" We keep this love in this photographs,
We made these memories for ourselves,
Where our eyes are never closing,
Hearts are never broken,
And time's forever frozen still "
SMK ( P ) RAJA ZARINA
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MENITI MEMORI
Sempena Sambutan Jubli Emas, SMK (P) Raja Zarina 1966-2016
Tarikh : 25 September 2016
Masa : 1.30 – 5.00 petang
Tempat : Dataran Hasimah, Pelabuhan Klang
Masa
|
CUE
|
ANN 1
|
1.30 ptg
|
Ketibaan Tetamu
|
· Pendaftaran ( Cabutan Nombor Bertuah 1 ) : 20 cabutan
· House-keeping – Tandas blok D dan Blok E
Tandas guru wanita utk VIP
· Maklumkan Gerai cenderamata rz 50 tahun / Photo Booth 2
· Maklumkan Perubahan Tentatif program
· Silent h/phone
· Urusetia – Tag kuning
|
Masa
|
CUE
|
ANN 2
|
1.50 ptg
IDHAM
2.00 ptg
|
Para hadirin mengambil tempat
Ketibaan VIP
VVIP bergerak ke pintu gerbang
|
Mohon perhatian kepada semua hadirin, untuk melancarkan majlis kita pada petang ini, semua diminta berdiri ketika Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima masuk dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Terima Kasih.
· Kompang
· Menandatangani buku pelawat
· Kudapan
· Colour Guard
· Kompang / bunga rampai, bunga tangan
|
Masa
|
CUE
|
ANN 3
|
2. ptg
IDHAM
|
Apabila isyarat, iaitu Yang Mulia Tengku masuk ke dataran dengan diiringi barisan tetamu kehormat.
Apabila Yang Mulia Tengku dan barisan tetamu kehormat telah berada di meja VVIP.
|
Mengumumkan ketibaan Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah dengan diiringi oleh tetamu kehormat dan barisan pentadbir ke Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina.
Mohon para hadirin mengambil tempat.
*** Persembahan pembukaan ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 4
| ||
2. ptg
IDHAM
|
Selepas persembahan pembukaan
|
Sebagai tanda cinta akan negara, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Negaraku diikuti dengan lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri.
· Nyanyian Lagu Negaraku
· Negeri Selangor
· Lagu Sekolah
Hadirin dipersilakan duduk.
Untuk pengetahuan semua, persembahan pembukaan yang begitu bertenaga sebentar tadi telah dipersembahkan oleh puteri-puteri Raja Zarina di bawah bimbingan Pn. Kannagi, Pn. Runaizah, Pn. Chen, Pn. Zainura dan Pn. Fazlily.
| ||
Masa
|
CUE
|
ANN 5
| ||
2.30 ptg
IDHAM
LIN
LIN
LIN
|
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
|
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
· Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah. DSPN, DSAP, S.S.A, Penaung dan Perasmi Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina
· Yang Berusaha Pn. Norliza bt Mat Radzi,
Pengetua SMK (P) Raja Zarina
· Yang Berusaha En. Badrul Hisham bin Mokhtar, Penolong PPD , Unit Pengurusan Sekolah ( Menengah )
· Yang Dihormati En, Mokhtar bin Manaf,
Yang Dipertua PIBG SMK (P) Raja Zarina
· Dato’-Dato’, Datin-Datin , wakil-wakil jabatan kerajaan, komuniti setempat, barisan pentadbir, guru-guru, AJK PIBG, mantan-mantan pengetua serta tetamu jemputan yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Bandar Kulim nun di utara, Tempat kenangan sejarah tercipta; Salam takzim pembuka bicara, Mengalukan kedatangan hadirin semua. Dataran Hasimah kita hiasi, Tetamu hadir ceria di hati; Majlis Meniti Memori sama dirai, Mencipta kenangan tersemat di hati. Pada petang yang berbahagia ini, kita amat bertuah kerana majlis kita telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Mulia Tengku Dato' Naizatul Shima, tetamu-tetamu kehormat dan para jemputan. SELAMAT HARI ULANG TAHUN SMK (P) RAJA ZARINA KALI KE 50 TAHUN! Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Dataran Hasimah yang indah ini bagi meraikan Majlis Meniti Memori , Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak sekolah amat berbesar hati kerana dapat menemukan kembali bekas guru dan bekas pelajar serta masyarakat setempat dalam satu program khas yang julung-julung kalinya diadakan di SMK(P) Raja Zarina sepanjang 50 tahun penubuhannya. Pastinya hari ini menjadi kenangan terindah buat semua yang hadir kerana dapat mengimbas kembali nostalgia dan berkongsi kejayaan masing-masing bersama rakan-rakan yang telah lama terpisah.
Majlis Meniti Memori pada petang ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan kejayaan SMK (P) Raja Zarina melahirkan ramai modal insan yang cemerlang disepanjang penubuhannya. Ramai bekas murid dari sekolah ini telah berjaya menjawat jawatan professional di sektor awam dan swasta, mahupun berjaya dalam dunia perniagaan.
Besarlah harapan Persatuan Ibu Bapa dan guru serta warga sekolah agar hubungan yang erat dapat dijalin bersama bekas guru , bekas pelajar dan masyarakat setempat dalam mewujudkan satu permuafakatan yang jitu untuk meningkatkan lagi pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek.
| ||
Masa
|
CUE
|
ANN 6
|
2.35
ptg
IDHAM
|
Bacaan doa.
|
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada petang yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Masnawi bin Misro. Dipersilakan.
*** Bacaan doa ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 7
|
2.40 ptg
IDHAM
|
Selepas bacaan doa.
Ucapan YDP
|
Terima kasih diucapkan kepada ustaz Masnawi bin Misro atas bacaan doa itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang dihormati En. Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG SMK ( P ) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
*** UCAPAN YDP ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 8
|
2.50 ptg
IDHAM
|
Selepas ucapan YDP
Ucapan Pengetua
|
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Mokhtar bin Manaf atas ucapan itu tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi ;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perangsang hajatnya kami.
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Norliza bt Mat Radzi, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** UCAPAN PENGETUA ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 9
| |||
3.00 ptg
LIN
LIN
|
Selepas ucapan pengetua
Ucapan perasmian.
|
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn. Norliza bt Mat Radzi atas ucapan sebentar tadi.
Yang Mulia Tengku dan hadirin yang dihormati.
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara.
Untuk pengetahuan semua hadirin, perasmi Majlis Meniti Memori kita pada petang ini merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah kepada beberapa buah syarikat. Merupakan seorang ahli perniagaan yang terkemuka di dalam dan luar negara.
Yang Mulia Tengku juga merupakan bekas pelajar SMK (P) Raja Zarina yang sangat pemurah dan prihatin terhadap sekolah. Tanpa digamit, Yang Mulia Tengku sering terpanggil untuk memberi bakti sumbangan sama ada dalam bentuk material mahupun sokongan moral.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Yang Mulia sembah diberi,
Mohon rasmikan Majlis Meniti Memori.
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah, Penaung dan Perasmi Majlis Meniti Memori untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** UCAPAN PERASMIAN ***
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima atas ucapan perasmian sebentar tadi.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 10
| |||
3.15
IDHAM
|
Tayangan Multimedia Yang Mulia
|
Bersarang merbah di pohon nangka,
Manis madunya pabila dimakan ;
Majlis kini bersantai seketika,
Multimedia Yang Mulia kami sembahkan.
Seterusnya, untuk berkongsi rasa dan cerita, marilah kita saksikan tayangan Multimedia khas istimewa buat Yang Mulia Tengku.
*** Persembahan multimedia Yang Mulia ***
Begitulah tadi persembahan Multimedia hasil sentuhan Cik Ting Mee Yee, Cik Hartini, Cik Zahiah dan Cik Farah Pakaruddin.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 11
|
3.20 ptg
LIN
|
Gimik Perasmian
Rz 50 Tahun
|
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima, para tetamu kehormat, AJK PIBG dan para pentadbir naik ke pentas bagi upacara gimik perasmian Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina. Dipersilakan.
*** GIMIK PERASMIAN ***
· Asap ( Pintu belakang bilik guru )
· Bunyi kapal terbang mendarat disertai arahan pendaratan oleh pilot.
· Beberapa orang pramugari keluar sambil membawa 2 bagasi berjalan menuju ke pentas sambil melambai-lambai diikuti seorang pilot membawa kotak berisi kunci - - diiringi lagu.
· Di atas pentas, kedua-dua beg diletakkan di atas meja. Pilot menyerahkan kunci kepada perasmi. Perasmi akan cuba membuka beg yang di dalamnya mengandungi Plak Perasmian.
· Countdown dan perasmi membawa plak perasmian yang berjaya dikeluarkan untuk diletakkan di atas stand khas yang dibina. Sebaik sahaja plak perasmian diletakkan, lampu akan menyala serentak dengan pop-up.
· Diakhir countdown tertera logo 50 Tahun Jubli Emas SMKPRZ. Dengan itu rasmilah Majlis Meniti Memori.
· Menandatangani plak
|
Masa
|
CUE
|
ANN 12
|
3.35 ptg
LIN
|
Upacara potong kek dan nyanyian lagu happy birthday
|
Majlis kini diteruskan lagi dengan mempersilakan Alumni SMK (P) Raja Zarina yang menyambut hari lahir ke 50 tahun pada tahun ini untuk naik ke pentas bersama-sama Yang Mulia Tengku bagi upacara memotong kek sempena sambutan Jubli Emas SMK (P) Raja Zarina. Dipersilakan.
Marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Happy birthday.
*** Potong kek dan nyanyi lagu ***
“ Happy birthday to you, Happy birthday to you
Happy birthday to RZ, Happy birthday to you”
Makan umbut bersama keladi,
Dimasak mari oleh Pak Tua ;
Selamat menyambut Hari Jadi,
Ikhlas daripada kami semua.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Mulia Tengku dan semua yang sudi menyempurnakan upacara gimik perasmian Majlis Meniti Memori sebentar tadi.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 13
|
LIN
|
Ulasan GIMIK
|
Yang Mulia Tengku dan hadirin yang dihormati,
Gimik perasmian sebentar tadi mengisahkan tentang sejarah sekolah ini pada suatu ketika dahulu.
· Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( Inggeris ) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham, Selangor merupakan nama asal bagi SMK (P) Raja Zarina.
· Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
· SMK (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 dengan keluasan 9 ekar dan 3 blok bangunan sahaja.
· Dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda Duli Yang Teramat Mulia Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974.
· Pada awal penubuhannya, SMK (P) Raja Zarina telah diketuai oleh mendiang Cik Maheswary a/p Cumarasawamy sebagai pengetua dengan kekuatan 10 orang guru, 5 orang kakitangan dan 231 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahan pertamanya bersama-sama.
· Sepanjang 50 tahun penubuhannya, SMK (P) Raja Zarina telah melahirkan ramai insan yang berjaya dalam bidang masing-masing dan berada bersama-sama kita dalam majlis petang ini. Berikan tepukan gemuruh kepada semua yang hadir pada petang ini.
Diharapkan majlis pada petang ini menjadi perintis kepada Alumni SMK (P) Raja Zarina untuk kembali aktif dan bersama-sama membantu pihak sekolah dari segi kewangan mahupun tenaga bagi memacu kecemerlangan sekolah serta dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 14
|
3.40 ptg
IDHAM
|
Tayangan Multimedia RZ 50 Tahun Melakar Kecemerlangan
|
Seterusnya, sebagai halwa mata dan telinga, kita serikan majlis pada petang ini dengan tayangan Multimedia RZ 50 Tahun Melakar Kecemerlangan .
*** Tayangan multimedia RZ 50 Tahun ***
Demikianlah tadi tayangan Multimedia RZ 50 Tahun Melakar Kecemerlangan.
Untuk pengetahuan semua,
Sepanjang 50 tahun penubuhan SMK (P) Raja Zarina di bawah pimpinan
12 orang pengetua yang dedikasi dan cemerlang, pelbagai kejayaan dan Anugerah telah diraih. Antaranya ialah :
i. Tempat ketiga Pertandingan Menghias bangunan sempena Persidangan Majlis Raja-raja 1982
ii. Johan Kempen Kebersihan Kantin anjuran Majlis Perbandaran Klang 1983 dan 1988
iii. Mewakili Malaysia dalam Sukan Tae-Kwon-do peringkat ASEAN 1984 dan SUKAN SEA 1987
iv. Pelajar Mewakili Malaysia dalam sukan Asia di Nepal dan sukan Olimpik di Korea Selatan 1988
v. Pasukan Pancaragam mendapat pingat Perak peringkat Negeri Selangor 1989
vi. Anugerah Sekolah Harapan negara Peringkat Negeri Selangor 1988, 1992 dan 1999
vii. Naib Johan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Selangor 1992 dan 1998
viii. Johan Sekolah Dalam Taman Peringkat Negeri Selangor 1997
ix. Tempat ketiga Perbarisan Kemerdekaan 2014 , Dan yang terkini,
x. Tempat ketiga pertandingan memasak peringkat Negeri Selangor 2016
xi. Tempat ketiga Choral Speaking peringkat Negeri Selangor 2016
xii. Tempat ketiga pertandingan kibar jalur gemilang peringkat Negeri Selangor2016
xiii. Pingat Gangsa bagi acara Sparring Taekwondo dalam SUKMA , dan
xiv. Pasukan SMK (P) Raja Zarina sentiasa mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum khasnya pasukan pancaragam, hoki dan bola jaring. In Shaa Allah, aka nada lebih banyak lagi kejayaan bakal diraih oleh pelajar-pelajar SMK (P) Raja Zarina.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 15
|
3.50 ptg
LIN
|
Jamuan minum petang
Lagu-lagu Pn.Syarikin
|
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Dengan itu dipersilakan sekali lagi Al-Fadhil Ustaz Masnawi Bin Misro untuk membacakan doa makan. Dipersilakan.
*** Doa makan ***
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil ustaz Masnawi atas bacaan doa itu tadi.
Dijemput para tetamu kehormat dan semua jemputan untuk menikmati hidangan yang disediakan.
*** Jamuan minum petang ***
|
Masa
|
CUE
|
ANN 16
|
3.50 ptg
LIN
|
Sambil mengambil dan menikmati hidangan
Persembahan
3 buah lagu
Pn. Syarikin
|
Sambil mengambil dan menikmati juadah yang telah disediakan, tetamu-tetamu jemputan akan dihiburkan oleh bekas pelajar SMK (P) Raja Zarina tahun 1980.
Untuk pengetahuan semua, Pn. Syarikin bt Ab Rahman pernah menghasilkan 3 rakaman album bersama kumpulan “ The Klangs ” semasa di tingkatan 3 dan 4 serta telah menghasilkan 3 album.
Tanpa melengahkan masa ….Dipersilakan.. Pn. Syarikin Ab Rahman .
|
Masa
|
CUE
|
ANN 17
|
4.05 ptg
|
Persembahan
( Muzikal Meniti Memori )
|
Sambil menikmati hidangan, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan Muzikal Meniti Memori oleh Puteri-puteri Raja Zarina.
Dipersilakan.
*** Persembahan Muzikal Meniti Memori ***
Terima kasih diucapkan kepada puteri-puteri Raja Zarina atas persembahan yang begitu menarik.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 18
|
4.15 ptg
|
Tayangan Multimedia alumni
|
Seterusnya, kita saksikan pula Tayangan Multimedia Alumni.
*** Tayangan Multimedia Alumni***
Demikianlah tadi persembahan multimedia Alumni yang begitu menarik
|
Masa
|
CUE
|
ANN 19
|
4.25 ptg
|
Meniti Memori
( Ucapan wakil Alumni )
“ RZ Pada Saya / RZ To Me “
Tambahan :
Pn. Ngiam Lian Yong
Batch 1979-1983
|
Tepak Sirih warisan lama,
Dibawa gadis ke Tanjung Jati;
Keranamu RZ kami bersama,
Seia sekata berkongsi memori.
Untuk menggamit kembali memori zaman persekolahan tetamu-tetamu sekalian di SMK (P) Raja Zarina, kami telah datangkan beberapa orang bekas pelajar iaitu Pn. Margaswathy a/p Thevarapillai, Pn. Mahijah Abd Rahman, Pn. Zaiton bt Othman, Pn. Ngai Siew Lai, Pn. Ravinder Kaur dan Datin Puspamala a/p Somoo untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam slot Meniti Memori. Dipersilakan.
*** Slot Meniti Memori ***
Terima kasih kepada Pn. Margaswathy, Pn. Mahijah, Pn. Zaiton, Pn. Ngai Siew Lai, Pn. Ravinder Kaur dan Datin Puspamala kerana sudi berkongsi pengalaman bersama kita pada petang ini.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 20
|
4.35 ptg
|
Persembahan 2
Nyanyian bekas pelajar
Pn. Syarikin – 2 buah lagu
|
Seterusnya, kita hiburkan lagi hati pada petang ini dengan menjemput sekali lagi Pn. Syarikin bt Abd Rahman, bekas pelajar SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan 2 buah lagu.
*** Nyanyian bekas pelajar***
Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 21
|
4.40 ptg
|
Cabutan Nombor Bertuah 2
15 cabutan
|
Baiklah, majlis berehat seketika untuk sesi cabutan Nombor Bertuah.
Dipersilakan ………………………………………………………………………………. Untuk mencabut 15 nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah.
*** Cabutan Nombor bertuah***
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………
…………………………………kerana sudi menyempurnakan cabutan bertuah.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 22
|
4.50 ptg
|
Persembahan 3
Nyanyian bekas Pelajar ( kumpulan )
Batch 1985
Datin Dr. Azizah & The Gang
|
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan bekas pelajar SMKPRZ.
*** Nyanyian bekas pelajar***
Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 23
|
4.55 ptg
|
Cabutan Nombor Bertuah 3
15 cabutan
|
Kita teruskan lagi majlis untuk sesi cabutan Nombor Bertuah pusingan terakhir.
Dipersilakan ………………………………………………………………………………. Untuk mencabut 15 nombor bertuah dan seterusnya menyampaikan hadiah.
*** Cabutan Nombor bertuah***
Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………
…………………………………kerana sudi menyempurnakan cabutan bertuah.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 24
|
5.05 ptg
|
Persembahan 4
Nyanyian bekas Pelajar ( kumpulan )
Pn. Syarikin & The Gang
|
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian berkumpulan bekas pelajar SMKPRZ.
*** Nyanyian bekas pelajar***
Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang begitu menghiburkan.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 25
|
5.15 ptg
|
Penyampaian cenderamata
|
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata. Sebagai tanda penghargaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn. Norliza bt Mat Radzi, pengetua SMK (P) Raja Zarina dengan diiringi oleh Pn. Rahimah bt Hj Jalil untuk menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
Dipersilakan Yang Mulia Tengku Dato’ Naizatul Shima Bt Tengku Abdul Murad Shah, Penaung dan Perasmi Majlis Meniti Memori untuk menerima cenderamata. Dipersilakan.
*** Penyampaian cenderamata Perasmi ***
Seterusnya, dipersilakan juga En. Badrul Hisham bin Mokhtar, Penolong PPD, Unit Pengurusan Sekolah Menengah naik ke pentas untuk menerima cenderamata.
*** Penyampaian cenderamata PPD ***
Dipersilakan juga , ………………………………………………………
……………………………………………………
Wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor untuk menerima cenderamata.
*** Penyampaian cenderamata BTPN ***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Norliza bt Mat Radzi atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 26
|
5.25 ptg
|
Pemilihan jawatankuasa Alumni RZ 2016
|
Kain tenun dibawa ke Pasai,
Menjadi rebutan di tengah pekan.
Persembahan menarik telah selesai,
Pemilihan jawatankuasa kita laksanakan.
Dengan ini, majlis mempersilakan Pn. Hafizah bt Mohamed sebagai Pengerusi Sementara.
*** Pemilihan Jawatankuasa Alumni RZ 2016***
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa yang telah dilantik. Seterusnya dipersilakan Pengerusi Alumni yang baru dilantik iaitu …………………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan sepatah dua kata.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 27
|
5.45 ptg
|
Penutup dan bersurai
|
Yang Mulia Tengku dan hadirin sekalian,
Majlis kita telahpun sampai ke penghujungnya. Majlis merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Mulia Tengku serta semua tetamu jemputan atas kesudian memeriahkan Majlis Meniti Memori Sempena Sambutan Jubli Emas SMKP Raja Zarina pada petang ini.
Kepada bekas Guru dan bekas Pelajar SMK(P) Raja Zarina yang diraikan diharapkan majlis gilang-gemilang pada petang ini dapat membakar semangat dan membuka ruang untuk terus menabur bakti dan memberi sokongan padu demi kejayaan SMK (P) Raja Zarina di masa akan datang.
.
Akhir kata,
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hinggap cemara di pagar besi,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis meniti memori,
Dilain masa bersua lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
*** Sesi fotografi ****
Diminta semua tetamu kehormat, Barisan pentadbir, AJK PIBG tunggu sebentar untuk sesi fotografi.
|
Masa
|
CUE
|
Reserve :
|
Sekiranya VVIP hendak balik awal
|
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada kepada yang …………………………………………………………….. serta para tetamu jemputan atas kesudian memeriahkan Majlis Meniti Memori pada petang ini.
Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di jeti;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.
Terima kasih sekali lagi.
|
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment