Thursday, June 5, 2014

Don't Be Sad !

 
 
Hidup ini tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya Laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya…..
 
Sekadar berkongsi bacaan malam ini,
©     Sabar itu indah……menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.
 
©     Senyumlah… Senyum merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus.
 
©     Jangan bersedih! Sesungguhnya kesedihan akan membuat anda lemah, malas, putus harapan, mengheret anda untuk berburuk sangka dan akan membuat anda menjadi pesimis.
" Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada "
 
~ BE POSITIVE ~
@lynjyctrz


No comments:

Post a Comment

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...