TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS GRADUASI 2013
Tarikh : 26 Oktober 2013
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang
Masa
|
CUE
|
ANN 1
|
9.30 pagi
|
Para hadirin mengambil tempat
|
MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN, UNTUK MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI, SEMUA DIMINTA BERDIRI KETIKA YANG BERBAHAGIA MASUK DAN SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH.
TERIMA KASIH.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 2
|
9.45 pagi
|
Apabila isyarat, iaitu Yang Berbahagia masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat.
|
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA TN. HJ. AZHAR BIN MOHD KASSIM DENGAN DIIRINGI OLEH TETAMU KEHORMAT, BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU TINGKATAN LIMA MASUK KE DEWAN DAN MENGAMBIL TEMPAT DI MEJA VVIP.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 3
|
9.50 pagi
|
Apabila Yang Berbahagia dan barisan tetamu kehormat telah berada di meja VVIP.
|
SEBAGAI TANDA CINTA AKAN NEGARA, MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, DIIKUTI DENGAN LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 4
| |||
10.00 pagi
|
Apabila lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah tamat dinyanyikan.
|
MOHON PARA HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 5
| |||
10.05 pagi
|
Apabila Yang Berbahagia serta para hadirin telah mengambil tempat duduk.
|
Sayang merbah mencari makan,
Terbang seiring di hujung muara;
Selamat datang kami ucapkan,
Awal Bismillah pembuka bicara.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
· YANG BERBAHAGIA TN. HJ AZHAR B. MOHD KASSIM
PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG, UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID
· YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN,
PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA
· YANG DIHORMATI PN. HJH NORAINI BT MD TAHIR
MANTAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG MERANGKAP MANTAN PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA
· PN. HJH SALBIAH BT UMAR
· PN HJH HAMSAH BT SARANI
MANTAN PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA
· EN, MOKHTAR BIN MANAF,
YDP PIBG SMK (P) RAJA ZARINA
· BARISAN PENTADBIR, AJK PIBG, GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA.
LIMPAHAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN RAHMAT DAN KURNIA-NYA DAPATLAH KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL DI DALAM DEWAN YANG INDAH INI BAGI MERAIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA SMK ( P ) RAJA ZARINA TAHUN 2013.
MAJLIS TERLEBIH DAHULU MERAKAMKAN SEKALUNG TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN DAN KESUDIAN YANG BERBAHAGIA TN. HJ. AZHAR BIN MOHD KASSIM, MANTAN-MANTAN PENGETUA, AJK PIBG SERTA SEMUA HADIRIN MELUANGKAN MASA UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SEJARAH HARI GRADUASI BERMULA PADA TAHUN 2004 YANG DICETUSKAN OLEH PN. HJH SALBIAH BT UMAR SEWAKTU PIMPINANNYA DI SMK (P) RAJA ZARINA DENGAN NAMA “ A DAY WITH YOU ”. SETELAH ITU PADA TAHUN 2005, DI BAWAH PIMPINAN PN. HJH NORAINI BT MD TAHIR, NAMA “ A DAY WITH YOU ” DITUKAR KEPADA “ MAJLIS GRADUASI “
SAMBUTAN MAJLIS GRADUASI INI DIADAKAN KHAS BAGI MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SMK (P) RAJA ZARINA. DIHARAPKAN PENYAMPAIAN SIJIL INI DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT PARA PELAJAR UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM 2013 DAN PASTINYA MEMBERIKAN KENANGAN INDAH KEPADA SEMUA PELAJAR.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 6
|
10.15 pagi
|
Bacaan doa.
|
MAJLIS SETERUSNYA MEMOHON PARA HADIRIN UNTUK SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN DAN BERMOHON DOA KE HADRAT ILAHI AGAR MAJLIS GRADUASI INI AKAN DITERIMA SEBAGAI SATU USAHA YANG MURNI DAN DIBERKATI. UNTUK ITU, MAJLIS MENJEMPUT ENCIK HISHAMUDDIN BIN ENDUT UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM, SAMA-SAMALAH BERTAFAKUR MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 7
|
10.25 pagi
|
Selepas bacaan doa.
Ucapan Ketua Pelajar
|
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK HISHAMUDDIN BIN ENDUT ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
BAGI MENERUSKAN ACARA, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI RAJA FARIHAH BT RAJA KAMARUDIN, KETUA PELAJAR SMK ( P ) RAJA ZARINA UNTUK MENGUNGKAP BICARA.
DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 8
|
10.35
Pagi
|
Selepas ucapan ketua pelajar
Ucapan Pengetua
|
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA RAJA FARIHAH ATAS UCAPAN ITU TADI.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi ;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perangsang hajatnya kami.
SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN , PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BUAT TITIPAN SEMANGAT SERTA DORONGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 9
| |||
10.45 pagi
|
Selepas ucapan pengetua
Ucapan perasmi.
|
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,
Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,
Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara.
DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TN. HJ. AZHAR BIN MOHD KASSIM, PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG, UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA 2013.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 10
| |||
11.00 pagi
|
Sebaik sahaja ucapan perasmian.
Penyampaian sijil
|
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN. HJ. AZHAR BIN MOHD KASSIM ATAS KESUDIAN MERASMIKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.
HADIRIN YANG DIKASIHI,
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA 2013.
DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TN. HJ. AZHAR BIN MOHD KASSIM, PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG, UNIT BIMBINGAN KAUNSELING DAN KERJAYA MURID, DENGAN DIIRINGI OLEH PN HJH LASIAH BT YEOP TASIN NAIK KE PENTAS BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 11
|
11.05 pagi
|
Sebaik sahaja Yang Berbahagia dan pengetua di atas pentas.
Tingkatan 5A
|
HADIRIN HADIRAT YANG DIHORMATI,
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH. DIJEMPUT PN.NUR SYUHADAH BT ABIDIN, GURU TINGKATAN 5 AMANAH UNTUK BERSAMA-SAMA BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5A )
DIJEMPUT PN. NUR SYUHADAH BT ABIDIN UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA YANG BERBAHAGIA TN. HJ AZHAR.
DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 12
|
Tingkatan 5B
|
SETERUSNYA DIJEMPUT PN. RUZITA BT ABD AZIZ , GURU TINGKATAN 5 BERDIKARI UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5B )
DIPERSILAKAN PN. RUZITA ABD AZIZ UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 13
|
Tingkatan 5C
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN.ROZITA BT GHAZALI, GURU TINGKATAN 5 CEKAL UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5C )
DIPERSILAKAN PN. ROZITA BT GHAZALI UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 14
|
Tingkatan 5D
|
SETERUSNYA DIJEMPUT PN.ZANARIA BT ZAING, WAKIL GURU TINGKATAN 5 DEDIKASI UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5D )
DIPERSILAKAN PN. ZANARIA BT ZAING UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 15
|
Tingkatan 5E
|
SETERUSNYA DIJEMPUT PN.NORMAZURA BT ABU BAKAR, GURU TINGKATAN 5 ETIKA UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5E )
DIPERSILAKAN PN. NORMAZURA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 16
|
Tingkatan 5F
|
SETERUSNYA DIPERSILAKAN PN.FAIZAH BT SANUSI, GURU TINGKATAN 5 FALSAFAH UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5F )
DIPERSILAKAN PN. FAIZAH BT SANUSI UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 17
|
Tingkatan 5G
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN.ZAKIAH BT IDRIS, GURU TINGKATAN 5 GIGIH UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5G )
DIPERSILAKAN PN. ZAKIAH BT IDRIS UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 18
|
Tingkatan 5H
|
SETERUSNYA DIJEMPUT PN.SYARIFAH BT ARIP, GURU TINGKATAN 5 HORMAT UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5H )
DIPERSILAKAN PN. SYARIFAH BT ARIP UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 19
|
Tingkatan 5I
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN.SARTINA BT KUSAINI, GURU TINGKATAN 5 INOVATIF UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5I )
DIPERSILAKAN PN. SARTINA BT KUSAINI UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 20
|
Tingkatan 5J
|
SETERUSNYA DIJEMPUT PN.HAFIZAH BT MOHAMED, PENYELARAS TINGKATAN LIMA BAGI MEWAKILI GURU TINGKATAN 5 JUJUR UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5J )
DIPERSILAKAN PN. HAFIZAH UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 21
|
Sebaik sahaja Yang Berbahagia selesai memberi sijil
|
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN. HJ AZHAR BIN MOHD KASSIM ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL SEBENTAR TADI
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA TN. HJ.AZHAR. DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 22
|
Sebaik sahaja Yang Berbahagia menerima cenderamata
|
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. HJH. LASIAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA SEBENTAR TADI.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 23
| |||
12.00 tgh
|
Persembahan
|
Bersarang merbah di pohon nangka,
Manis madunya pabila dimakan ;
Majlis kini berehat seketika,
Pelbagai persembahan kami sembahkan.
SEBAGAI HALWA TELINGA DAN MATA, KITA MERIAHKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN TAYANGAN SLIDE YANG BERTEMAKAN PERSAHABATAN DAN KENANG-KENANGAN DARIPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 GIGIH.
DENGAN SUKACITANYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
| |||
Masa
|
CUE
|
ANN 24
| |||
Selepas persembahan
|
BEGITULAH PERSEMBAHAN SLIDE DARIPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 GIGIH.
SETERUSNYA, KITA HANGATKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN NYANYIAN YANG BERTAJUK “ SAHABAT ” DENGAN IRINGAN GITAR, YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 BERDIKARI.
DIPERSILAKAN.
| ||||
Masa
|
CUE
|
ANN 25
|
Selepas persembahan
|
SATU PERSEMBAHAN YANG SUNGGUH MENGHIBURKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
SETERUSNYA, MARILAH KITA SAKSIKAN TAYANGAN SLIDE PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 INOVATIF.
*****MARILAH KITA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN NYANYIAN PULA YANG BERTAJUK “ COUNT ON ME ” DENGAN IRINGAN GITAR OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 INOVATIF.
DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 26
|
Selepas persembahan
|
SATU PERSEMBAHAN YANG SUNGGUH MENARIK DAN HEBAT.
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKALI LAGI.
KITA TERUSKAN ACARA KITA PADA HARI INI SEKALI LAGI DENGAN TAYANGAN SLIDE OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 JUJUR. DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 27
|
Selepas persembahan
|
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN SLIDE YANG BEGITU MENARIK.
SETERUSNYA, KITA SERIKAN MAJLIS KITA DENGAN MENAMPILKAN PERSEMBAHAN ‘ CUP SONG ’ YANG BERTAJUK “ WHEN WE ARE GONE ” DARIPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH.
DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 28
|
Selepas persembahan
|
BEGITULAH HEBATNYA PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH
BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKALI LAGI.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH.
KINI, TIBALAH KITA DI KEMUNCAK PERSEMBAHAN PADA HARI INI. MARILAH SAMA-SAMA KITA HAYATI TAYANGAN SLIDE KENANG-KENANGAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ETIKA.
DIPERSILAKAN.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 29
|
Selepas persembahan
|
DENGAN BERAKHIRNYA TAYANGAN SLIDE OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ETIKA YANG BEGITU MENARIK ITU, MAKA BERAKHIRLAH ACARA PERSEMBAHAN KITA PADA HARI INI.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU YANG BEGITU KOMITED DALAM MENJAYAKAN PERSEMBAHAN PADA HARI INI.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 30
|
12.30 tgh
|
Birthday
|
· Gimik bawa kek di atas pentas dan nyanyi lagu Happy Birthday.
PADA HARI INI MERUPAKAN TARIKH KELAHIRAN PN. PENGETUA KITA, PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN, GURU-GURU DAN PARA PELAJAR YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA MINGGU INI TAMPIL KE PENTAS UNTUK UPACARA MEMOTONG KEK.
*****DIMINTA PARA HADIRIN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU “ HAPPY BIRTHDAY ”
Makan umbut bersama keladi,
Dimasak mari oleh Pak Tua ;
Selamat menyambut Hari Jadi,
Ikhlas daripada kami semua.
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PN. HJH. LASIAH, GURU-GURU DAN PARA PELAJAR YANG MENYAMBUT HARI JADI PADA MINGGU INI ATAS KESUDIAN MEMOTONG KEK SEBENTAR TADI.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 31
|
12.30 tgh
|
Jemputan makan
|
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
Lebat rumbia di sungai Kedah,
Batang selasih di Tanjung Dara ;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
GURU-GURU DIJEMPUT MENIKMATI HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAHAGIAN BELAKANG DEWAN.
MANAKALA PELAJAR-PELAJAR DIJEMPUT MENGAMBIL MAKANAN DI LUAR DEWAN.
SELAMAT MENJAMU SELERA.
|
Masa
|
CUE
|
ANN 32
|
Setelah VVIP habis menikmati hidangan
|
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS KITA TELAHPUN SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA. MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN ATAS KESUDIAN MEMERIAHKAN MAJLIS GRADUASI PADA HARI INI.
KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG DIRAIKAN, DIHARAPKAN MAJLIS GILANG GEMILANG INI DAPAT MEMBAKAR SEMANGAT DAN MEMBUKA RUANG UNTUK TERUS BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM TIDAK LAMA LAGI. SESUNGGUHNYA DOA DAN HARAPAN KAMI AKAN SENTIASA BERSAMA KALIAN.
AKHIR KATA,
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hinggap cemara di pagar besi,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis graduasi,
Dilain masa bersua lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
|
The greater the difficulty the more glory in surmounting it. Skillful pilots gain their reputation from storms and tempest ~ Epictetus
In the middle of difficulty lies opportunity ~ Albert Einstein
KEEP STRUGGLING, ALL THE BEST.
@lynjyctrz
No comments:
Post a Comment