Hidup
ini tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya
cerah. Namun susahnya hidup, geloranya Laut dan mendungnya hari bukanlah
pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui
itu ada hikmahnya…..
Sekadar
berkongsi bacaan malam ini,
© Sabar
itu indah……menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang mulia.
Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah,
serta penuh kepercayaan diri. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi pelbagai
persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya
pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan
dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.
© Senyumlah…
Senyum merupakan ubat kecemasan dan pelipur kesedihan. Dalam senyuman terdapat
kekuatan yang menakjubkan dalam membuat jiwa bergembira dan menyenangkan hati. Senyuman
tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus.
© Jangan
bersedih! Sesungguhnya kesedihan akan membuat anda lemah, malas, putus harapan,
mengheret anda untuk berburuk sangka dan akan membuat anda menjadi pesimis.
" Berbuat baik kepada orang lain akan melapangkan dada "
~ BE POSITIVE ~
@lynjyctrz