KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 5 ( TANAMAN HIASAN )
5.1 PEMASUAN SEMULA
1. Tujuan pemasuan semula
- Menggantikan medium yang kurang subur & pasu yang tidak sesuai dengan pertumbuhan pokok
2. Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula
i. Pertumbuhan pokok yang kurang subur & tidak segar
- Kandungan nutrient dalam medium telah berkurangan.
ii. Medium di dalam pasu berkeadaan padat
- Menyebabkan pernafasan akar terganggu & akar sukar menembusi medium
iii. Pasu retak
- Disebabkan pertumbuhan akar yang banyak & padat.
iv. Air siraman bertakung di permukaan medium di dalam pasu
- Air sukar meresap kerana medium padat.
v. Akar padat & kelihatan keluar dari lubang dasar pasu
Pasu retak Akar terkeluar
3. Memilih bekas yang sesuai untuk pemasuan semula
- Faktor-faktor yang perlu diambilkira :
i. Saiz pasu
ii. Pasu yang mempunyai lubang saliran
iii. Mudah dibersihkan
iv. Kemas dan menarik
4. Menyediakan medium memasu
Tanah loam : bahan organic : pasir sungai
7 3 2 @
3 2 1
Peralatan :
Baldi
Penapis
Skop
Langkah kerja :
i. Sediakan & tapis ketiga-tiga medium berasingan
ii. Sukat mengikut nisbah
iii. Gaul sehingga sekata
5. Memasu semula tanaman hiasan
i. Sediakan pasu baru
ii. Masukkan medium memasu 1/3 pasu
iii. Keluarkan pokok dari pasu lama, pangkas dahan ranting yang tidak dikehendaki, pangkas 1/3 bahagian medium lama.
iv. Masukkan ke dalam pasu baru. Tambah medium hingga paras 2.5cm dari bibir pasu. Padatkan keliling.
v. Siram medium. Letak tempat teduh.
6. Penjagaan
- Pada peringkat awal, siram pokok 2 kali sehari untuk mengelakkan renjatan pada akar pokok.
- Siraman yang mencukupi : air mengalir keluar dari lubang dasar pasu.