ORGANISASI BENGKEL
1. Bahan manakah yang paling sesuai digunakan untuk mencuci luka apabila berlaku kemalangan ?
A. Air suam
B. Air sejuk
C. Air sabun
D. Antiseptik
2. Ketua kumpulan di dalam sebuah bengkel dikenal sebagai
A. AJK
B. Guru
C. Formen
D. Penolong Formen
3. Jadual tugas digunakan untuk
A. membekalkan maklumat kepada semua ahli
B. membekalkan senarai nama penuh ahli kumpulan
C. memastikan semua ahli dapat mengamalkan nilai murni
D. memastikan semua ahli dapat bertugas mengikut giliran
4. Kegunaan mesin penyedut hampagas adalah
A. membersih bahagian alatan yang berkarat
B. memadam punca api kebakaran yang kecil
C. menyedut habuk dari permukaan lantai dan permaidani
D. menghembuskan keluar kotoran daripada alatan elektrik
Murid ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin |
5. Pernyataan di atas merujuk kepada Peraturan Keselamatan
A. diri
B. alatan
C. bengkel
D. sekolah
6. Antara pernyataan berikut yang manakah dapat membantu murid mengelakkan kemalangan di bengkel ?
I Pastikan lantai tidak berminyak
II Gulung lengan baju yang panjang
III Menggunakan alat-alat yang tidak tajam
IV Gunakan sarung tangan semasa menggergaji
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Apakah maksud konsep 4M yang mesti diamalkan di dalam bengkel ?
A. Membersih, menyusun atur, menilai dan mendisiplin
B. Membersih, menyusun atur, membantu dan menjaga kerja
C. Membersih, menyusun atur, menilai dan menghasilkan kerja
D. Membersih, menyusun atur, membantu dan menghasilkan kerja
8. Langkah-langkah di bawah merupakan cara untuk merawat kecederaan ringan kecuali
A. sapukan luka dengan iodin
B. bersihkan luka dengan antiseptic
C. bawa pelajar yang cedera berjumpa doctor
D. balutkan luka dengan plaster atau kain kasa
9. Antara berikut, bahan manakah yang terdapat di dalam sebuah kotak pertolongan cemas ?
I Kapas
II Gunting
III Spirit metal
IV Playar muncung tirus
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Label B merujuk kepada alat pemadam api jenis
A. air
B. buih
C. debu kering
D. karbon dioksida
11. Antara berikut, alat pemadam api jenis manakah paling sesuai untuk memadam api dari semua jenis punca kebakaran ?
A. A
B. B
C. BC
D. ABC
12. Antara berikut yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api ?
I Cabut pin picu keselamatan
II Halakan “nozel” ke punca api
III Tekan tuas rapat kepada pemegang
A. I, II dan III
B. I, III dan II
C. II, III dan I
D. II, I dan III
13. Antara slogan yang berikut, manakah yang paling sesuai untuk diletakkan di dalam bengkel ?
A. Sabar membawa Berkat
B. Utamakan Keselamatan
C. Peraturan Bengkel Untuk Semua
D. Rajin Dan Usaha Tangga Kejayaan
14. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah perlu dilengkapkan dengan alat keselamatan seperti
I alat pemadam api
II kotak pertolongan cemas
III buku kedatangan pelajar
IV buku rekod kemalangan dan kecederaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
15. Etika kerja bermaksud
A. disiplin dan sikap individu terhadap kerja
B. amalan tidak membazir dan sentiasa ceria
C. peradaban manusia seperti berilmu dan berkemahiran
16. Seorang formen mempunyai tugas untuk
A. membersih lantai dan menyusun peralatan di bengkel
B. memastikan para pelajar menggunakan alat tangan yang betul semasa menjalankan kerja amali
C. melakukan kerja penyelarasan tugas membuka dan menutup tingkap di makmal
D. memastikan pelajar menjalankan tugas mengikut giliran tugasan masing-masing
17. Langkah keselamatan yang harus diamalkan ialah
A. menguji ketajaman pahat dengan jari
B. menangkap pahat yang terjatuh ke lantai
C. menggunakan pahat yang tajam semasa memahat
D. menggunakan pahat yang tumpul semasa memahat
18. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan organisasi bengkel?
I memupuk etika kerja di kalangan pekerja
II pekerja dapat menjalankan kerja dengan teratur
III membebankan pekerja dengan pekerja tambahan
IV mencegah berlakunya kemalangan dan kecederaan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
19. Apabila berlaku kecederaan kecil di dalam bengkel, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah
A. melaporkan kepada guru dengan segera
B. menghubungi ibu bapa pelajar tersebut
C. melakukan rawatan pertolongan cemas
D. menghantar pelajar tersebut ke hospital
20. Mengapakah gergaji yang tumpul tidak boleh digunakan dalam kerja kayu?
A. Membazirkan tenaga
B. Melambatkan kerja
C. Mendatangkan bahaya
D. Merosakkan benda kerja
21. Pakaian yang sesuai di bengkel semasa menggunakan mesin gerudi elektrik adalah seperti berikut kecuali
A. memakai baju berlengan panjang
B. memakai sarung tangan
C. memakai gogal
D. memakai apron
22. Manakah antara berikut, perlu ada di dalam kotak pertolongan cemas ?
I Plaster
II Iodin
III Sabun
IV Air mineral
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
23. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi bengkel ?
A. Cara-cara mengemaskini keadaan di dalam bengkel
B. Sistem menyimpan alatan dengan kemas dan teratur
C. Sistem tugasan yang menyenaraikan tugas murid dan pembantu bengkel
D. Sistem pengurusan yang memerlukan kerjasama antara murid dengan guru
Answers :
1. D 2. C 3. D 4. C 5. C 6. A
7. A 8. C 9. A 10. B 11. D 12. A
13. B 14. A 15. A 16. D 17. C 18. B
19. A 20. C 21. A 22. A 23. D
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment