Thursday, November 12, 2015

Teks Pengacara Majlis Restu Ilmu SPM 2015




TEKS PENGACARA MAJLIS
 MAJLIS RESTU ILMU SPM 2015
Tarikh : 30 Oktober 2015
Tempat : Dataran Hasimah, SMKPRZ

Majlis mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha En. Mokhtar bin Manaf diiringi barisan pentadbir dan AJK PIBG ke Majlis Restu Ilmu SPM 2015.

Di tepi kali mengail ikan,
Kail dibawa bersama umpan.
Selamat datang kami ucapkan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Duduk bersimpuh si anak dara,
Sambil meraut sebakul rotan;
Awal Bismillah pembuka bicara
Majlis Restu Ilmu kita raikan.

Bismillahirrahmanirrahim.

1.   Yang Berusaha Puan Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin
Pengetua SMK (P) Raja Zarina

2.   Yang Berusaha Encik Mokhtar Bin Manaf
YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina

3.   Yang Dihormati Puan Noorsiah Binti Othman
Penolong Kanan Pentadbiran

4.   Puan Rahimah Binti Haji Jalil
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5.   Puan Noraizah Binti Mohd Noor
Penolong Kanan Kokurikulum

6.   Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran

7.   AJK PIBG, Guru-guru, dan pelajar-pelajar  tingkatan 5 yang direstui sekalian.


Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.


Alhamdulillah, mari kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran  ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua kita dapat berkumpul  di Dataran Hasimah pada pagi yang indah ini bagi meraikan Majlis Restu Ilmu SPM 2015.
Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian semua hadirin untuk sama-sama menjayakan majlis ini.
Majlis ini diadakan  khas buat pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai tanda kasih sayang dan sokongan padu  pihak sekolah kepada calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan .

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Hajat ke hutan menebang buluh,
Singgah di sungai memasang lukah;
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan  Encik Muhamad Idham bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhamad Idham atas bacaan doa itu tadi.


Bunga melati di hujung dahan,
Penghias seri di sudut taman;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata perangsang buat pedoman.

Bagi meneruskan acara, Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang berusaha Pn Hjh. Lasiah Binti Yeop Tasin, Pengetua SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang buat pelajar semua. Dipersilakan.

***Ucapan***

Ribuan terima kasih atas pengucapan yang telus, percikan  kata yang halus membawa mesej dan makna yang kudus daripada  Puan Pengetua kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Mokhtar Bin Manaf, YDP PIBG SMK (P) Raja Zarina untuk menyampaikan ucapan bagi suntikan semangat. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Ucapan***

Buah longan beli sekati,
Buat makan di atas jeti;
Pesanmu Tuan kami ingati,
Akan terpahat di dalam hati.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mokhtar atas ucapan itu tadi.

Tegak berdiri di tengah dataran,
Bersama menyanyi lagu kebangsaan,
Cenderahati diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan salam restu buat pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dimulakan dengan kelas 5 Amanah. Dijemput guru tingkatan Puan Mulia bt Amat Khalid untuk menyampaikan cenderamata kepada para pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Mulia.

Seterusnya dipersilakan
Guru Tingkatan 5 Berdikari : Pn. Sartina bt Kusaini
*******
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Sartina.

Guru Tingkatan 5 Cekal :  Pn. Ruzita bt Abdul Aziz
Guru Tingkatan 5 Dedikasi : Maggie a/p Paul
Guru Tingkatan 5 Etika : Cik Nurul Zahiah bt Ya
Guru Tingkatan 5 Falsafah : Pn. Norhaslina bt Mansor
Guru Tingkatan 5 Gigih : Pn. Norliza bt Zainol
Guru Tingkatan 5 Hormat : Puan Nurul Fasihah bt Alias
Guru Tingkatan 5 Inovatif : Puan Sapiah bt Saliman
Guru Tingkatan 5 Jujur : Puan Nantha Kumari a/p Murugan

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nantha.



Hadirin yang dihormati sekalian,

Buah cermai jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para;
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Namun kita di hujung acara.

Dengan itu, majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian En. Mokhtar bin Manaf dan AJK PIBG kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kami pada hari ini.


Buat anak-anak didik yang direstui sekalian,

Guru-guru amat berharap dan mendoakan, sisa-sisa waktu yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru, apa yang dibaca dan dihafal akan mengiringi anak didik sekalian ke dalam bilik peperiksaan tanpa ada yang tercicir.

Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini marilah kita sama-sama melapangkan dada saling memaafkan dan  merelakan antara guru dan  para pelajar pada pagi ini semoga keberkatannya untuk manfaat bersama bagi mencari landasan  hidup yang berjaya. Beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.


Akhir kata, 

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar batu,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis restu ilmu,
Dilain masa bersua lagi.


Sekian,

WabillahiTaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dipersilakan tetamu jemputan dan barisan pentadbir ke Anjung Selera untuk menikmati jamuan yang disediakan.



@lynjyctrz

Monday, October 5, 2015

Teks Pengacara Majlis Graduasi Tingkatan Lima 2015


SMK ( P ) RAJA ZARINA
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2015

Tarikh            : 03 Oktober 2015
Masa               : 7.30 pagi – 2.00 petang
Tempat           : Hotel Crystal Crown, Pelabuhan Klang

Masa
CUE
ANN 1
8.45 pagi

HAIDA
Para hadirin mengambil tempat
MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA HADIRIN, UNTUK MELANCARKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI, SEMUA DIMINTA BERDIRI KETIKA TETAMU KEHORMAT MASUK DAN SAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH.
TERIMA KASIH.

Masa
CUE
ANN 2
9.00 pagi

HAIDA
Apabila isyarat, iaitu Yang Berusaha masuk ke dalam dewan dengan diiringi barisan tetamu kehormat.
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR, PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR  DENGAN DIIRINGI OLEH TETAMU KEHORMAT, BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU TINGKATAN LIMA MASUK KE DEWAN DAN MENGAMBIL TEMPAT DI MEJA VVIP.

Masa
CUE
ANN 3
9.05pagi

HAIDA
Apabila Yang Berbahagia dan barisan tetamu kehormat telah berada di meja VVIP.
SEBAGAI TANDA CINTA AKAN NEGARA, MAJLIS DIMULAKAN DENGAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, DIIKUTI  DENGAN LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH. PARA HADIRIN DIMINTA BERDIRI.

Masa
CUE
ANN 4
9.15pagi

HAIDA
Apabila lagu tamat dinyanyikan.
MOHON PARA HADIRIN MENGAMBIL TEMPAT.
Masa
CUE
ANN 5

9.15pagi


HAIDA

















































HAIDA
Apabila Yang Berusaha serta para hadirin telah mengambil tempat duduk.

Jajaran mengkudu di selang bidara,
Di celah angsana meredup di hutan;
Awal Bismillah pembuka bicara,
Majlis graduasi kita raikan.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
·YANG BERBAHAGIA  TN. ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR,  PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
·YANG BERUSAHA TN. HJ. SHOKHIMI BIN SAMAN, TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH, PPD KLANG
· YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN,
   PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA
· YANG DIHORMATI EN. MOKHTAR BIN MANAF,
YDP PIBG SMK (P) RAJA ZARINA
·   BARISAN PENTADBIR, AJK PIBG, GURU-GURU SERTA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA YANG DIRAIKAN.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SEHATI SEJIWA.

LIMPAHAN SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN RAHMAT DAN KURNIA-NYA  DAPATLAH KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL DI DALAM DEWAN YANG INDAH INI BAGI MERAIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA SMK ( P ) RAJA ZARINA TAHUN 2015.

MAJLIS TERLEBIH DAHULU MERAKAMKAN SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN HJ. MOHD NOR  SERTA SEMUA HADIRIN KERANA SUDI MELUANGKAN MASA  UNTUK SAMA-SAMA MENJAYAKAN MAJLIS INI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS GRADUASI KALI KE-12 INI DIADAKAN KHAS BAGI MERAIKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 SMK (P) RAJA ZARINA YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM TIDAK LAMA LAGI. DIHARAPKAN MAJLIS YANG PENUH BERMAKNA INI DAPAT MENYUNTIK SEMANGAT PARA PELAJAR UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SPM  DAN PASTINYA MEMBERIKAN KENANGAN INDAH KEPADA SEMUA PELAJAR.


Masa
CUE
ANN 6
9.25 pagi

LIN

















LIN
Bacaan doa.















Selepas bacaan doa.




Ucapan Ketua Pelajar
Lebah bersarang di rumpun buluh,
Jatuh tertimpa si pohon nipah;
Tangan menyusun jemari sepuluh,
Majlis berlangsung penuh barakah.

BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN DAN BERMOHON AGAR MAJLIS INI AKAN DITERIMA SEBAGAI SUATU USAHA YANG MURNI DAN DIBERKATI.

UNTUK ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN AL-FADHILUSTAZ MASNAWI BIN MISRO UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN.
*** DOA ***
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ MASNAWI BIN MISRO ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
*****
BAGI MENERUSKAN ACARA, MAJLIS MEMPERSILAKAN SAUDARI NUR SYAMIRA BINTI SHAMSUL, KETUA PELAJAR SMK ( P ) RAJA ZARINA UNTUK MENGUNGKAP BICARA.DIPERSILAKAN.

Masa
CUE
ANN 7
9.35
Pagi


LIN







9.45
pagi
Selepas ucapan ketua pelajar








Ucapan Pengetua
MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI NUR SYAMIRA BINTI SHAMSUL ATAS UCAPAN ITU TADI.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi ;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perangsang hajatnya kami.

SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH BT YEOP TASIN , PENGETUA SMK (P) RAJA ZARINA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BUAT TITIPAN SEMANGAT  SERTA DORONGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

Masa
CUE
ANN 8



LIN











10.05 pagi

LIN
Selepas ucapan pengetua












Ucapan perasmi.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN. HJH LASIAH BINTI YEOP TASIN ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. MUDAH-MUDAHAN SETIAP BUTIRAN KATA DARIPADA PN. HJH LASIAH DAPAT DIGARAP DAN MENJADI CAMBAHAN RASA BERBUNGA DI SUDUT HATI.

HADIRIN YANG DIMULIAKAN,

Bunga melur di hujung dahan,
Penghias seri di waktu malam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Lafaz isytihar pembuka kalam.

DENGAN ITU, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN HJ.MOHD NOR,  PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR
UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS GRADUASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA 2015.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.



LIN

Sebaik sahaja ucapan perasmian.









MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN HJ.MOHD NOR ATAS KESUDIAN MERASMIKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.








Masa
CUE
ANN 9
10.30pagi

HAZRIN


Penyampaian sijil































Sebaik sahaja Yang Berbahagia dan pengetua di atas pentas.

Tingkatan 5A


Kalau roboh kota Melaka,
Bawa diri ke Tanjong jati;
Majlis bermula tirai dibuka,
Acara penganugerahan sijil graduasi.

HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN,

KINI TIBALAH KITA KE UPACARA PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN LIMA 2015.

DENGAN ITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN HJ.MOHD NOR, PENGARAH PENDIDIKAN, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR DENGAN DIIRINGI OLEH PN HJH LASIAH BT YEOP TASIN NAIK KE PENTAS BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA PENGANUGERAHAN SIJIL.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. 
***

MAJLIS DIMULAKAN DENGAN PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH. DIJEMPUT PN.MULIA BINTI AMAT KHALID , GURU TINGKATAN 5 AMANAH UNTUK BERSAMA-SAMA BERADA DI ATAS PENTAS.

DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5A )

DIJEMPUT PN. MULIA  UNTUK MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN.
DIPERSILAKAN.


HAZRIN


Tingkatan 5B

SETERUSNYA DIJEMPUT PN. SARTINA BINTI KUSAINI , GURU TINGKATAN 5 BERDIKARI UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5B )
DIPERSILAKAN PN. SARTINA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 10
HAZRIN
Tingkatan 5C
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN.RUZITA BINTI ABD AZIZ, GURU TINGKATAN 5 CEKAL UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5C )
DIPERSILAKAN PN. RUZITA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 11

HAIDA

Tingkatan 5D

SETERUSNYA DIJEMPUT PN.MAGGIE A/P PAUL, GURU TINGKATAN 5 DEDIKASI UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5D )
DIPERSILAKAN PN. MAGGIE UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.
Masa
CUE
ANN 12

HAIDA

Tingkatan 5E

SETERUSNYA DIJEMPUT  CIK. NURUL ZAHIAH BINTI YA GURU TINGKATAN 5 ETIKA UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :

( Baca ikut senarai 5E )

DIPERSILAKAN CIK NURUL  ZAHIAH UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 13

HAIDA

Sebaik sahaja pengetua selesai memberi sijil

MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PN. HJH LASIAH ATAS KESUDIAN MENGIRINGI TN. ZAINUREN SEBENTAR TADI.


Masa
CUE
ANN 14

LIN
Penganugerahan
Sijil berikutnya





MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA TN. HJ . SHOKHIMI BIN SAMAN, TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG BAGI MENGIRINGI TN. ZAINUREN BAGI PENYAMPAIAN SIJIL BERIKUTNYA. DIPERSILAKAN.
  
Masa
CUE
ANN 15

LIN
Sebaik sahaja Penyampai dan Pengiring di atas pentas.

Tingkatan 5F
 DIPERSILAKAN PN. NORHASLINA BINTI MANSOR, GURU TINGKATAN 5 FALSAFAH UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.

DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5F )
DIPERSILAKAN PN. NORHASLINA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 16

LIN
Tingkatan 5G
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN. NORLIZA BINTI ZAINOL, GURU TINGKATAN 5 GIGIH UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5G )
DIPERSILAKAN PN. NORLIZA UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 17

HAZRIN
Tingkatan 5H

SETERUSNYA DIJEMPUT PN. NURUL FASIHAH BT ALIAS, GURU TINGKATAN 5 HORMAT UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5H )
DIPERSILAKAN PN. NURUL FASIHAH UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 18

HAZRIN
Tingkatan 5I

MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PN. SAPIAH BINTI SALIMAN, GURU TINGKATAN 5 INOVATIF UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5I )
DIPERSILAKAN PN. SAPIAH UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 19
HAZRIN
Tingkatan 5J
SETERUSNYA DIJEMPUT PN. HAFIZAH BINTI MOHAMED, GURU PENYELARAS TINGKATAN 5 UNTUK BERADA DI ATAS PENTAS.
DENGAN ITU, DIPERSILAKAN :
( Baca ikut senarai 5J )
DIPERSILAKAN PN. HAFIZAH UNTUK MENERIMA CENDERAMATA.

Masa
CUE
ANN 20

HAZRIN
Sebaik sahaja penyampai selesai memberi sijil
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN. ZAINUREN BIN MOHD NOR ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL SEBENTAR TADI.
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN. HAJAH LASIAH BT YEOP TASIN UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG BERBAHAGIA TN.ZAINUREN BIN MOHD NOR.   DIPERSILAKAN.
MAJLIS JUGA BERBESAR HATI UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA YANG BERUSAHA TN. HJ. SHOKHIMI BIN SAMAN. DIPERSILAKAN.

Masa
CUE
ANN 21

HAZRIN
Sebaik sahaja Penyampai menerima cenderamata
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PN. NOOR SIAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.

Masa
CUE
ANN 22
12.00 tgh

HAIDA


Persembahan
Slaid 5E
( 1 )
Bersarang lebah di pohon nangka,
Manis madunya pabila dimakan ;
Majlis kini berehat seketika,
Pelbagai persembahan kami sembahkan.

SEBAGAI HALWA TELINGA DAN MATA, KITA MERIAHKAN MAJLIS KITA PADA HARI INI DENGAN TAYANGAN SLAID YANG BERTAJUK  ” SMK ( P ) RZ ” . SLAID INI DISEDIAKAN OLEH NURUL FARAH HANANI, NURSYUHADA, SITI NURUL EZZATI, NUURAZWIN FATIHA DAN ANGEL WON KUAN YING DARI TINGKATAN 5 ETIKA.
MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN.

HAIDA

Selepas persembahan
BEGITULAH PERSEMBAHAN SLAID YANG MENARIK
DARIPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ETIKA.


Masa
CUE
ANN 23

HAIDA

Persembahan
Nyanyian 5A
( 2 )







Selepas persembahan
“ Hadirmu di sisi menyerikan hidupku. Tanpamu aku hilang arah.  Dengan mesej yang ingin disampaikan iaitu guru-guru ibarat  lampu suluh…. “ MARILAH KITA SAMA-SAMA HANGATKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN NYANYIAN YANG BERTAJUK “ FLASHLIGHT ” YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH.
DIPERSILAKAN.
** persembahan **

DEMIKIANLAH PERSEMBAHAN YANG SUNGGUH MENGHIBURKAN. BERIKAN TEPUKAN GEMURUH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH.

Masa
CUE
ANN 24

HAIDA

Persembahan
Slaid 5B
( 3 )





Selepas
persembahan
KITA TERUSKAN ACARA KITA PADA HARI INI SEKALI LAGI DENGAN TAYANGAN  SLAID KENANG-KENANGAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 BERDIKARI. DIPERSILAKAN.
*** Tayangan slaid ***
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN SLAID YANG BEGITU MENARIK.


Masa
CUE
ANN 25

LIN

persembahan
nyanyian 5E, 5F,
 5G
( 4 )
” Jalinan kasih sayang dan kenangan yang terbina di sini akan kekal diingatan.... BEGITULAH MESEJ YANG BAKAL DISAMPAIKAN OLEH GABUNGAN PELAJAR TINGKATAN 5 ETIKA, 5 FALSAFAH DAN 5 GIGIH MELALUI LAGU YANG BERTAJUK     ” THINKING OUT LOUD ” . DIPERSILAKAN.

Masa
CUE
ANN 26

LIN

Selepas
Persembahan

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 ETIKA, 5 FALSAFAH DAN 5 GIGIH ATAS PERSEMBAHAN YANG MENGHIBURKAN .
BERIKAN  TEPUKAN GEMURUH SEKALI LAGI.


Masa
CUE
ANN 27

LIN

Persembahan
Slaid 5A
( 5 )


Selepas
persembahan
SETERUSNYA, MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN SEKALI LAGI TAYANGAN  SLAID KENANG-KENANGAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 AMANAH. DIPERSILAKAN.
*** Tayangan slaid ***
TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN SLAID YANG BEGITU MENGHIBURKAN.


Masa
CUE
ANN 28

LIN









LIN

Persembahan
Tarian 5B
( 6 )




Selepas
persembahan
BAGI MENYEMARAKKAN LAGI MAJLIS KITA PADA  HARI INI, MARILAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN “ SATU MALAYSIA ”  OLEH PELAJAR-PELAJAR 5 BERDIKARI. DIPERSILAKAN.
BEGITULAH HEBATNYA TARIAN “ SATU MALAYSIA ” YANG MEMPAMERKAN KECERIAAN DAN BUDAYA RAKYAT BERBILANG BANGSA DI MALAYSIA. TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR-PELAJAR 5 BERDIKARI.

Masa
CUE
ANN 29

HAZRIN

Persembahan
Slaid ting.5
( 7 )


Selepas
persembahan
KINI, MARILAH KITA SAKSIKAN PULA TAYANGAN SLAID KENANGAN TERAKHIR  PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 DI RAJA ZARINA.
** Tayangan slaid ***
SESUNGGUHNYA, ” Yang patah akan tumbuh lagi, dan yang datang pasti akan pergi…”. TERUSKANLAH PERJUANGAN MENGEJAR IMPIAN HINGGA KE MENARA GADING.

Masa
CUE
ANN 30

HAZRIN

Persembahan
 Nyanyian 5C
( 8 )






KINI, TIBALAH KITA DI KEMUNCAK PERSEMBAHAN PADA HARI INI. MARILAH KITA SAMA-SAMA HAYATI LAGU  ” MEMORI TERCIPTA ” YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 CEKAL. DIPERSILAKAN.
** Nyanyian ***

Masa
CUE
ANN 31

HAZRIN










HAZRIN
Selepas persembahan
TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 CEKAL ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN.DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU “ MEMORI TERCIPTA ” ITU, MAKA BERAKHIRLAH ACARA PERSEMBAHAN KITA PADA HARI INI.
MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELAJAR DAN GURU YANG BEGITU KOMITED DALAM MENJAYAKAN PERSEMBAHAN PADA HARI INI.


Masa
CUE
ANN 32
12.30 tgh

HAZRIN
Jemputan makan
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Lebat rumbia di sungai Kedah,
Batang selasih di Tanjung Dara ;
Juadah istimewa terhidang sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

PARA HADIRIN DIJEMPUT MENJAMU SELERA.
GURU-GURU DIJEMPUT MENIKMATI HIDANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAHAGIAN BELAKANG DEWAN.
MANAKALA PELAJAR-PELAJAR DIJEMPUT MENGAMBIL MAKANAN DI LUAR DEWAN.
SELAMAT MENJAMU SELERA.

Masa
CUE
ANN 33
1.00 ptg

LIN

























Setelah VVIP habis menikmati hidangan
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS KITA TELAHPUN SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA. MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN ATAS KESUDIAN MEMERIAHKAN MAJLIS GRADUASI PADA HARI INI.
KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG DIRAIKAN, DIHARAPKAN MAJLIS GILANG -GEMILANG INI DAPAT MEMBAKAR SEMANGAT DAN MEMBUKA RUANG UNTUK TERUS BERJUANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM TIDAK LAMA LAGI. SESUNGGUHNYA DOA DAN HARAPAN KAMI AKAN SENTIASA BERSAMA KALIAN.
AKHIR KATA, 

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita ;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hinggap cemara di pagar besi,
Mencari makan di awal pagi ;
Selesai sudah majlis graduasi,
Dilain masa bersua lagi.

SEKIAN,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEHATI SEJIWA.

*** MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA TN.ZAINUREN BIN HJ.MOHD NOR, TN. HJ SHOKHIMI BIN SAMAN SERTA TETAMU JEMPUTAN ATAS KESUDIAN MEMERIAHKAN MAJLIS GRADUASI PADA HARI INI.

Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di jeti ;
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

Don't aim for success if you want it;
 just do what you love and believe in,
 and it will come naturally.

@lynjyctrz



Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...