Thursday, March 10, 2011

PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN


SIMPAN KIRA

DEFINISI DAN MAKSUD


Terms
Definisi
Simpan Kira
Proses merekodkan urus niaga yang dilakukan dalam perniagaan dengan betul dan sistematik ( mengikut sistem yang ditetapkan dan mempunyai peraturan debit dan kredit )

Urus Niaga
Aktiviti yang berlaku dalam perniagaan seperti menjual dan membeli antara dua pihak.
Contoh : Jan 1 Menjual barang niaga secara tunai RM2000
                     3 Membayar sewa dengan tunai RM300

Akaun





Rekod maklumat senarai urus niagabagi sesebuah perniagaan

Dt                                                                                            Kt
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah








Buku Lejar
Buku untuk merekod semua urus niaga / semua akaun

Prinsip Catatan Bergu















Sistem yang merekodkan dua catatan dalam dua akaun bagi satu urus niaga.
Peraturan Sistem Catatan Bergu
  • Setiap urus niaga direkod dalam 2 akaun
  • Kedua-dua akaun mempunyai tarikh dan jumlah yang sama
  • Satu akaun didebit, akaun satu lagi mesti dikreditkan
  • Tajuk akaun A menjadi butiran akaun B dan tajuk akaun B menjadi butiran bagi akaun A

                                        Akaun Tunai
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah




Jan 3
Sewa

300

                                        Akaun Sewa
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah
Tarikh
Butiran
Fol
Jumlah
Jan 3
Tunai

300




                                       
Aset
Harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan

Aset Bukan Semasa
( Jangka panjang )
Digunakan untuk menguruskan perniagaan untuk tempoh yang panjang dan bukan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan.
Contoh : kenderaan, premis, perabot, alatan pejabat
Aset Semasa
( Jangka pendek )
Harta yang mempunyai jangka hayat kurang setahun dan jumlah sentiasa berubah-ubah.
Contoh : stok akhir, penghutang, bank, tunai

Liabiliti
Hutang perniagaan kepada pihak lain. Merupakan tanggungan yang perlu dijelaskan.

Liabiliti Bukan Semasa
( Jangka panjang )
Hutang / tanggungan yang perlu dibayar melebihi satu tahun.
Contoh : Pinjaman, gadai janji

Liabiliti Semasa
( Jangka pendek )
Hutang / tanggungan yang perlu dibayar kurang setahun.
Contoh : Pemiutang, overdraf bank

Ekuiti Pemilik
Modal yang dilaburkan oleh pemilik perniagaan.
Keuntungan yang diperolehi oleh perniagaan

Hasil
Pendapatan perniagaan
Contoh : Jualan, komisen diterima, sewa diterima, faedah simpanan bank

Belanja
Kos / belanja perniagaan
Contoh : Belian, komisen diberi, sewa diberi, faedah pinjaman bank

Ambilan
Mengambil tunai, aset atau barang niaga untuk kegunaan sendiri.

Urus Niaga Tunai
Aktiviti penerimaan atau pembayaran secara tunai ( cash ) / bayar masa itu juga @ tidak berhutang.
Contoh :
Jan 1 Jual barang niaga secara tunai RM700
      2 Bayar sewa dengan tunai RM300

Urus Niaga Kredit
Urus niaga secara kredit ( berhutang ) / bayar akan dating.
Contoh :
Feb 3 Beli barang niaga daripada pembekal Tan secara kredit  
          RM200

Barang niaga
Barang-barang yang dibeli oleh peniaga untuk dijual semula bagi mendapatkan keuntungan

Penghutang
Pelanggan yang berhutang / peniaga menjual secara kredit kepada pelanggannya.

Pemiutang
Pembekal yang memberi hutang / peniaga membeli secara kredit daripada pembekal
Buku Tunai
Buku untuk merekodkan semua urus niaga melibatkan penggunaan wang tunai atau cek

Overdraf Bank
Akaun bank mempunyai baki kredit.
Kebenaran daripada pihak bank kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang melebihi jumlah simpanan dalam akaun semasa.

Catatan Kontra
  1. Memindahkan / masukkan wang tunai ke dalam bank
  2. Memindahkan / keluarkan wang tunai dari bank

Akaun Nominal
Akaun tak nyata seperti Akaun Gaji, Akaun Sewa, Akaun Insurans ( Akaun Hasil dan Akaun Belanja )

Mengimbang dan menutup akaun
Mencari baki akaun.
Caranya :
  1. Jumlahkan kedua-dua bahagian debit dan kredit
  2. Jumlah yang lebih besar sebagai angka pengimbang
  3. Cari perbezaan ( tolakkan ) antara kedua-dua bahagian debit dan kredit untuk mendapatkan baki.
  4. Catat baki h/b pada akhir bulan dan menjadi baki b/b pada awal bulan berikutnya.



@lynjyctrz

Sunday, March 6, 2011

MIND TEST............


KHB : Tingkatan 1
Bab 7 : Perniagaan dan keusahawanan

  1. Antara berikut, yang manakah merupakan keperluan asas manusia ?
  1. Makanan
  2. Pendidikan
  3. Pengangkutan
  4. Perhubungan

  1. Aktiviti membeli dan menjual barang serta perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan dinamakan ….
  1. perdagangan
  2. perniagaan
  3. pengeluaran
  4. keusahawanan

  1. Antara berikut, yang manakah merupakan kelemahan dalam sistem barter?
I.                    Barang mudah rosak
II.                 Kesukaran menentukan kadar pertukaran
III.               Masalah kehendak serentak
IV.              Kesukaran membahagikan barang

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Cek adalah kemudahan yang diberikan oleh bank kepada pemegang …
  1. Akaun Semasa
  2. Akaun Simpanan
  3. Akaun Simpanan Tetap
  4. Akaun Pinjaman Bercagaran

  1. Pilih pernyataan yang benar mengenai kad pintar.
I.                    Mengandungi maklumat yang pelbagai tentang pemilik
II.                 Dapat digunakan sebagai kad ATM
III.               Dapat digunakan sebagai bayaran pembelian dengan persetujuan peniaga
IV.              Pemegang kad diberi diskaun belian

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Antara berikut, manakah kebaikan penggunaan cek ?
I.                    Mudah membuat pembayaran
II.                 Menjimatkan masa
III.               Selamat digunakan
IV.              Sebagai bukti pembayaran

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV


Ø      Pembeli membayar dengan cara ansuran
Ø      Barang yang dibeli bukan milik pembeli sehingga bayaran terakhir diselesaikan
Ø      Pembeli dikehendaki membayar pendahuluan

  1. Pernyataan di atas menerangkan ciri-ciri …
  1. Cek
  2. Sewa beli
  3. Kad kredit
  4. Kad pembayar

  1. Barangan manakah yang biasanya diniagakan dengan mesin runcitan automatik ?
I.                    tiket keretapi
II.                 tiket letak kereta
III.               minuman ringan
IV.              barang-barang kemas

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Cara penjualan yang paling digemari oleh peniaga ialah …
  1. sistem barter
  2. jualan kredit
  3. jualan tunai
  4. sewa beli


Ø      Kod bar digunakan untuk menentukan harga barang dan pelarasan stok dapat dibuat serentak.

  1. Pernyataan di atas menunjukkan ciri-ciri perniagaan …
  1. yang lebih cepat dan tepat
  2. pembayaran yang lebih mudah
  3. syarat jual beli yang longgar
  4. pilihan pembeli yang pelbagai

  1. Cara pembayaran yang lebih mudah dapat dilakukan dengan menggunakan kad yang berikut.
I.                    my kad
II.                 cek
III.               kad kredit
IV.              kad diskaun

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Perniagaan luar negeri melibatkan kegiatan …
I.                    import
II.                 eksport
III.               entreport
IV.              runcit

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Perniagaan yang membeli barangan dari luar Negara diproses di dalam negara dan dieksport semula ke luar Negara dinamakan perniagaan…
  1. import
  2. eksport
  3. serbaneka
  4. entreport


Ø      nama digunakan dalam perniagaan
Ø      tidak terlibat dalam pengurusan perniagaan
Ø      tidak menikmati keuntungan tetapi menanggung liabiliti tidak terhad

  1. Siapakah pekongsi dalam perniagaan perkongsian di atas ?
  1. Pekongsi aktif
  2. Pekongsi cergas
  3. Pekongsi lelap
  4. Pekongsi nominal

  1. Mnakah antara perniagaan berikut membahagikan keuntungan dalam bentuk dividen kepada pemilik syernya ?
  1. Kedai Dobi Teguh
  2. Klinik Doktor Tan dan Rakan-rakannya
  3. Syarikat Bee Hong Sendirian Berhad
  4. Pasar Raya Mini Damai Damansara

  1. Koperasi Penulis Malaysia Berhad perlu berdaftar dengan .…
  1. Majlis Perbandaran
  2. Pendaftar Perniagaan
  3. Pendaftar Syarikat
  4. Pendaftar Koperasi

  1. Setiap ahli tidak boleh memiliki modal koperasi melebihi …
  1. 10%
  2. 20%
  3. 40%
  4. 60%


     Answers :

     1. B       2. B       3. D       4. A       5. A       6. D       7. B       8. A
     9. C      10. A     11. A     12. A     13. D     14. D     15. C     16. D     17. B


     @lynjyctrz           

Thursday, March 3, 2011

WAY TO SUCCESS.....



My Personal Development Journey

Missed 3 periods my KHB Bengkel..Today I’ve attended a motivation talk with my 3F &  3G girls…very interesting &  enjoyable….

“ Life is a journey, not a destination ”
There are 3 steps to achieve success ;
Ø      Think
Ø      Believe
Ø      Achieve


Think positive…
Always think that everyone is a winner.
2 recipes to think positive :
Ø      Passion
Ø      Commitment ( must be 100% )

Believe that….
“ Everyone was born with a lot of abilities…
& every baby is born as a winner……………..”

If you’re positive, you will keep the information in your brain….
If you’re negative, your brain will reject it….
So, be a “ positive thinker “.



A NEW DAY
Dr. Heartsill Wilson

This is the beginning of a new day.
I have been given this day to use as I will.
I can waste it, or use it.
I can make it a day long to be remembered for its joy,
 its beauty and its achievements,
 or it can be filled with pettiness.
What I do today is important because
I am exchanging a day of my life for it.
When tomorrow comes this day will be gone forever,
but I shall hold something which I have traded for it.
It may be no more than a memory,
but if it is a worthy one I shall not regret the price.
I want it to be gain not loss, good not evil, success not failure.


Keep a green tree in your heart
perhaps a singing bird will come. 
 ~Chinese Proverb

@lynjyctrz

Wednesday, March 2, 2011

MIND TEST............


KHB : Tingkatan 1
Bab 6 : Tanaman Hiasan

  1. Medium semaian terdiri daripada campuran tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah ..
  1. 1 : 2 : 1
  2. 2 : 1 : 1
  3. 3 : 2 : 1
  4. 7 : 3 : 2

  1. Antara berikut, manakah susunan langkah untuk menyediakan medium semaian ?
I.                    Sukat isipadu ketiga-tiga bahan medium secara berasingan
II.                 Tapis ketiga-tiga medium secara berasingan
III.               Masukkan medium ke dalam bekas semaian
IV.              Gaulkan ketiga-tiga medium sehingga rata

  1. I, II, III dan IV
  2. I, II, IV dan III
  3. II, I, IV dan III
  4. II, III, I dan IV

  1. Semua daun perlu dibuang dalam penyediaan …
  1. keratan kayu keras
  2. keratan kayu hijau
  3. keratan kayu lembut
  4. keratan kayu sederhana keras

  1. Yang manakah merupakan pokok hiasan yang dibiakkan melalui keratan batang ?
I.                    helianthus
II.                 hibiscus
III.               bougainvillea
IV.              codiaeum

  1. I, II dan III
  2. I, III dan IV
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Apakah tujuan mencelup keratan batang ke dalam hormon pengakaran sebelum menanam ke dalam medium semaian ?
  1. Supaya keratan batang tidak cepat layu
  2. Supaya keratan batang cepat berakar
  3. Supaya keratan batang cepat berdaun
  4. Supaya dapat mengekalkan kelembapan medium

  1. Tujuan menapis medium semaian adalah untuk ….
  1. mengawal pertumbuhan rumpai
  2. mengasingkan jenis- jenis medium
  3. memerangkap seberapa banyak udara ke dalam medium
  4. menyingkirkan butir yang besar dan sampah-sarap

  1. Antara berikut, manakah yang penting untuk pertumbuhan anak pokok ?
I.                    nitrogen
II.                 fosforus
III.               kalium
IV.              ferum

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. I, II, III dan IV

  1. Medium penanaman terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dalam nisbah …
I.                    1 : 2 : 1
II.                 2 : 1 : 1
III.               3 : 2 : 1
IV.              7 : 3 : 2

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. III dan IV

  1. Sebelum proses mengubah, anak pokok perlu menjalani proses pengerasan untuk …
  1. mempercepatkan pertumbuhan akar
  2. mengekalkan kelembapan medium
  3. mengurangkan berlakunya renjatan setelah anak pokok diubah
  4. mengekalkan nutrien dalam medium

  1. Anak pokok perlu dikeraskan bagi mengurangkan renjatan semasa mengubah. Pengerasan dapat dilakukan dengan cara …
I.                    mengurangkan siraman secara beransur-ansur
II.                 mengurangkan cahaya matahari pada anak pokok
III.               mendedahkan anak pokok pada cahaya matahari secara beransur-ansur
IV.              menyiram medium sehingga air keluar dari lubang pasu

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. II, III dan IV

merumput

  1. Aktiviti penjagaan anak pokok dalam rajah di atas bertujuan …
I.                    untuk mengelakkan persaingan antara anak pokok dengan rumpai
II.                 untuk memusnahkan tempat tinggal perosak dan agen penyakit
III.               untuk membekalkan nutrien pada tumbuhan
IV.              untuk memudahkan akar menembusi medium

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. II, III dan IV

  1. Tujuan menggembur anak pokok ialah …
I.                    untuk membentuk pokok
II.                 untuk membaiki pengudaraan medium
III.               untuk memudahkan akar menembusi medium
IV.              untuk memudahkan akar menyerap air dan nutrient

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

  1. Manakah antara berikut merupakan baja organik ?
I.                    serbuk tulang
II.                 kompos
III.               baja NPK
IV.              baja urea

  1. I dan II
  2. I dan III
  3. II dan III
  4. II, III dan IV

  1. Baja yang mempunyai unsur fosforus ( P ) dan Kalium ( K ) akan membantu pokok …
  1. membentuk lebih daun
  2. membentuk lebih bunga
  3. memperbaiki saliran tanah
  4. memperbaiki pengudaraan medium

  1. Berapa kerapkah pembajaan dilakukan terhadap anak pokok ?
  1. setiap hari
  2. setiap minggu
  3. dua hingga tiga minggu
  4. dua hingga tiga bulan

  1. Penyiraman adalah mencukupi sekiranya …
  1. medium kelihatan lembap
  2. air dalam bekas penyiram telah habis
  3. air bertakung di permukaan medium
  4. air menitis keluar dari lubang saliran pasu

  1. Penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan …
  1. daun layu
  2. akar menjadi reput
  3. pertumbuhan rumpai
  4. medium menjadi keras dan kering


Answers :

1. B      2. C      3. A       4. C       5. B      6. D      7. C      8. D      9. C
10. B    11. A    12. D    13. A     14. B    15. C     16. D    17. B

@lynjyctrz

Teks Juru Acara Majlis Graduasi SPM 2022

  "Difficult roads lead to beautiful destinations" SMK(P) RAJA ZARINA TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022 Tarikh            : ...