TEKS JURUACARA MAJLIS
PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK (P) RAJA ZARINA KALI KE-45
Ketibaan Perasmi |
Bandar Kulim nun di Utara, Tempat kenangan sejarah tersirat; Salam takzim pembuka bicara, Mengalukan kedatangan hadirin hadirat. Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Pn.
Maimunah binti Mustaffa, Pegawai Pendidikan Daerah Klang, serta tetamu jemputan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021. Majlis
pada hari ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor
dan lagu sekolah dengan iringan muzik. Para hadirin diminta bersedia. *Nyanyian Lagu – Lagu Rasmi* Majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Diminta
ibu bapa dan penjaga mengisi 1. Borang
kehadiran 2. Borang
maklum balas program yang
disediakan di ruangan chat dan description. |
Kata Alu-aluan
Pengerusi Majlis |
Jajaran mengkudu di selang bidara, Di celah angsana meredup di hutan; Awal Bismillah pembuka bicara, Mesyuarat PIBG kita rasmikan. Bismillahirrahmanirrahim Yang Berusaha, Pn. Maimunah binti Mustaffa,
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Yang Berusaha, Puan Hajah Rohimah binti
Muhammad, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Yang Dihormati, Encik Mokhtar bin Manaf Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Pn. Erma Dirwani binti Mahmud, Naib Yang
Dipertua PIBG Puan
Hajah Sabariah binti Mohd Husain, Penolong Kanan Pentadbiran Puan
Hajah Norazlinda binti Kassim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan
Norezan binti Daud, Penolong Kanan Kokurikulum Yang
Berbahagia Datin Hajah Faizah binti Sanusi, Penolong Kanan Petang Barisan
guru kanan mata pelajaran, guru–guru, AJK PIBG, ibu bapa dan anak didik yang
dikasihi sekalian. Assalamualaikum
wbt, salam sejahtera dan salam permuafakatan. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya jua, pada hari yang berbahagia ini kita dapat
sama-sama berkumpul secara alam maya edisi norma baharu bagi menjayakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah
Menengah Kebangsaan Perempuan Raja
Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021. Terlebih dahulu, majlis merakamkan sekalung penghargaan
dan setinggi-tinggi terima kasih kpd Pn Maimunah binti Mustaffa, Pegawai
Pendidikan Daerah Klang atas kesudian meluangkan masa bersama-sama bagi
menjayakan majlis kita pada hari ini. Gabungan yang mantap, Permuafakatan yang hebat, Barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan komuniti bergerak
sederap bagi memacu kecemerlangan. Seperti
yang kita sedia maklum, Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan saban tahun merupakan
platform terbaik untuk para ibu bapa
dan pihak sekolah duduk bersama-sama bagi membincangkan isu-isu yang
signifikan berkaitan pendidikan dari segi akademik, kokurikulum, kebajikan
murid serta sahsiah diri bagi mencapai kata sepakat demi kemaslahatan semua
pihak. Sesungguhnya Kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh
para guru dan ibu bapa amat penting dalam usaha kearah kemenjadian murid. |
Bacaan Doa |
Warga maya yang dihormati, Sepakat manusia kerana
muafakat, Tiada beza pangkat dan
darjat, Membaca doa tangan diangkat, Semoga majlis mendapat
berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En.
Mohd Hishamuddin bin Endut. Dipersilakan. ·
Bacaan
Doa Aamin,
Aamin…..Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hishamuddin bin Endut
atas bacaan doa sebentar tadi. |
Persembahan Multimedia |
Seterusnya, Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung pada hari ini diteruskan dengan mempersembahkan tayangan multimedia. Marilah
sama-sama kita saksikan. ·
Tayangan Multimedia Demikianlah
tadi persembahan multimedia yang memaparkan aktiviti dan transformasi sekolah
hasil sumbangan PIBG dan aktiviti Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja
Zarina. Semoga RZ terus cemerlang. #RZ
bangkit hebat. |
Ucapan Pengetua |
Warga maya yang dikasihi sekalian, Melilit rotan di dahan ara, Di celah angsana mekar sekata, Ucapan aluan pembuka bicara, Dipersilakan pengetua bermadah kata. Bagi meneruskan bicara, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Hajah Rohimah binti Muhammad, Pengetua Cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ·
Ucapan Pengetua Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Puan Hajah Rohimah binti Muhammad atas ucapan sebentar tadi. |
Ucapan YDP PIBG |
Hadirin yang dihormati, Tampak cahaya jauh di kuala, Kerdipan bintang menawan hati; Yang Dipertua PIBG kita persila, Ucapan diberi sama hayati. Untuk itu, Majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik
Mokhtar bin Manaf, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan
Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ·
Ucapan YDP PIBG Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Encik Mokhtar bin Manaf atas ucapan itu tadi. |
Ucapan Perasmian PPD |
Hadirin warga maya yang dimuliakan, Senyum terukir penuh harapan, Meniti Jerami di hujung
muara; Sudilah Puan beri ucapan, Kata perasmi pelengkap
acara. Dengan itu,
majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Pn. Maimunah binti
Mustaffa, Pegawai Pendidikan Daerah Klang untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Raja Zarina Kali ke 45 bagi tahun 2021. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ·
Ucapan
Perasmian PPD Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn
Maimunah binti Mustaffa atas kesudian merasmikan majlis sebentar tadi. |
Sumbangan Kasih PIBG 2020/2021 |
Daun pandan wangi baunya, Boleh dibuat bunga rampai; Tolong-menolong sesama warga, Hubungan erat ukhuwah tercapai. Sebagai tanda kasih sayang dan
keprihatinan, pihak PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan
Raja Zarina berbesar hati untuk menyampaikan Sumbangan Kasih PIBG 2020/2021. Untuk
makluman semua, Sumbangan Kasih PIBG adalah sumbangan kepada murid-murid yang
telah kematian ibu atau bapa sepanjang tahun 2020 dan 2021. Berikut dipaparkan senarai nama murid
yang kematian ibu atau bapa pada bulan Jun – September 2021. Murid-murid ini
telah menerima sumbangan melalui pemindahan wang ke akaun bank masing-masing. Murid-murid tersebut ialah.. NUR QISMARINA BT AZHAM TINGKATAN 4 SK3 ELFERA LAUREN JOITOL TINGKATAN 2B KIRUTHIKA A/P VADEVALI TINGKATAN 2J TERUSHA A/P BALAKRISHNAN TINGKATAN 2J POONGKHULALY A/P CHIDAMBARATHAN TINGKATAN 5 SK1 EDA SAFWANA BINTI SALIM TINGKATAN 4 SA2 ROSELYN AISYAH BINTI ABDULLAH & JASMINE HAWA
TINGKATAN 1E & TINGKATAN 3I NARMITHA A/P M.KATIRAWAN TINGKATAN 4 SK1 SABINA ESMIN BT MOHAMMAD REZAUL TINGKATAN 3H IQLIL IMAN BATRISYA TINGKATAN 1J MIMI WAHIDAH BINTI SAHIDUN TINGKATAN 5 SB NURUL IMAN BINTI ABDUL HALIM TINGKATAN 4 SK6 NURUL DAYANA FARHANI BINTI ABDUL MANAN TINGKATAN 4 SK5 NURUL NAJWA BINTI
RODUAN TINGKATAN 5 SK2 dan YUVASRI TINGKATAN
3I Seterusnya dipaparkan senarai nama murid yang
akan menerima sumbangan. Murid-murid ini telah kematian ibu atau bapa pada
tahun 2020 dan pada Januari hingga Mei 2021. Murid-murid tersebut ialah… DARESHINI A/P POOBALAN & DANYASHINI A/P POOBALAN
TINGKATAN 1E FATIN AMIRAH (KALAISELVI) TINGKATAN 3D NUR HANANI BINTI SHAMSUL KAHAR TINGKATAN 4D ONG AI XUAN TINGKATAN 4E PUTRI MYSARA TINGKATAN 1D NUR NISA SYUHADA BT MOHD HANAPIAH TINGKATAN 5H NUR HIDAYAH AMANI BT MOHD HANAFIAH TINGKATAN 3C LIAN CHUI WEN TINGKATAN 4G RHISHALANIY A/P SUKUMARAN TINGKATAN 3I NURFAEZA BINTI ABU HASSAN TINGKATAN 5F NURUL ASHIQIN BT ROSLAN TINGKATAN 5F TAN YIN JI TINGKATAN 2G GOH KO JIN TINGKATAN 2G
dan NIVATHA A/P SOORIAH KUMAR TINGKATAN 5 SK5 Bambu kecil menjadi anyaman, Cantik dihias dengan jambangan; Terima kasih atas keprihatinan, Semoga ukhwah kekal berpanjangan. |
Penyampaian cenderamata dan sijil kepada AJK
PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit dan Barisan Pentadbir |
Budimu seluas lautan, Jasamu jadi sebutan. Seterusnya,
kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada AJK
PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit dan barisan Pentadbir sebagai tanda
penghargaan atas sumbangan khidmat dan bakti disepanjang tahun 2020/2021. Berikut
dipaparkan senarai AJK PIBG Sesi 2020/2021, Juru Audit serta Barisan
Pentadbir yang akan menerima cenderamata dan sijil. (Tayangan
slaid sahaja ) 1) En. Mokhtar bin Manaf (YDP
PIBG) 2) Pn. Erma Dirwani binti Mahmud (NYDP
PIBG) 3) Pn. Norliza binti Zainol (Setiausaha) 4) Pn. Maslina binti Musa (Bendahari) 5) En. Rafizan bin Rahim (AJK
Ibu Bapa) 6) En. Steven Ng Peng Hun (AJK
Ibu Bapa) 7) En Kong Fook Siang (AJK
Ibu Bapa) 8) Pn. Junaida binti Amir (AJK
Ibu Bapa) 9) Pn. Huzairah binti Shamsudin (AJK
Ibu Bapa) 10) Pn. Letchumi Devi a/p Kandasamy (AJK
Ibu Bapa) 11) Pn. Rabiatul Adawiyah binti Ismail (AJK
Guru) 12) Pn. Junaidah binti Ismail (AJK
Guru) 13) Pn. Reginamary a/p Soosay (AJK
Guru) 14) Pn. Ou Yong Pei Cheng (AJK
Guru) 15) Pn. Wan Yusnoraini bt. Wan Yusoff (AJK
KSIB) 16) Tn.Haji Ahmad Soffi bin Kadri (Juruaudit
– Ibu
Bapa) 17) Pn. Azizah binti Jusoh (Juruadit-Guru) 18) Pn. Hajah Sabariah binti Mohd Hussain (PK Pentadbiran) 19) Datin Hajah Faizah binti Sanusi (PK
Petang) 20) Pn. Norazlinda binti Kassim (PK HEM) 21) Pn. Norezan binti Daud (PK
Kokurikulum) Terima
kasih. Sesungguhnya, budi baik dan jasa tuan-tuan dan puan-puan dalam
menerajui PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina demi
kecemerlangan anak-anak, hanya Allah jua yang mampu membalasnya. |
Penutup |
Hadirin
warga maya yang dimuliakan, Dengan
berakhirnya penyampaian cenderamata dan sijil itu tadi, maka selesailah sudah
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Raja Zarina kali ke-45 bagi tahun 2021. Majlis
sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Pn, Maimunah binti Mustaffa atas kesudian bersama-sama kami
pada majlis hari ini. Pohon Rumbia di hujung taman, Lebah bersarang di dahan jati; Terima kasih kami ucapkan. Budi dan bakti tetap di
hati. Andai
ada terkasar Bahasa, tersalah
butir bicara, Maaf jua dipinta. Terima
kasih. |
Taklimat KSIB |
Hadirin
yang dihormati, Sebelum
memulakan Mesyuarat Agung PIBG, izinkan saya menyampaikan sedikit maklumat
berkaitan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa.
Diminta jasa baik para ibu bapa untuk terus bersama-sama sehingga ke akhir
acara. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, KSIB adalah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan
di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui
KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku
demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara ibubapa dan anak masing-masing. Diantara
Objektif Kumpulan Sokongan Ibu Bapa adalah : ·
Mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa
untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran
anak. ·
Mewujudkan sokongan berterusan. ·
Membantu apabila berlaku krisis. ·
Mengukuhkan tingkah laku positif dalam menghadapi
masalah. ·
Membantu dalam menyalurkan perasaan marah ke arah
tindakan yang positif. ·
Berkongsi maklumat, pandangan dan sumber. ·
Menyediakan latihan untuk ibu bapa bagi
meningkatkan kemahiran. ·
Membantu dalam berurusan dengan agensi-agensi
pendidikan, perubatan dan lain-lain. ·
Mendapat sahabat baru. DAN ·
Meningkatkan keberkesanan sekolah dengan memberi
maklum balas yang membina. Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga dapat memberi sokongan padu
serta melibatkan diri dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa demi kecemerlangan
anak-anak kita. Dengan itu, diminta ibu bapa dan penjaga untuk meluangkan masa mengisi
borang KSIB yang telah dikongsikan di ruangan chat dan description. Sekali lagi diingatkan juga supaya mengisi borang kehadiran dan borang
maklum balas yang telah disediakan.. |
Mesyuarat Agung PIBG |
Hadirin
warga maya yang dihormati, Alhamdulillah
kita telah sampai ke acara kemuncak pada hari ini. Dengan
ini, saya menyerahkan majlis kepada Yang dihormati En. Mokhtar bin Manaf,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke 45.Dipersilakan. |