutrient yang lengkap.
·         Sebagai hidangan utama dan juga sampingan

 



2. Alatan dan kelengkapan dapur

i. Periuk belanga
ii. Kutleri
iii. Alatan memasak
iv. Alatan membuat kek dan pastry
v. Alatan menghidang & menyiapkan peranggu meja
vi. Kain-kain dapur

 
 



Jenis kain dan kegunaan
Cara menjaga dan membersih
1.      Kain pengelap pinggan mangkuk
- mudah menyerap lembapan spt kapas & linen
Kegunaan :
·         Mengeringkan dan mengesat pinggan mangkuk & kutleri
·         Menutup makanan yang belum dimasak
·         Mengeringkan sayur-sayuran
·         Sidai selepas digunakan jika masih bersih
·         Jika kotor, cuci dalam air pnaas bersabun
·         Bilas bersih, jemur tempat panas
·         Anginkan, pastikan kain sejuk,lipat dan simpan.
2.      Kain pencuci
- Kain kapas lembut ( kain net @ tuala )
Kegunaan :
·         Mencuci pinggan mangkuk & perkakas dapur
·         Mengelap dapur, meja
·         Mengeringkan perkakas dapur daripada kayu, aluminium & timah
·            Cuci dengan air panas bersabun
·            Bilas bersih, jemur tempat panas
·            Rebus seminggu sekali untuk memutihkan dan membunuh kuman
3.      Kain tuala tangan
Tuala kapas dan kain linen
Kegunaan :
·         Mengelap & mengeringkan tangan
·            Gantung di tempat berangin
·            Cuci dengan air panas bersabun
·            Bilas bersih, jemur tempat panas
·            Rebus sekali-sekala
4.      Kain maslin
Kain kapas halus, tenunan longgar
Kegunaan :
·         Menutup makanan yang telah @ belum masak
·         Menapis cecair spt santan. Jus buah, sirap & agar-agar.
·            Rendam dalam air panas selepas digunakan
·            Cuci dengan air panas bersabun
·            Bilas bersih, jemur tempat panas
·            Rebus jika perlu
5.      Kain lapik periuk dan sarung tangan ketuhar
Kain tahan panas spt kapas. Dijhait beberapa lapisan kain.
Kegunaan :
·         Mengangkat @ mengalih alatan panas
·         Memegang & membuka pintu ketuhar panas
·            Gantung tempat mudah dicapai
·            Pastikan selalu kering
·            Cuci dengan air panas bersabun
·            Rebus sekali-sekala
·            Bilas, jemur tempat panas
6.      Kampit santan
Kain belacu yang dijahit menjadi kampit mengikut saiz yang sesuai
Kegunaan :
Memerah & menapis santan
  • Cuci dengan air panas bersabun
  • Bilas dengan air panas, jemur tempat panas
  • Rebus selalu untuk membunuh bakteria




3. Menyedia, memasak, menghias, menyaji & membuat pengiraan kos hidangan sepinggan lengkap

i. Faktor penting dalam merancang hidangan sepinggan lengkap
·   Pelbagai rasa, warna, tekstur & bahan
·   Guna alat kelengkapan sedia ada – jimat masa
·   Pertimbangkan kemahiran  & tenaga sedia ada
·   Memelihara nilai nutrient makanan
·   Hidangan seimbang
·   Mudah & cepat dimasak

ii. Hidangan sepinggan lengkap cara timur & barat

iii. Minuman berkhasiat
·   Mengandungi susu dan coklat.Sesuai untuk bayi, kanak-kanak membesar, pesakit & ibu mengandung





4.3 ETIKA MAKAN
1. Pengertian
  
Etika makan ialah adab dan sopan semasa makan

2.Adab dan sopan semasa makan
Adab semasa di meja makan :
·         Postur betul
·         Rapatkan kaki
·         Letak napkin di atas riba dengan cermat
·         Suap makanan sedikit-sedikit, cermat
·         Bongkokkan sedikit badan semasa menyuap
·         Guna sudu-garpu @ pisau –garpu dengan senyap
·         Ambil sajian dengan cermat
·         Jangan letak siku atas meja
·         Kunyah perlahan-lahan, senyap tanpa buka mulut
·         Minum perlahan tanpa bunyi
·         Berbual perkara baik-baik
·         Biarkan makanan sejuk dahulu.jangan tiup makanan.
·         Ambil makanan secukupnya.
·         Minta orang berhampiran hulurkan makanan.
·         Kumpul sisa makanan di tepi pinggan @ piring layan
·         Rapatkan kutleri setelah selesai makan
·         Kacau kopi perlahan-lahan
·         Beredar bersama-sama setelah selesai @ minta izin jika terpaksa pergi lebih awal

Adab semasa makan bersimpuh @ bersila
  • Duduk dalam keadaan selesa & tenang
  • Basuh tangan sebelum makan
  • Guna hujung jari untuk menggaul nasi & lauk
  • Suap makanan perlahan-lahan & cermat
  • Elakkan mengetuk hujung jari ke pinggan

6 comments:

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...