SKRIP PENGACARAAN
PROGRAM KASIH AIDILFITRI 2014
TARIKH : 23 JULAI 2014 ( RABU )
MASA : 7.30 PAGI
TEMPAT : DATARAN HASIMAH, SMK ( P ) RAJA ZARINA
Bil
|
Acara
|
Teks
|
Catatan
|
Tetamu Mengambil Tempat
( 7.30 pagi )
| |||
Arahan aturcara pentadbiran
| |||
Ketibaan Tetamu Kehormat
( 7.30 pagi )
|
Majlis mengalu-alukan kehadiran En. Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG, dan para hadirin ke Majlis Kasih Aidilfitri Tahun 2014.
· Yang Berusaha, Pn. Hjh Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK ( P ) Raja Zarina
· Yang dihormati, En. Mokhtar bin Manaf, Yang Dipertua PIBG SMK (P) Raja Zarina
· Pn.Noor Siah bt Othman, Penolong Kanan Kurikulum
· Pn. Rahimah bt Jalil, Penolong Kanan HEM
· Pn. Noraizah bt Mohd Noor, Penolong Kanan Kokurikulum,
· Pn. Siti Anom bt Hoslin, Penolong Kanan Petang
· AJK PIBG, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar sekalian
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNya dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Kasih Aidilfitri tahun 2014.
Majlis terlebih dahulu ingin merakamkan sekalung terima kasih atas kesudian YDP PIBG serta semua ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan majlis pada hari ini.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Program Kasih Aidilfitri ini merupakan program anjuran bersama unit Kebajikan Hal Ehwal Murid dan Koperasi SMK (P) Raja Zarina. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, pelajar-pelajar yang terpilih, pekerja swasta dan pengawal keselamatan.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi peluang kepada keluarga yang beragama islam untuk meraikan Aidilfitri dengan lebih gembira.
Di sini juga, majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru SMK ( P ) Raja Zarina yang sudi menghulurkan sumbangan demi merealisasikan majlis kita pada hari ini. Semoga sifat keprihatinan dan kasih-sayang ini sebati dalam diri pelajar-pelajar dan diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya, hanya Allah yang dapat membalasnya.
Cari ikan tepian selasih,
Diumpan dengan isi kelapa;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi tuan kami tak lupa.
Pohon mawar subur di paya,
Ambil bunganya untuk disemat;
Sumbangan tuan besar maknanya,
Semoga Allah limpahkan rahmat.
|
Tetamu mengambil tempat
| |
Bacaan Doa
|
Hadirin sekalian,
Majlis seterusnya memohon para jemputan serta hadirin yang dikasihi untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran dan bermohon doa agar majlis ini akan diterima sebagai suatu usaha yang murni dan diberkati. Justeru, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Masnawi bin Misro untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
*** Doa ***
Amin amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Masnawi atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
| ||
Ucapan Perasmian
|
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hajah Lasiah binti Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Kasih Aidilfitri bagi tahun 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*** Ucapan Perasmian ***
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Lasiah atas ucapan perasmian sebentar tadi.
| ||
Majlis Penyampaian Bantuan
|
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar. Sumbangan pada hari ini terdiri daripada beberapa kategori yang melibatkan pelajar sesi pagi dan petang yang telah dikenalpasti layak. Dengan ini, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Mokhtar bin Manaf, YDP PIBG dengan diiringi Pn. Rahimah binti Jalil untuk menyampaikan sumbangan kepada para pelajar. Dipersilakan.
Kategori pertama merupakan Fidyah yang disumbangkan oleh Pn. Hajah Lasiah, pengetua SMK (P) Raja Zarina khas untuk pelajar islam. Dipersilakan
( Rujuk senarai )
Seterusnya adalah sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan sumbangan daripada semua pelajar dan guru SMK (P) Raja Zarina.
Dipersilakan :
( Rujuk senarai )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Mokhtar bin Manaf atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn. Noor Siah bt Othman, Penolong Kanan Kurikulum dengan diiringi Pn. Rahimah bt Jalil untuk menyampaikan sumbangan berikutnya.
Kategori berikutnya merupakan sumbangan barangan makanan daripada koperasi sekolah . Dipersilakan :
( Rujuk senarai )
Seterusnya adalah sumbangan daripada koperasi sekolah berbentuk sepasang pakaian hari raya. Dipersilakan :
( Rujuk senarai )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Noor Siah atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn. Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina dengan diiringi Pn. Rahimah bt Jalil untuk menyampaikan sumbangan berikutnya. Dipersilakan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan KWAMP. Bantuan ini diberikan oleh Kementerian Pelajaran dalam bentuk wang tunai RM600.00 kepada pelajar tingkatan satu yang telah memohon semasa awal tahun. Pada tahun ini hanya 3 orang pelajar layak menerima bantuan ini. Dipersilakan ;
Seterusnya, pihak sekolah ingin menyampaikan sumbangan cermin mata kepada 4 orang pelajar. Sumbangan ini hasil kutipan daripada pelajar-pelajar sesi pagi dan petang. Insyaallah, usaha murni ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk pelajar-pelajar lain yang memerlukan.
Dengan ini dipersilakan :
Dan akhir sekali, tidak dilupakan juga pekerja-pekerja swasta dan pengawal keselamatan yang telah banyak menyumbang tenaga untuk sekolah ini. Sumbangan khairat kematian ini adalah daripada seorang guru sesi petang yang ingin memanjangkan sedekah arwah bapanya. Dengan ini dipersilakan :
( rujuk senarai )
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hajah Lasiah kerana sudi menyampaikan sumbangan sebentar tadi.
| ||
Ucapan Penutup
|
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
Dengan itu, majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian tetamu jemputan dan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama kami pada hari ini.
Tinggi sungguh pohon cemara,
Tegak merimbun di tengah
Tersalah, terkasar butir bicara,
Sepuluh jari maaf dipinta.
| ||
Bersurai
|
Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Sekian, terima kasih.
|
No comments:
Post a Comment