💖I'm Gonna Climb That Mountain High,
I'm Gonna See What's On The Other Side💖
I'm Gonna See What's On The Other Side💖
Azlin & Shafiza
TEKS JURUACARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (GO) DAERAH KLANG 2019
TARIKH : 13 APRIL 2019 ( SABTU )
MASA : 7.30 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : DATARAN HASIMAH, SMK ( P ) RAJA ZARINA
Masa
|
CUE
|
ANN
|
2.00 ptg
|
Para hadirin mengambil tempat
|
Mohon perhatian
kepada semua hadirin, untuk melancarkan majlis kita pada hari ini, semua
diminta berdiri ketika tetamu kehormat masuk ke dataran dan sama-sama
menyanyikan lagu negaraku.
Pastikan h/phone
berada pada mode senyap.
|
Apabila isyarat tetamu
kehormat masuk ke dataran
Ketua Kontinjen Melapor
Diri
“ SELAMAT PETANG
TUAN, ANGGOTA DEWAN SIAP UNTUK UPACARA”
Ucapan Aluan
Pengerusi Majlis
|
Mengumumkan
ketibaan Yang Berbahagia , Pn. Hajah
Adliyah binti Ramli, Pegawai Pendidikan
Daerah Klang dengan diiringi oleh barisan tetamu kehormat masuk ke dataran.
Majlis membuka tirai
dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Selangor.
Para hadirin dipersilakan
berdiri
**** Nyanyian Lagu
Negaraku dan Negeri Selangor *************
Seterusnya,
majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara ………………………………………………….
…………………………………………………………………………….dari
pasukan ……………………………………………………………………….
selaku ketua
kontinjen untuk upacara melapor diri kepada
perasmi. Dipersilakan.
*** Melapor ***
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada saudara …………………..
……………………………………………………………………………….
Atas upacara
melapor diri itu tadi.
Para hadirin
dipersilakan mengambil tempat.
Assalamualaikum salam sejahtera,
Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis disambut ceria.
BISMILLAHIRRAHAMANIRRAHIM.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera .
Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya jua dapatlah
kita sama-sama berkumpul di dataran yang indah ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan
Kawad Kaki Badan Beruniform Agensi Kerajaan Sekolah-sekolah Menengah Daerah
Klang Tahun 2019.
Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan dan
setinggi-tinggi terima kasih terutama
kepada Yang
Berbahagia , Pn. Hajah Adliyah binti Ramli dan semua hadirin atas kesudian meluangkan masa
bersama-sama kami bagi menjayakan majlis pada hari ini.
|
|
Hadirin yang
dihormati,
Pertandingan
Kawad Kaki Badan Beruniform Agensi Kerajaan ( GO ) pada tahun ini disertai
oleh …………….pasukan yang terdiri daripada
1, Kadet
Angkatan Pertahanan Awam
2. Kadet Bomba
3. Kadet Polis,
dan
4. Pasukan Kadet
Bersatu Malaysia
Sebanyak …………
pasukan bertanding bagi kategori A dan …………. Pasukan bagi kategori B. Melalui
pertandingan ini peserta dapat menyerlahkan gaya kepimpinan dan komitmen yang
tinggi dalam acara kawad kaki.
|
||
Bacaan Doa
|
Seterusnya, bagi
memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Mulia Raja Mohd Khairi bin Raja
Abdullah untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
*** Doa ***
Amin amin Ya
Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Mulia Raja Mohd Khairi atas bacaan doa itu tadi.
|
|
Ucapan Pengetua
|
Hadirin yang di hormati sekalian,
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah Rohimah binti Muhammad, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan .
Dipersilakan.
*** Ucapan Pengetua ***
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Rohimah binti Muhammad atas ucapan sebentar tadi.
|
|
Ucapan Perasmian
Penutupan
Upacara Penyampaian
Hadiah dan Sijil
Hakim
Kategori Perempuan
B
Kategori Lelaki
B
Ketua Platun Terbaik
Kategori Perempuan B
Ketua Platun Terbaik
Kategori Lelaki B
Kategori
Perempuan A
Kategori Lelaki
A
Ketua Platun Terbaik
Kategori Perempuan A
Ketua Platun Terbaik
Kategori Lelaki A
Penyampaian
cenderamata
TABIK HORMAT
** Dewan duduk
sedia **
Kebenaran
menjalankan tugas lain Puan
|
Seterusnya,
Majlis berbesar
hati mempersilakan Yang Berbahagia , Pn. Hajah Adliyah binti
Ramli, Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Untuk menyampaikan
Ucapan Perasmian Penutupan Pertandingan
Kawad Kaki Badan Beruniform Agensi Kerajaan Sekolah-sekolah Menengah Daerah
Klang Tahun 2019.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
**** Ucapan
Perasmian Penutupan ****
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn. Hajah Adliyah binti
Ramli atas Ucapan Perasmian Penutupan sebentar tadi.
Hadirin yang
dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan upacara
penyampaian hadiah dan sijil.
Untuk itu,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Pn. Hajah Adliyah binti Ramli, Pegawai Pendidikan Daerah Klang dengan
diiringi oleh Pn. Hajah Rohimah binti Muhammad bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.
Upacara dimulakan
dengan Penyampaian Sijil kepada Barisan
Hakim Pertandingan. Dengan itu dipersilakan …………………………………………………..
……………………………………………………………………………..
Bagi mewakili
para hakim untuk menerima sijil penghargaan.
Seterusnya
adalah Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada para pemenang bagi Pertandingan Kawad kaki ( GO ) kategori
perempuan B.
Tempat ke-tiga dimenangi
oleh Pasukan ………………………………….
…………………………………………………………………………….
Naib Johan dimenangi
oleh Pasukan …………………………………….
…………………………………………………………………………….
Dan Johan dimenangi oleh Pasukan ……………………………………..
……………………………………………………………………………
Seterusnya, bagi Pertandingan Kawad Kaki Kategori Lelaki
B ;
Tempat ke-tiga dimenangi
oleh Pasukan ………………………………
……………………………………………………………………………
Naib Johan dimenangi
oleh Pasukan …………………………………….
……………………………………………………………………………
Dan Johan dimenangi oleh Pasukan ………………………………………
……………………………………………………………………………
Seterusnya diumumkan,
Pemenang bagi Ketua Platun Terbaik
Kategori Perempuan B :
Tempat ke-tiga ………………… …………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Tempat ke-2 ………………… ……………………………………………..
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Dan Ketua Platun Terbaik …………………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Seterusnya, Pemenang
bagi Ketua Platun Terbaik Kategori Lelaki
B :
Tempat ke-tiga ………………… …………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Tempat ke-2 ………………… ……………………………………………..
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Dan Ketua Platun Terbaik …………………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Majlis diteruskan
lagi dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi Kategori Perempuan A .
Tempat ke-tiga dimenangi
oleh Pasukan ………………………………….
…………………………………………………………………………….
Naib Johan dimenangi
oleh Pasukan …………………………………….
…………………………………………………………………………….
Dan Johan dimenangi oleh Pasukan ……………………………………..
……………………………………………………………………………
Bagi Pertandingan Kawad Kaki Kategori Lelaki A :
Tempat ke-tiga dimenangi
oleh Pasukan ………………………………….
…………………………………………………………………………….
Naib Johan dimenangi
oleh Pasukan …………………………………….
…………………………………………………………………………….
Dan Johan dimenangi oleh Pasukan ……………………………………..
……………………………………………………………………………
Seterusnya diumumkan,
pemenang bagi Ketua Platun Terbaik
Kategori Perempuan A.
Tempat ke-tiga ………………… …………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Tempat ke-2 ………………… ……………………………………………..
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Dan Ketua Platun Terbaik …………………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Seterusnya, pemenang
bagi Ketua Platun Terbaik Kategori Lelaki
A.
Tempat ke-tiga ………………… …………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Tempat ke-2 ………………… ……………………………………………..
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Dan Ketua Platun Terbaik …………………………………………………
Dari pasukan ……………………………………………………………….
Tahniah diucapkan.
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Hajah Adliyah binti Ramli atas
kesudian menyampaikan hadiah dan sijil itu tadi.
Sebagai tanda
penghargaan daripada pihak penganjur, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Pn. Hajah Rohimah binti
Muhammad, Pengetua Cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Pn. Hajah Adliyah binti Ramli.
Dipersilakan.
*** Penyampaian
cenderamata ***
Majlis merakamkan
ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah
Adliyah binti Ramli dan Pn. Hajah
Rohimah bt Muhammad atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
**********************
Majlis sekali
lagi mempersilakan Yang Berbahagia Pn.
Hajah Adliyah binti Ramli untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan Puan.
|
|
Penutup
|
Hadirin yang
dihormati,
Majlis kita
telah sampai ke penghujungnya. Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Pn. Hajah
Adliyah binti Ramli, Pegawai Pendidikan
Daerah Klang, barisan tetamu kehormat serta hadirin sekalian atas kesudian
menjayakan majlis pada hari ini. Semoga kerjasama erat serta komitmen padu ini
akan terus terjalin pada masa akan datang bagi memantapkan lagi pendidikan di
negara kita.
Akhir kata,
Batang buluh
buat para,
Cantik dihias
deretan pelita;
Andai silap
tutur bicara,
Jemari disusun
maaf dipinta.
Sekian,
wabillahitaufik wal hidahayah.
Wassalamualaikum
w.b.t. dan salam sejahtera.
|
|
Jamuan Ringan
|
Majlis mempersilakan barisan tetamu
kehormat ke Anjung Selera untuk
menikmati hidangan. Dipersilakan.
|
|
Bersurai
|
** Sebelum beredar, pengurus pasukan diminta
mengambil sijil penyertaan di meja hadiah,
Dan keputusan keseluruhan pertandingan di meja
juruacara.
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment